Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, June 14, 2016

#1321 Me Vs The Kids' Results

Mek tengah sahur.
Sekolah dah bukak. Bulan posa ni malas pulak rasa nak siapkan breakfast/lunch anak-anak. Nak je suruh diorang puasa sekali. Jeles sangat bila tengok kawan-kawan up status bergambar rupa anak-anak kecil diorang yang kepenatan berpuasa... Bila entahnya Adam ni nak start posa. Macam tak paham-paham lagi makna posa. Kiranya sepanjang posa ni anak-anak just 'posa' kat sekolah je la. Tu pun sebab orang lain tak makan. A.k.a 'posa' sebab ikutan.

Sebelum cuti hari tu sepatutnya parents kena pegi ambik/tengok/sign buku rekod ujian kat sekolah. Tapi kitorang totally lupa, so cikgu Adam bagi buku rekod ni kelmarin, bawak balik umah kasi kitorang sign. Eh, macam tak percaya pulak bila tengok. Haritu Adam kata Math dia dapat 21.. Hoh, terkejut tapi tak pelik la since dia memang lemah Math dari dulu. Bukan tak pandai, tapi dia jenis nak cepat, tak baca betul-betul. Haaaa... Bila dia kata dia dapat 21 tu, memang kecewa la. Tapi nak buat macam mana. Dah aku pun tak ajar dia secara sungguh-sungguh jugak. Nak harapkan dia sendiri, macam aku jugak la masa seusia dia dulu...

Bila tengok result dia, bukan 21 lah... Entah mana dia dapat tau. Dia dapat C. Standard ar tu... Tiap exam pun dalam range 60s.. Aku yang dulu memang poor jugak Math ni memang tak kisah la. Sebab tahu forte dia sebenarnya ada dalam subjek-subjek lain. Encik Jack la yang tak puas hati selalunya. 

Tapi bila dapat nombor 2 dalam kelas ni, memang berseri-seri la muka daddynya. Dari turun motor sampai masuk umah muka manis je... Kalu result Adam teruk, dengan aku-aku sekali stress. First time sejak dia sekolah tadika lagi, tak pernah dapat result top 10. Memang tak mimpi lah aku nak tengok result cun dia. Asyik kecewa again and again and again. *macamlah aku tak pernah buat camtu dulu!  

Aku sebenarnya tak berapa paham tengok result Adam ni... Kenapa ada 2 versi? Satu tu dia dapat nombor 2 dalam kelas. Satu lagi dapat nombor 5 dalam kelas. Apa beza dua-dua result ni? Ada tak cikgu-cikgu kat sini yang terbaca post aku ni boleh terangkan kat aku... Tak reti betul sistem pendidikan sekarang. 

Itu cerita kelmarin. Hari ni, masa bayar yuran sekolah Zaraa, aku tanya cikgu dia bila nak bagi buku rekod. Tazzabar nak tengok result dia... Sekali cikgu dia kata, dia dapat nombor 1! Kahkahkah... Betul dia dapat no1 rupanya. Ingatkan dia mengarut je dalam cuti tu kata camtu. Oh my.... Rasa happy Adam dapat nombor 2 tu pun tak habis lagi kelmarin, hari ni dapat tahu adik pulak dapat no1... Alhamdulillah.... Memang tak pernah mimpi anak-anak aku dapat result cantik ni. 
Balik sekolah, cikgu bagi buku rekod. Peh.... Takde C langsung. Ini memang betul-betul kaw anak encik Jack. Lagi la manis good mood je daddy sepanjang hari. Mak pun tumpang bertenang. Encik Jack ni tinggi harapan anak-anak dia belajar pandai. Me?-I just go with the flow. Kalu dia excell, kita happy lah... Berani la nak menggharap. Kalu dia slow, kita redha aje lah.. Not everyone is born to beat everyone in school. Zaman sekarang ni dah ramai sangat dah school dropouts yang lagi berjaya dalam hidup dan kerjaya, Apa pun, aku just doakan yang terbaik untuk dia. Seboleh-bolehnya nak la tengok dia strive dalam pelajaran. Tapi kalu takleh jugak, kita cari la cara lain. In sya Allah...

Dah dua-dua ni dapat result elok, garu kepala la pulak encik Jack nak kena belikan hadiah. Adam, macam biasa la. Tak tanya pun dah tahu dah dia nak keta menan. Adik on the other hand, bila tanya dia nak hadiah apa, dia kata nak buku coloring. Huh, another zuhud answer. Zuhud la jawapan kat umah ni, bila dah sampai kat kedai toys, I bet she'll reconsider.

Petang kitorang suruh Adam skip kelas KAFA dia, bawak diorang pegi beli hadiah kat kedai toys besar di BM. Adam dapat keta idaman dia, adik pulak ambik gitar. (told you, she changed her mind bila tengok menan sana sini). Dah lama dia nakkan gitar tu. Tengok anak sape ntah pegang gitar aku tak ingat. Sejak tu asyik mintak belikan dia gitar je. Bila ada asbab macam ni, baru la kitorang belikan. Gitar murah je, tak aci pulak keta Adam mahal sket. So, tambah bubble gun kat dia satu lagi. Baru adil. Settle. Selagi tak pegi, selagi tu la Adam duk menuntut hadiah dia. Adik cool je tak reti lagi. 

On the way balik singgah tapau nasi madghout kat Qasar Hadramawt Perda. Balik takyah masak dah. Encik Jack tapau madghout lamb sekilo. Kahkah... Berapa hari la nak mengabih ni. Apa pun, alhamdulillah....

No comments: