Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, June 8, 2016

#1317 Me Vs Sahur Amazing Race Style

Posa Day 3
Pagi tadi sahur ala amazing race. Letak kepala kat bantal semalam, double check alarm, pastu terus lena. Sedar-sedar dengar encik Jack mengigau kata dah pukul 5 dah... Tengok jam, 5.26. Hoh, terus kejut encik Jack yang baru habis mengigau tu. Perasaannya macam terjun katil ala skydiving masing-masing. Terus capai gelas, minum air pastu makan kurma. Tu je yang sempat. Nak capai roti takut nak kunyah tak sempat habis dah azan. 

Kebetulannya semalam aku tergerak hati nak buat air nabeez yang tengah viral kat fb skang ni. Saje je nak try. So, bila dah mishappening macam ni, this really come handy. Yang ni la aku capai dulu. Imaginelah 10 minit yang penuh bernilai tu dengan mamai tak habis lagi, nak kena makan/minum sepantas yang boleh. Dalam mamai-mamai tu teguk air nabeez yang manis ni, terbeliak terus biji mata. Aku guna 3 biji je kurma deseeded semalam. Air segelas sikit sangat kot untuk 3 biji kurma. Next time kena lebihkan air lagi... 
So, makan isi kurma dalam tu, minum air dia...makan ubat...minum air lagi and that's it. Terus ready untuk solat Subuh. Dalam kepala dok psiko diri sendiri, jangan takut letih or lapar or gastrik... Kena ingat... Makanan tu takleh buat apa-apa pun kat kita kalau Tuhan tak izinkan. Makanan tu takde power apa pun ke atas kita. Semuanya kuasa dari Allah. 

Zaman Nabi dulu, Nabi sendiri pun berbuka dan sahur dengan kurma je. Tapi cergas dan bertenaga aje sepanjang hari. Lepas berbuka, Baginda boleh berterawikh lagi. So, apa sangat lah kalu miss sahur sekali ni. Orang kita ni je melebih-lebihkan isu makanan.

Saje aku nak uji air nabeez ni adakah seperti yang dikatakan. My verdict, YES. Lepas terang tanah, aku boleh berkebun lagi alhamdulillah... Allah izinkan. Kena emphasize pasal ni tau... Apa-apa pun kena sandarkan pada Allah, bukan makhluk. Ingat tu ye adik kakak abang makcik pakcik..

Posa Day 2
Kejut Adam bangun sahur sebab menu nasi ayam macam menarik je kan... Dia bangun la join sahur.. Pastu kul 9 aku tersilap langkah pegi tanya dia letih ke tak. Agaknya dia ingat aku suruh dia berbuka kalu letih, terus dia bukak tupperware jajan ambik makan. Huk aloh... Not even half day fasting... Bila la nak belajar posa ni anok weh. Risau aku kat sorang ni... Kecik-kecik dulu biasa je berlapar separuh hari tu... Besar-besar ni asyik nak makan je. Makan jajan lah dia. Kecewa aku. Ingatkan at least boleh la posa sekerat hari.

Umur dah 9 tahun.. Posa sehari pun tak lepas lagi. 

Posa Day 1
Glitch. Big one. Kelmarin makan kuinin. Gastrik la. Dah la bangun masak sahur without any plan nak masak apa. Sudahnya, terkulat-kulat tak lalu makan, Nak nanges rasa depan nasik. Time tu la 1001 rasa tak best datang. Terbayang masa kat Europe mula-mula sampai camtu la akan aku rasa. Tak lalu, takleh nak telan, rasa nak nanges every mealtime. Oh no, anxiety attack datang. Dan-dan tu rasa nak nanges depan encik Jack and mintak cancelled all my flights itineraries. Eh kau giler ke. Kalu buat betul-betul ni sama macam suicidal je. Ok, dok diam-diam telan sorang-sorang. 

Satu hari penat posa dengan penat berperang dengan emosi. Only people with anxiety know this. Kenapa la Hospital Seberang Jaya takde bahagian tu. If I want, I need to go to Hospital Bukit Mertajam.. Situ baru ada pakar bidang ni. Talk about Hospital BM, malas lah. Jalan sempit, jem, nak parking pun payah. Jauh pulak. Kesimpulannya, MALAS. Hahaha... Hari tu dah kena sekolah kat otai-otai anxiety... Macam mana nak baik kalau tak berubat.

Time posa aku okay.. Time makan je macam-macam perasaan sedih, sunyi, kosong yang datang depan makanan aku. Langsung takleh nak enjoy food. 

Kelmarin lepas berbuka posa day 2, duk sembang dengan encik Jack pasal masing-masing tak lalu makan. Dia kata tak rasa macam bulan posa. Rasa macam lunch dinner hari-hari biasa time tak posa. No idea what to eat. Masalahnya macam ni, katalah kitorang pegi food court or restoran. Tengok menu kat kedai contohnya yee mee. Yee mee dah selalu buat sendiri kat umah. Siakap 3 rasa? Stim? Coleslaw? Roasted chicken? Nasi lemak? Churros? Spegeti bolognese? Spegeti alfredo? Menu-menu ni dah tak wow dah nak makan kat kedai. Bagi kitorang la.

Semalam berbuka encik Jack order aku masak daging black pepper. Masa aku tanya nak makan apa tu, aku tengok dia siap google image search pasal aneka masakan daging. Hahahaha... Keluar la macam-macam gambar macam-macam masakan berasaskan daging. Bila berbuka tu, dia cakap burger yang dia makan kat fast food baru ni rasa sebijik macam isi daging black pepper yang aku masak. So, kau paham tak dilema aku bila aku kata tak tahu nak makan apa. Bukan la nak kata aku terer masak. No, I'm far from pandai. Tapi satu keburukan jugak bila tahu masak macam-macam ni. At one point rasa dah habis idea. 


Bos IBM hari-hari tag gambar makanan aneka juadah beserta resipi kat aku. Sampai aku terfikir, lepaknya dia boleh nge-tag aku siang malam without failed. Kata busy kan. My friends dalam fb yang aktif mostly yang bekerja. Yang stay at home mom biasanya rata-rata jadi passive reader. Tak aktif langsung pun ada. Nampak tak. Hahaha... Yang keje ni banyak nau masa kat fb! Ataupun jenis yang macam aku, jarang respon. Memang bukan pesen aku nak like-like status orang. Kecuali yang aku memang betul-betul terkesan. Dan aku jugak jarang tag orang suka-suka. Takut orang annoyed dengan aku pun ye.

Oklah. Nak gerak ke dapur. Selamat memasak. Takde idea pun dapur tetap kena berasap. 

Assalamualaikum!

No comments: