Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, May 26, 2016

#1314 Me Vs 10th Year Being Together

Pehh... Dah 10 tahun rupanya aku kawin dengan Encik Jack. Rasa macam baru je lagi... Tapi bila dikenang-kenang, banyak betul pieces by pieces dari ingatan yang hilang... Specially 2,3 tahun pertama aku kawin... Banyak dah kenangan di Tronoh yang aku dah lupa..
10 tahun dah... Masih tak percaya lagi aku dah kawin selama ni. Dulu, kawin dengan takde knowledge pasal alam rumahtangga. Masak jauh sekali. Masa kawin tu reti masak goreng-goreng dengan sup je. Kesian encik Jack nak kena endure semua tu. Tapi tak jadi masalah pun sebab mak angkat dia kat Tronoh tu ada kedai tomyam. Tiap minggu kena pegi makan kedai dia. Tak pegi, dia call tanya nape tak gi.
Macam bapak aku pulak yang nak kawin ;p
Bila dah pindah ke Perda, baru la tahu duk kat kondo tu tinggi ke rendah. Hahaha... Time tu, kalu malas masak memang kelaparan lah kau kat rumah. Kalu kat Tronoh sebelum tu, tak nak masak boleh je tapau free kat kedai mak angkat encik Jack. Kat Perda ni pandai-pandai kau lah nak hidup. Kat Tronoh berdua, di Perda dah bertiga dan empat.







Free lemon infused water. Good.
Tahun ni, takde apa yang special sambutannya. Maybe kalu ada rezeki, sambut di Europe lah. Itu aku anggapkan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kitorang yang ke-10 walau Encik Jack tak sebut pun camtu. Yang terharunya tahun ni dia dulu yang teringat pasal anniversary ni. Selalunya bab tarikh2 ni aku yang propa. Entah kenapa tahun ni aku agak drifted. Banyak benda kot 2,3 hari ni yang penting dan memerlukan perhatian lebih dari aku.
Ada satu coffee shop baru bukak depan taman aku ni. Wellesley Cofee Joint namanya. Tengok pop up ad pasal cafe ni kat fb, nampak makanan-makanan kat situ macam menarik je.. Maklum la cafe hipster. Cara hias, cara hidang, layout kedai semuanya hipster lah. So, kitorang pun ke situ lah untuk celebrate tahun ke-10 kawin ni...
Aku agak kenyang sebab petang tu dah makan banyak cekodok. So, bila kat cafe ni, aku tengok menu semua tulisan je. Gah kemain, tapi takde gambar. Panggil waiter nak tanya plater yang dalam menu tu apa dia... Ayam ke... Udang ke... Ketam ke... Clam ke... Tapi waiter seorang pun tak tahu. Dia kata baru lagi kat situ. Make an effort la pegi tanya cook kat dalam. Terus tak jadi nak order. Putus angin. Kedai punya la lawa. Tapi bila nak order, waiter semua tak tahu menu tu lauk/makanan apa. Kalu sebut chicken chop tu tahu la makanan berasaskan ayam.
Last-last order chicken salad je. Chicken salad tu pun dalam menu tak sebut buh sos apa. Ada crouton ke tidak, like some other diners punya effort untuk cerita serba sikit pasal menu tu. Bila sampai kat meja, makan je lah. Rupa je cantik, tapi taste wise, sebijik macam yang aku buat kat rumah. Tapi aku buat kat umah takde la manis macam ni. Hmmm... Pada aku lah, kalu western food rasa manis memang outlah. *Kalu takde gambar pun, make sure la waiter tahu nak explain pasal makanan kat kedai. Kita nak makan mesti kita nak tahu apa bendanya kan.
Sirap stylo tapi rasa pewarna ya Ampun!
Encik Jack dengan budak-budak order chicken chop je lah. Tapi tak habis pun diorang makan. Fries nampak tak menggiurkan. Kenapa kedai western ni malas nak buat mashed potatoes ek? Sikit-sikit nak shortcut pakai frozen fries.. Kalu yang crinkle cut tu sangat tak cantik kalu gorengnya oily. Coleslaw encik Jack kata standard macam yang aku buat kat umah je... Oh terhina rasa sekejap.

Kesimpulannya, tak repeat dah kot sini... Tapi, bau kopi kat kedai ni macam sedap jugak. Tak tahu la sedap betul ke tak sebab tak try. Milo ais Adam tak kick pun. Haha.

Kesimpulan kedua, kedai gah biasanya makanan tak sedap. Tak semua, tapi mostly yang aku terjah macam tu lah. Yang sedap biasanya kedainya panas, poor ventilated, tepi jalan yang bising dan payah nak park.

Ok tak setuju takpe. Mungkin aku yang tak pandai mencari. Thehehe..

No comments: