Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, June 15, 2016

#1322 Me Vs Pandan Shrek Balls

Lepas sahur selalunya aku tak tido. Sebab, kalu tido, bangkit tu mesti rasa lemah tak bermaya. Pastu miserable satu hari. So, let's just don't spoil my day doing silly mistake. Kalu aku nak tido, tido dekat zohor. That's the best time for me. Nabi pun pesan suruh take a nap sebelum Zohor kan. Recharge, ladies.
Selalunya, kalu tak tido, buat house chores la. Jemur kain, kemas rumah, sapu/vacuum, gardening etc. Pagi ni aku tertarik nak alihkan pokok pandan aku. Dah tinggi melangit beranak pinak pulak tu. Tak cantik ok. So, bersilat la belakang dapur aku pagi ni. Tanam semula sepohon, rendam dalam air 2,3 rumpun (senang time nak guna tu gunting je kat tepi sinki tu takyah susah-susah nak sauk tudung untuk ambik daun kat luar). Setambun lagi aku hiris-hiris buat bunga rampai/potpourri. Nak hilangkan bau ikan kering gelama sungai yang kantoi kat pejabat pos seminggu sudah. Naik pening dah aku hidu bau ikan kering harum setaman ni.
Kasar-kasar sebab tak larat banyak sangat.
Zaraa balik sekolah bukak je pintu dia jerit, Whoaaaaaa... Mommy masak puding ke hari ni???  Kahkahkah.. Tipah tertipu. Itu pun tak taruk apa-apa minyak atar pun. Wangi daun pandan semata-mata... Oh rindunya bau bunga rampai time Maulud...

Masa aku tengah bersilat dengan pohon pandan ni, lalu sorang aunty Cina yang tengah bawak anjing dia brisk walk. Dia tegur aku. Dia kata dia duk kat Lorong 13, belakang lorong aku la. Sembang la pasal pohon pandan ni. Orang peramah, kita pun layan lah. Potpetpotpetpotpet, ye-ye la aku layan ikhlas nak berkawan. Sekali, dia keluarkan ayat ultimate dia, promo pasal insurance yang dia jual... Huk aloh. Keciwa mak. Ingatkan betul-betul ikhlas menegur. Benda macam ni aku rasa macam malas nak layan orang. Potong stim aku je.

Petang, encik Jack nak pegi semayang Asar kat mesjid aku kirim beli kelapa parut. Teringin nak makan ondeh-ondeh. Aku panggil ni kuih shrek, saje nak impress anak-anak. Tapi diorang tak makan pun. Zaraa makan la semulut, pastu buat main. Selalu kalu aku buat ondeh-ondeh, gula melaka kat dalam tu tak hancur. Kenapa ek? Nak kena rebus lama-lama ke baru gula dia cair? Sedap kemain dah dengan lembutnya, tapi gula pulak tak hancur. Encik Jack makan sebutir dua je. Tak sedap lettewww.. Jangan kata akak malas buat kuih ye... Akak dah payung.
Dekat nak berbuka, time tengah goreng cekodok pisang, jiran datang hantar mihun sebekas. Alhamdulillah, banyak makanan hari ni. Encik Jack makan nasi putih with tomyam cap Delimas... Aku perangat nasi madghout kelmarin tak habis-habis lagi. Sekilo nasi ni memang no kidding la nak perabis. Hari ni lunch dengan dinner Adam makan nasi arab ni. Kelmarin dah seround. Tak jemu-jemu. Naik heran aku. 2 hari berturut-turut dia layan nasi Arab. Good lah. Tak payah aku masak dah. 
Encik Jack tak lalu benar... Tomyam tu pada aku dah sedap dah.... Iras-iras tomyam Johnny's. Tapi dia makan nasi sikit je. Tomyam pun tak terusik. Kalu tak kerana gastrik, aku dah ratah dah. Sayang betul kat tomyam ni. Ambik jugak la sikit-sikit sambil waspada. 

Berapa hari lagi nak raya ni...

No comments: