Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, May 17, 2016

#1310 Me Vs PA Ku Busy!

Hadoiiii lawak spanar sungguh.. 

I've been wondering why my hp keep showing EMERGENCY CALLS ONLY... Coverage pun tak berapa bagus.. Iron Chef kata banyak kali call aku tapi pompuan mat saleh tu yang jawab kata NOT IN SERVICE... Why eh...  Miserable aku pat lima hari ni... Banyak kali jugak aku mengomel pasal ni kat Encik Jack... But we both blame the weather here.. Langit asyik mendung sepanjang hari for few days... We both tak expect something TOTALLY went wrong.

Hai lah.... Disebabkan hujung minggu ni nak turun KL, aku call Iron Chef untuk rundingan meja bulat. Potpetpotpet... Terciter pasal masalah hp aku ni... Sekali Iron Chef dropped the bomb... Kot-kot kredit mu expired tak, katanya... BOOOMMM!!!!

Aku pun bagitau la Encik Jack yang kebetulannya mengular kat umah hari ni apa yang Iron Chef kata tadi tu. Terus mata bertentang mata sambil mulut sama-sama terlopong. Hahahahaha... Check-check-check, memang betol la dah expired! Kahkahkah... Adoiii la... Cemana boleh lupa topap...

Ada yang tanya aku, nape tak guna bil je senang, tak payah nak topap-topap. Free call lagi. Okay... Citernya kat umah aku pakai unifi. Telefon umah pun free to any fixed line. So, kalu surf internet kat umah ni 100% guna wifi umah.. Call pun guna telefon rumah jugak... Keluar dari rumah cuma ke Tesco dan pasar. Time balik kampung, kat KB guna wifi umah puan Menteri. Kat Apal je la suffer. So, rugi la kan kalu aku ambik bil. Duk bayar line bulan-bulan. Gunanya sikit je... So, untuk golongan macam aku ni, prepaid lebih sesuai.

Langkah drastik diambil. Untungnya tinggal di dalam bandar ni, semua bank, service providers, semua dalam jarak yang tak habis nak kunyah cekelat dari rumah aku. Disebabkan akaun Maxis aku under nama dia, dan pemilik nombor sendiri kena hadir, dua-dua kena pegi pejabat Maxis. Rupanya akaun aku expired sejak 9 Mei lagi. Kahkahkah.. Last balance ada RM70-90 gitu la... Mulanya ingat nak reactivate aje akaun sebab tak kena bayar. Tapi akak Maxis tu kata kalu reactivate pun, balance sebelum ni yang dah expired tu burn la, takleh nak carry forward. Good news for me, aku masih boleh guna nombor lama. Nombor tu dah 13 tahun aku guna. Dari prepaid ke bil ke prepaid balik. 

Encik Jack kata takyah la. Let's try new option. Keluar pintu Maxis, nah semua Digi, UMobile, Celcom ada depan mata... Tak sempat nak baling dadu, set Celcom datang approach kitorang. Bagai Daisy dicucuk hidung, kitorang pun ikut la masuk Celcom... Dan, bermula detik itu... I am now a Celcom user... Not easy weyy nak tinggalkan Maxis... Dari zaman anak dara, sampai anak dua... 

Tapi love-hate realationship terutamanya time balik kampung belah encik Jack.. Mati kutu takleh nak buat apa. Peminat-peminat asyik carut aku sebab susah nak contact. Tengok kakak-kakak ipar pakai Celcom rilek je skroll-skroll-skroll siang malam. Ini kali kita tukar lah... We'll see how.. Entah-entah hp yang problem..
One thing I notice masa beli starter pack ni... Orang zaman sekarang dah tak peduli kat nombor cantik ke hudoh dah. Dulu, masing-masing sibuk nak pilih nombor cantik sebab nak senang ingat. Maklum la, pegi mana-mana carry pocket size phonebook kan... Nak call pun nak kena dial nombor satu per satu. Now nombor mak bapak sendiri pun tak ingat dah. Semua save dalam hp. Hilang hp, sasau. Dulu harga starter pack makan beratus. Now, ada berapa puluh ringgit dah boleh beli. Tak hairan la ahjumma halmoni semua mampu milik.
So, that's my today's story. Hidup aku ni apa-apa berkaitan tarikh dan payment memang mostly PA aku yang handle. Sekali, PA tak ingat, dua-dua sekali lingkup hahahaha.. In this case kalu Maxis hantar sms reminder sekali pun, bukannya aku alert.. Semua sms bukan dari individu berkaitan, aku takkan attend. Itu style aku dari dulu sampai sekarang. 
Hari ni Zaraa ada mid exam. Nah jadual. Kelllassss anak mak! Tiap subjek ada kod macam exam kat U siot. Tak tahu la selaras satu Malaysia ke tak. Cik Kak kita punya la stress nak exam. Bangun pagi ni nanges-nanges cakap tak nak pegi sekolah sebab tak tahu nak jawab apa periksa ni. Haha. Pegi pun belum! Agaknya sebab dia selalu tengok orang duk torture Adam pasal exam, tu yang dia kecut perut tu. Markah rendah, kena bash. Gerenti. Markah tinggi, dapat hadiah. 
Yang ni lagi satu lawak spanar... Masa hujan hari tu, aku menchurros la dengan dia. Macam biasa la, dia akan sibuk mengalahkan aku. Mintak nak pakai apron yang Bos IBM bagi tu. Aku sendiri pun dah lupa pasal apron tu. Siap pakai, semua dia nak buat. Kasi chan la.
Tapi sebelum tu posing dulu.. Nak upload kat fb malu sebab kantoi kerusi dia panjat tu koyak rabak. Kalu nak tunjuk pun, kena la presentable sikit.
Molek-molek dah siap adun semua, picit la churros tu dalam minyak panas... Tak sampai seminit, gas habis! Kahkahkah.. What an anticlimax. Frust la cik Kak kita punya la melaram dengan apron bagai, gas habis pulak. Sementara tunggu orang gas datang hantar, cicah sos coklat yang baru siap tu dengan biskut meri je lah.. 
Ok dah. Yuk solat Asar..

No comments: