Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 9, 2016

#1318 Me Vs Bancuh Segelen

Hahaha... Aku terfikir sendirian... Susu budak ni ada ganja ke apa. Satu macam ketagih aku tengok Zaraa ni. Baru je habis sebotol, mintak lagi... Potong stim aku nak bermalasan hahahahaha.. Orang kurus kering macam aku tak boleh banyak bergerak tau. Nanti lemak tak sempat nak simpan dah hangus terbakar. Nak ternak lemak kena dok diam-diam... 

Sehari dua ni sampai tahap annoyed dengan budak ni asyik mintak susu je. Kelmarin lepas bedal tiramisu simple aku tu, mintak mac n cheese.. Habis mac n cheese mintak susu pulak... Hangin mak... Dugaan posa aku tahun ni.. Pastu pulak, aku perasan semenjak dua menjak ni dia suka duk hisap puting susu tu walaupun susu dah habis. Susu tak habis pun dia hisap puting saje jugak. Gigi tu toksah cakap la. Makin hari makin tak gojes.. Makin jo pun ada. Selalunya kalu dia dah habis hisap susu, aku terus bawak lari botol ke dapur jauh dari dia. So takde la dia teringat nak hisap je. Time tido pun aku tarik botol tu letak jauh-jauh. Kekadang tu kantoi. Tengah tarik dia sedar terus nanges mintak botol balik. Huh... Jenis nak mengenyut je tu.

Kelmarin aku cakap kat dia, tak payah la minum pakai botol. Bancuh minum dalam gelas lah. Dia punya nanges, sedih giler. Air mata keluar macam air terjun tak bajet. Sedih dia macam aku kata dia anak pungut hahahaha... Serius sedih dia orang tak bagi minum dalam botol. Hai lah... Macam mana nak stop botol ni.

Hari ni, bila Zaraa mintak susu, daddy nya bancuh separuh jag terus. Nak bancuh penuh sejag tu takut spoil pulak susu tu lama-lama nak tunggu habis. Saksikan....
Penapis air aku dia dah set sekali tekan untuk segelas air/200ml/7.5oz/sebotol susu. So, sukat per tekan mesin air tu lah. 4 kali tekan equals to 4 botol susu. Kira save tenaga la dari keluar masuk dapur 4 kali bancuh susu kat dia. 1 botol 4 scoop susu... Bertabah la kira berapa belas scoop nak bubuh. Don't lost count!
Disebabkan bancuh susu secara pukal camni, nak goncang cemana nak bagi sebati air dengan tepung susu tu... Kita pakai la whisk... Hahaha... Macam nak buat kek pulak... Whisk-whisk-whisk hingga sebati ye pwan-pwan...
Siap tu takkan nak tengok je... Buh la dalam botoi... Tuan punya botol duk jadi saksi dari tadi lagi.. Muka penuh tak puas hati sebab orang malas dah nak layan dia per request pasni.. Tak puas hati sebab dia kalah dalam usaha nak harass semua orang dalam rumah ni. Hahahaha...
Tengok la muncung dia dah empat segi! Rambut serebeh dah banyak kali mak ikat elok-elok pastu dia pegi bergumpal sama Adam. Serebeh balik. Kita mesin buat style skin head nak?
Kul 4.49pm last feeding dia. Pastu habislah stok bancuhan readymade. Hoh... Kena bancuh lagi la. Nak sampai ke malam ni, entah berapa kali lagi mintak. Huhu.. Ajak makan nasi tak nak. 

Lagi satu yang aku risau pasal dia... Daily water intake dia. Susah sangat nak tengok dia minum air. Kalu minum pun air oren, sarsi (kordial) or sirap. Alahai semua manis-manis... Bila buat tawar sikit, dia or Adam akan komplen tak manis and tak nak minum sampai habis. Hadoiii... Hidup panjang lagi. Kalau dari sekarang asyik layan manis-manis je, cemana la... Risau betul.

Kelmarin time dia duk meragam ketagih mintak susu tu aku ugut dia minum air kosong segelas, baru aku buat susu. Desperate nak susu sangat, minumlah air sejuk segelas pun. Kalau tak, sorry lah nak tengok dia minum air kosong dengan rela hati. Tengok anak-anak orang lain keluar jalan-jalan pun bawak bekal air masak... Minum air masak macam minum Pepsi sedapnya. Nape la anak aku tak macam tu.. Kalu air gas lagi la diorang suka. Segelen pun habis agaknya. 

Hai lah dugaan nak besarkan anak-anak ni...

No comments: