Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, May 20, 2016

#1311 Me Vs My 40 Degrees Child

Anak mak demam lagi... Rasa macam baru je demam baru-baru ni, ni demam lagi. Agaknya demam yang sebelum ni tu dia tak sempat nak masak ranum aku dah beat dengan ubat-ubatan dengan izin Allah, terus kebah. Kali ni dia datang lagi, well equipped and armed. Hari mula-mula kena tu, aku just treat macam demam biasa la. Bagi ubat dan buat macam biasa. Dia selalunya kalu demam biasa tu, dia tetap aktif. Segala kerja-kerja art, gunting, tampal, tulis, lukis, warna, kira semua berjalan seperti biasa. Makan pun selera. 

2 gambar atas bawah ni masa first day demam. Daddy breakfast makan pulut nyior ikan kering, dia pun makan jugak.. Banyak pulak tu.. Dalam hati aku kata bagos, bagos... Demam pun lalu jugak. Alhamdulillah gitu... 
Menjelang tengah malam, temperature makin naik tak turun-turun. As a mom, I totally relied on my instinct. Puan Menteri jauh kan. Takkan nak call tengah malam buta ni. Start dari tengah malam tu dia muntah-muntah tak berhenti. Kalu ikut style demam Adam masa kecik-kecik, muntah-muntah masa demam means tonsil. Suap ubat, tak sampai setengah jam, muntah. Dari muntah keluar kahak, sampai muntah keluar air je... Kesian dia... Suhu makin naik...
Esoknya pagi-pagi dah ajak encik Jack pegi klinik ambik antibiotik if it's tonsil. Tak guna aku duk keep on feeding pcm, demam takkan kebah jugak selagi kuman tonsil tu ada. Lagi aku bimbang, kalu muntah berterusan, dia akan dehydrated and buah pinggang akan luka... Scary tak. So, jangan ambik mudah kalu anak demam ye. Put your hp aside and give total attention. Lots of love, lots of hugging, lots of kisses. In sya Allah, cepat kebah.

Bila jumpa doktor, doktor cek, kata belum tonsil lagi tapi anak tekak dah merah-merah. Suhu 40, patut la aku rasa garing benar bila duk dekat dia. Pagi ni berapa kali dah muntah. Setiap kali bagi ubat, berdebar aku takut dia muntah. Puan Menteri kata kalu boleh biar dalam 15-30 minit baru ubat tu diserap. So, setiap kali feeding, aku doa sungguh-sungguh jangan la dia muntah selagi tak 30 minit... Kesian dia, kalu muntah awal sangat, nak kena repeat ubat. Dia boleh bekerjasama time makan ubat, tapi kalu termuntah, dia pun give up nak kena repeat... Akan ada tantrums and drama la sikit.

Bila doktor tengok suhu 40, terus doktor masukkan ubat ikut bontot 2 bijik. Sebab suhu tinggi sangat, kalu bagi orally, takut lambat turun suhu risiko jadi sawan/tarik pulak. Nyetok bak kata orang Kelantan. Masya Allah, aku terlepas pandang side effect yang satu ni. Scary, scary... Nauzubillah...
Balik rumah dengan ubat seplastik. Antaranya antibiotik yang nak kena bagi on time, sampai habis. Alhamdulillah nasib baik sangat la dia mudah makan ubat. Hopefully esok boleh la pegi KL. Sepatutnya nak turun KL hari ni, tapi dah jadi macam ni, rehat dulu la hari ni. Kesian kat dia lembik terbaring je. Satu pemandangan yang pelik bagi kitorang. Sebab selalunya dia demam tak teruk tu, dia steady macam biasa je. Aku pun letih jugak, semalam memang tak tido la.. Dia muntah almost sejam sekali... Dan sejam sekali sponge dia... Harap perut aku tak buat hal la. Tahu-tahu la aku ni kalu tak cukup tido camane.

Get well soon princess.. Rindu nak dengar dia baca Al-Mulk...

No comments: