Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, May 25, 2016

#1313 Me Vs Gift For The Good Cause

My girl bawak balik result exam dia hari tu... Walaoeh, tak sangka dia dapat result yang baik. Tak sia-sia dia harass semua orang suruh ajar dia... Hahahaha... Yes, annoying memang annoying. Tapi sejenis annoying yang membuahkan hasil. Mak suka! Wonder, bila la boleh tengok Adam bawak balik result macam ni.. #rezekimasing-masing
Nombor berapa dalam kelas tak tahu lagi. Cikgu kata lepas cuti baru bagi buku rekod. Nombor berapa la dia dapat ek.. Mana tau, budak-budak sekarang ni pandai-pandai. Tak pun, soalan yang senang. Tu yang ramai boleh dapat 100.
Kebetulan pegi Tesco hari tu kitorang belikan dia hadiah atas asbab kecemerlangan dia.. Kalu Adam dapat English seketul je A dah kalut mintak hadiah keta mainan. Tapi adik dia ni zuhud sikit. Mintak hadiah pun berupa alatulis je. Encik Jack belikan dia pensil warna 24 pcs dengan kertas A4 satu plastik dengan buku aktiviti math for preschoolers. Itu pun dah seronok tak hengat dia. Alahaiiiii... Lain 180 darjah bak langit dan bumi 2 beradik ni.
Dalam troli Tesco tu lagi duk nak buat buku math tu. Anak aku, tiap kali pegi Tesco memang nak duduk dalam troli sekali dengan hasil belian hahaha... Molek lah kan.. Takde la aku risau dia hilang. Tengok la anak aku yang ni, dari atas keta lagi dah nak buat math. Ni bukan anak aku ni. Ni anak encik Jack. Hahahahaha.
Bersungguh-sungguh dia buat. Oh macam ni rupanya ada anak rajin belajar. Math pulak tu! Satu benda baru bagi aku sebab masa Adam dulu pengalaman sangat jauh berbeza. Bila ada sedetik favorism sebegini, kena cepat-cepat istighfar dan ingatkan diri yang masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang mungkin kita nampak dan mungkin kita tak nampak lagi.
Balik rumah sampai ke malam suruh mandi tak nak mandi syok benar buat math. Soheh anak encik Jack. 
Sampai tertidur layan math bila orang tak layan dia.
Alhamdulillah... Allah bagi aku rasa pengalaman 2-2 anak.. Syukur ya Rabb.

No comments: