Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, June 13, 2016

#1320 Me Vs Fasting, A Week Review

Hari ni hari ke 8 puasa. Cemana progres posa korang? Aku, tak tau nak cakap. Ibadat wise, aku no komen. Biarlah rahsia antara aku dan Pencipta aku. Food wise, huwaaaaaa.... First day lagi tak tahu nak makan apa, 8 hari ni pun tiap hari struggling to eat. Banyak hari dah aku makan nasi sorang-sorang. Gewe banyak kali dah tapau kat param. Bila tengok orang up status dok kira hari posa tapi masih tak jejak kaki ke param, aku tabik spring lah sama kamu-kamu. 
Hari ni sekolah dah mula. Budak-budak ni aku suruh makan siap-siap kat umah. Kat sekolah kan nanti nak pura-pura posa hehek.. Zaraa nanti kena posa la sejag susu hahahahaha... Balik sekolah karang kena bancuh sejag siap-siap la. Ada budak tak posa kat umah ni tetap nak kena siapkan  lunch diorang. Adam mostly nak nasik la. Nasik semalam masak 1.5 cawan je pun banyak lagi tak habis. Imagine beras 1.5 cawan tu 6 orang boleh makan (3 orang x2 kali makan) and still tak habis... Masing-masing makan nasik sikit je. Tu pun aku dah kurangkan. Selalunya masak nasi 2 pot. Hadoiii... Memang tak lalu lah.
Bila hp dapat kat dia... Selpi pah ceroh.
Kelmarin gewe request nak ketupat sotong and gulai nasik dagang terengganu. Makan dengan nasi putih je, bukan nasik dagang sebenar tu. Acar ada la. Pastu goreng ayam untuk Adam. Ketupat sotong je habis. Nasi, menyedihkan. Sorry laling, gulai tak berapa menjadi... Bukan kepakaran aku masak benda-benda tradisional ni. Rupa mungkin ada, tapi rasa terbabas jauh. Huhu...

Seminggu pertama ni, seluar baju semua dah longgar. Entah berapa kilo dah turun. Gewe pun komplen seluar dia longgar. Dia takpe la, makin longgar, makin sado. Silap-silap boleh timbul sixpacks you! Aku ni, makin longgar, makin la buruk rupa. Susah payah kumpul lemak tau. Nak buat cemana, semua tu pinjaman je. =)

Hari demi hari, aku perasan satu benda pasal friends yang ada dalam list fb aku... Ramai kawan-kawan aku yang start berbisnes, ada yang bisnes sebagai side income dan ada juga bisnes sebagai punca tunggal pendapatan. Yang buat lebih dari satu bisnes pun ramai. Masya Allah, kagum betul dengan kawan-kawan semua. Ada yang buat bisnes berasaskan makanan; yang prepare sendiri from scratch, ada yang repack and rebrand, ada yang sekadar menjadi agent... Ada yang bisnes jual produk kesihatan dan kecantikan... Ada yang jual emas dinar... 

Yang paling aku tabik, kawan-kawan yang design sendiri produk diorang. Ada sorang kawan aku ni, zaman sekolah dulu lagi memang terserlah bakat dia dalam art. Penuh seni gitu. Now, dia buat bisnes event management, dia sendiri yang design mengikut permintaan pelanggan. (majlis harijadi, baby shower, etc) Itu major income dia. Side income pulak, skang ni dia dah ada brand baju sendiri... Dia sendiri jugak yang design.. 

Sorang tu, baru-baru ni keluar tv mempromosikan koleksi tudung yang dia jual. Dia ada 18 cawangan serata Malaysia tak silap aku. Masya Allah... An amazing entrepreneur, a mom of small kids, a wife. Zuhud sangat orangnya... Pernah jugak masuk majalah artikel pasal dia seorang boss yang memiliki ciri kepimpinan yang maveles... 

Ada seorang lagi kawan aku, belajar medik tapi ended up jadi surirumah jaga and homeschool anak-anak dia. Now dah naik satu lagi level jadi educator, motivator pulak.. Dia selalu buat seminar pasal early education... Masya Allah... Hebat-hebat kawan aku...

Yang cikgu-cikgu buat side income jual kain batik, jubah, tupperware, cadar kalis basah etc tu takyah citer la... Macam cendawan tumbuh sekarang ni. Yang masih ditakuk lama adalah aku. Malu pulak kekadang tu. Tu kalu boleh aku malas nak join reunion semua ni. Malu nak citer kat orang yang aku tak keje, duk umah je without any side bisnes back up. Sekarang ni hanya orang malas je takde buat part time job aku rasa.

An ex-schoolmate aku, dia baru berhenti keje. Tak boleh duk diam kat rumah dia naik bosan katanya. Baru ni tengok kat fb, ada orang order dengan dia roti jala dengan kuah kari ayam. 4kg roti jala dia sorang je kirai. Dia duk di Shah Alam, customer nak suruh hantar ke Gombak... So, dia hire runner pegi hantar roti jala tu. Bijak jugak kan. Dia kata, zaman sekarang ni mudah sangat kalu nak buat duit. Termalu aku di bucu katil..  Hihi... Sape sangka, masa zaman sekolah dulu dia macam tomboy gitu... Now memang transformed all ladies.

Dia ada offer aku jadi agent untuk bahagian utara... Sebab dia tengah expand bisnes dia.. Lepas ni dia nak distribute makanan-makanan kering Kelantan. Mula-mula tu dengar macam berminat la jugak. Sebab rasa tercabar tengok orang lain dengan bisnes masing-masing. Bila jumpa, ada jugak benda yang boleh dibualkan. Tapi bila pikir-pikir balik bab nak kena cari orang ni aku malas... Aku bukannya selalu jumpa orang. Kawan pun 200+ je dalam list fb. Nak market kat sape? *orang malas memang selalu rugi tak dapat apa-apa. 

Pada aku, selagi aku takleh drive sendiri, memang agak payah la nak berbisnes. Banyak alasan kan. Orang kata, skang ni kalu nak pos, dah boleh pos dari rumah aje. Register je kat Pos Malaysia, nanti dia akan datang collect parcel kat rumah kan. Okay tukar alasan. Next- aku tak ramai kenalan. Haaaa.... Yang ni memang satu masalah besar aku. Skill marketing aku memang takde. Cemano nak bisnes? Takkan aku nak promote kat patlima orang ni je... 

Stres pulak pikir apa bakat yang aku ada yang boleh guna untuk cari duit... Bakat tak berbakat. Teringin nak jual frozen popia. Tapi nak jual dari rumah ni nak offer kat sape? Tu lah masalahnya. Apa-apa pun, kalu betul nak bisnes popia... Kena pegi berguru cane nak gulung popia dulu. Panjang pendek tak sama ni mana boleh. Semua kena uniform, baru la menarik.

Ape ni... (ayat ig Bujibu Cempel).... Ah malaslah pikir... 


No comments: