Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, June 11, 2016

#1319 Me Vs Tudung Online

Oh macam ni rasa bila terjebak shopping online ye. Baru tau. 

My friend introduced me this brand. Dia ni doktor/pensyarah, tapi skang ni jadi agent for this brand. Dulu dia pun tak pernah dengar pasal Cloverush ni. Tapi adik ipar dia la yang first bagi hadiah tudung ni kat dia. Sebelum-belum ni dia duk layan tudung Ariyani je... Tapi since kenal tudung cap Cloverush ni, memang melekat terus kat brand ni. Kawan aku ni bertubuh gempal, dia kata bila pakai tudung Cloverush ni, nampak effect kurus kat muka. Gituuuu... Sebab tu dia terus setia dengan brand ni. Dulu jadi pembeli biasa je... Sesambil tolong beli untuk kawan-kawan staf hospital gitu la. Pastu tak puas hati la sebab design yang dia nak selalu sold out. So, skang ni, dia sendiri yang jadi agent. Senang.

Jenis scarf sauk biasa ada...
Tertarik pulak aku tengok kat fb. Selalunya aku jarang tau bukak status-status promo produk ni. Memang tak minat. Tapi disebabkan design tudung ni sangat-sangat cantik, aku langgar pantang. Satu, sebab design cantik la. Dua, sebab labuh. Tiga, sebab awning lembut.
Jenis instant shawl pun ada...
Aku ni memang susah nak jumpa tudung yang betul-betul berkenan di hati. Boring pulak rasa asyik pakai tudung plain je. Nak cari tudung corak, selalu jumpa yang corak ajumma-ajumma. Very the daratz... Bila jumpa tudung corak lawa, harga lah pulak tak lawa. Or singkat. Mostly gitu la masalah aku. Lagi satu, pilih tudung ni very time consuming. Nak pegi dengan gewe, boring pulak dia menunggu. Budak-budak ni lagi la. So, bila dapat tau pasal tudung ni, baru la confiden nak sopping online. Bukan tak pernah try sebelum ni. Tapi tahu-tahu lah aku ni susah nak percaya dengan online seller yang aku tak biasa. In this case, kawan aku sendiri yang pernah try dari pengalaman dia aku tumpang percaya la nak beli.
Lagi satu rasa happy sangat jumpa brand ni sebab awning dia jenis lembut. Being a traveller, aku prefer la tudung yang boleh di sumbat dan dipenyek-penyek dalam luggage. Kalu tudung awning keras tu, rosak la jambul. Nak kena iron lagi... Tudung ni, tak perlu risau. In fact, boleh pakai untuk solat lagi (bawah telekung semayang tu la).

Memang favourite aku tudung sauk awning lembut ni. Sauk je siap. Tudung 2 muka or instant shawl or whatever yang seangkatan tu walaupun dikatakan tak perlu pin, tetap jugak nak kena betul-betulkan. Tetap jugak nak kena letak brooch baru la nampak kemas. Kalu nak harap kat shawl tu semata-mata memang serebeh jugak kan. Kemas cuma tang muka je... Bahu, dada tak terurus. Pastu tak sampai setengah jam pakai mula la rimas asyik nak kena betulkan tudung. 

Itu aku cerita dari pengalaman aku yang memang tak minat nak berdandan lelama depan cermin sebelum keluar. Jenisnya, once kata nak keluar, terus masuk bilik pilih tudung yang sesuai pastu sauk je terus keluar. No hassle. Hijabster yang pakai shawl belit-belit sana sini tu, memang aku tabik. Loh la set mu. Aku malas.

Bila tengok koleksi yang ada kat Cloverush ni, aku paling berkenan kat jenis Alayna Premium/Exclusive semua lawa... Bagi yang suka tudung bercorak la. Serius tak tau nak pilih! Fedap betul dengan diri sendiri. Bila jumpa banyak pilihan ni selalu terpilih yang so-so. Lepas beli mula la sesal. Bila dah banyak sangat ni, nak beli color apa ek... Gilaaaaa... Stress aku pagi ni. Cloverush ada sale sampai esok je... Tu pun kawan aku suruh cepat sebab stok kat hq menyusut laju. 

Letih jiwa aku nak pilih ni... Tolon!

No comments: