Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, May 22, 2016

#1312 Me Vs Ke KL Ke Kita

Alhamdulillah, Zaraa ada improvement semenjak on antibiotik, Allah izinkan masya Allah... Luasnya rahmat Allah kan.. Time-time macam ni la baru nak nampak kan. Huhu... Detik anak sakit ni la yang mencemaskan aku. Sebab there's no manual to follow. Did I do it right? Is this method fine for her? Did I give her enough? Nak kena mandikan ke tak boleh.. Is she comfortable? You know, all this Q's... No one to depend on. Time macam ni Allah nak bagi kita buat keputusan sendiri. The power to decide. And hold responsible for whatever the outcomes.

Hari ni demam dah kebah beransur-ansur. Tapi tetap kena monitor and keep feeding on time especially antibiotik. Yang ni kena strict sikit. Sebab nak anak sembuh, kena la commit kan. 

Kul 9 lebih kitorang bertolak ke KL. Best aku layan tido atas keta... Ganti sungguh la tido yang terlepas masa Zaraa demam kuat malam kelmarin tu. Dia tido, aku pun tido. Nikmatnya tido atas keta. Cuma lenguh tengkok la tak tahan. Rindunya kat seat Kia Sportage!
Kitorang selamat tiba kat kediaman Iron Chef menjelang Zohor... Ikut GPS je... Lalu ikut KYPM aku dulu tu... Walaoeh... Terkesima aku tengok rapid development kat situ. Jeles betul. Zaman aku dulu kedai seketul dua je... Tu pun jauh kat belakang... Hutan banyak. Jalan sempit. Now, all different. Happening gilos. 17 tahun dulu punya cerita... Wow...  Bittersweet 17. Tercari-cari aku kat mana kedai tomyam Blue Lagoon yang kitorang panggil dulu tu... Encik Jack pernah visit aku masa dia kat UKM... Orang ada motor la katakan... Kat Blue Lagoon tu la kitorang dating/borak... Tak ingat time tu aku masih in relationship dengan dia atau dah putus.. Putus then sambung balik. Kalu tak sambung takde la pulak minions 2 ketul ni. Kesimpulannya nak citer pasal Bandar Baru Bangi ni, awesome.
Sampai-sampai umah Iron Chef, lauk dah tersedia. Bos IBM dengan Puan S tak sampai-sampai lagi. Kitorang santap dulu la... Kelaparan campur terliur tak hengat tengok lauk pauk grand depan mata... Ko tengok la sampai tak muat meja 6 nih... Makan sampai nak licin dah baru Iron Chef teringat solok lupa nak hidang... Hok aloh... Lauk banyak sangat.. Tapi star tak lain tak bukan budu lah...
Dah siap makan, semayang baru orang-orangan Ampang sampai. Seronok la budak-budak ni bergathering. Riuh rendah tak hengat dengan suara budak main lagi, dengan suara mak-mak bak polis trapek lagi.. Dah macam raya dah aku tengok.
Panasnya la hai donia... Lepas makan melepak bukak kelab bual pulak... Hari tu aku ada pesan suruh Iron Chef belikan muffler kat bundle... Giler seringgit je selai... Kalu beli muffler corak petak-petak bak Burberry tuh mau koman-koman 50 hinggit... Ni seringgit selai, memang boleh posing semuffler setiang la kat Europe hahaha..
Habis makan-makan, sembang-sembang hari dah petang. Diorang semua nak pegi shopping kat bundle... Aku pun tempting jugak sebenarnya.. Tapi panas-panas ni kesian pulak nak heret budak baru kebah demam ni. So, kitorang skip la bundle trip ni. Terus tuju ke umah kakak ipar. Esok Encik Jack ada meeting/presentation dengan supervisor dia kat UiTM kul 10.
Sampai umah kakak ipar, Adam berjejak kasih dengan Kiki macam 10 tahun tak jumpa. The thing about my kids, they love their cousins to the bone! Malam ni adik ipar dengan his expecting wife datang join dinner. Macam-macam alat tulis depa bawak bagi kat bebudak ni.. Suka la especially Zaraa... Tak sabar-sabar nak bukak test watercolour kat umah kakak ipar tapi aku tak kasi suruh tunggu balik Penang.. Tak kuasa weh karang habis termural umah orang nanges tak berlagu tuan rumah. Hihok..
Budak demam sibuk naik hias umah orang. Nanges tuan umah balik keje kang.
Esoknya lepas habis meeting, terus check out cari pejabat Emirates dekat-dekat area Pavillion. Pakai GPS je nok. Encik Jack nak pegi double check ejaan nama dia. Haritu silap key in nama dia. Panjang nau kan. Satu huruf je silapnya. Tapi alang-alang dah ada kat KL ni why not pegi make sure terus. Takde la duk tak sedap hati kan. Bila bagitau staf Emirates ni pasal kes kitorang, dia cakap prosedur nak ubah ejaan tu will cost USD50. Dekat RM200 tuh untuk betulkan satu huruf je. So, staf tu kata, takyah proceed pun takpe sebab dalam sistem dah dibetukan dah. Biasanya emigresen tengok pasport je dia kata... Incase ada problem kat airport Dubai, Heathrow or Charles De Gaulle, dia kata boleh contact pejabat Emirates sana. Tapi sebenarnya dalam hati aku tetap tak senang. Dah la nama Muhammad-Muhammad ni dicop pengganas kan... Jangan la ada masalah nanti bila nak boarding.. 2 orang staf dah yakinkan kitorang that there should be no problem kalu tak tukar pun. Hopefully!
Setel, terus balik Penang. Tak singgah kedai aku pun (Ikea). Sampai kat umah terus budak-budak ni mintak watercolor yang Ciksu bagi tu. Projek le tu.
Sihat benar la tu.
Adam's. Keta. *nanges.
Zaraa's. As usual.


No comments: