Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, May 27, 2016

#1315 Me Vs Potluck Hari Guru

Hari ni sekolah Zaraa ada jamuan Hari Guru. Semua parents digalakkan bawak makanan. Hah, bab ni aku lemah betul. Tau lah aku ni bukan reti nak masak in big portion. So, diskas dengan parents lain dalam group WA sekolah dia, sape nak bawak apa. Just to be sure takde makanan yang sama.. Else, membazir pulak. Dari feedback yang diberi, nampak macam semua orang nak bawak snack food, maksudnya bukan makanan berat macam nasik minyak ke, nasi ayam ke etc. Ada yang nak bawak nugget, ada yang nak bawak fries... Puding, tembikai... Benda-benda yang mudah nak prepare la.. Lega aku..

Duk pikir-pikir, nak buat spegeti olio. Tapi binatang takde dalam fridge. Pastu pikir pulak, diorang layan ke Italian food camtu. Caras. Buat sandwich je lah.  Haaaaa... Sandwich it is! Aku siap google idea nak hias sandwich biar nampak ganas sikit. Tapi pikir-pikir balik (banyak pikir weh)budak-budak bukan makan sayur pun. Karang satu hal pulak cikgu nak mengutip sayur yang diorang buang. Dengan berat hati sebab tak dapat nak cantik/nourishkan sandwich aku, buat jugak lah sandwich bodo camni...
Plain sangat kan? Daun salad, tomato duk ada je dalam fridge. Gatal sungguh tangan nak bubuh macam-macam, macam BLT yang aku makan sendiri kat rumah tu. Kalu bubuh karang budak-budak selak buang, tak berbaloi pulak rasa segala effort aku.

Aku terlewat bangun pagi ni. Neves giler takut tak sempat siapkan. Maklumla, sebelum siapkan ni nak kena siapkan Adam dulu. Nasib baik la sempat jugak siap. Mommy daddy kat umah breakfast dengan inti sardin belen potluck tadi... Roti pun guna kulit atas bawah tu je yang ada.. Hahaha..

Balik sekolah, aku tengok semua budak bawak balik ayam KFC seketul sorang... Pehhh kaya raya parents kat situ boleh sponsor ayam KFC untuk 82 orang... Bekas sandwich yang aku bawak tadi pun ada macam-macam balasan. Sandwich tak tahu la habis ke tidak. Kalu tak habis pun sure cikgu-cikgu swap dengan makanan orang lain kan. 

Banyak jenis makanan yang ada dalam bekas sandwich tadi. Ada puding/jeli.. Ada donat mini... Ada cone cake... Kek bentuk kon ni, aku sedikit tak suka. Meh nak citer sikit pasal keburukan diri aku. Aku paling pantang/tak boleh kalau makanan tu dibubuh pewarna yang melampau. Kek kon ni ada few layers with different colors. Kaler deep-deep gitu. This make me wonder, korang bagi ke anak korang makan makanan berpewarna berlebihan macam tu? Please wake up. Stop feeding the kids with what you think might be attractive to them. Just don't.

Aku teringat kat satu gerai kat pasar basah yang aku selalu pegi. Gerai tu jual kuih muih. Mata aku terus terpanah kat kuih apa ntah, dia buh dalam gelas plastik.. Berasaskan sagu dan berkuah putih santan... Nak citernya, kaler sagu tu yang tak tahannya. Satu warna merah-hitam macam delima Mekah tu (ruby red), satu lagi kaler hijau tua kerepot. Why tua kerepot? Sebab aku tak pernah tengok mana-mana kuih atas dunia ni kaler hijaunya sebegitu tua/gelap. Hijau nak kehitaman gitu. 

Why on earth la? Tengok kaler je pun dah buat my stomach cringe.  Sorry, aku memang health concern skang. Mungkin others tak rasa sinful pun memasukkan makanan sebegitu dalam tubuh. But not me. Skang ni aku kalu terpaksa minum air gas pun rasa bersalah giler kat body. I want to eat healthy food. As original as possible. Sebab takut weh.. Kanser skang ni dah tak rare. Ramai sangat dah kena. 

Jauh pulak melalut.. Tapi betul what. Tubuh kita ni bukan milik kita.In fact, takde satu apa pun milik kita kat dunia ni yang sebernarnya. Oksigen milik kita ke? Kita ke yang buat? Air milik kita ke? Kita ke yang buat? Tanah tempat berpijak ni milik kita ke? Langit milik kita ke? Semua milik Allah. Semua pinjaman semata-mata. Kalu pinjam barang orang pun kena jaga elok-elok.. Ini kan pulak pinjam dari 'Boss' sekalian alam. Ingat, tubuh kita ni milik Allah. Kalu Dia suruh tutup aurat, tutup je lah.

Eh sampai ke aurat pulak... Ok lah pen off now.


No comments: