Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 16, 2016

#1323 Me Vs Sopeng Lagi

Tahu tak aku terbeli jiwa masa tengok carrot cake kakak ipar. Sejak itu, dah dekat 2 minggu aku tak keruan mencari resepi kek carrot yang terbaik. Aku tak ingat, seumur hidup aku pernah makan ke belum kek ni. Rasa macam Bos IBM pernah buat dulu-dulu masa kecik. Tapi dah tak ingat rasa kek carrot tu cemana. Jiwa membara-bara la nak buat/makan.

Dah banyak hari aku cari resepi secara on and off. Bahan tak cukup kat rumah ni, sebab tu tertangguh-tangguh feel tu. Hujung minggu ni gi Tesco ingat nak beli la. Biasalah tu, sebelum buat membara-bara. Masa buat, membara-bara. Bila masak kek, kalu tak jadi terus terpilu di bucu katil dan frust berhari-hari.

Nak jadi citer, Adam tak gi KAFA lagi, so petang-petang memang serabut la dengar diorang gaduh. Aku lari masuk bilik bibik. Bilik bibik best sebab sejuk. Google resepi dengan penuh ketenangan. AIr yang tenang jangan disangka tiada buaya. Sungguh la. 

Datang Zaraa masuk dalam bilik tunjuk rambut baru dia. Dia kata potong sendiri sebab serabut rambut kat depan. Aku tak tau nak nanges ke nak mengamuk... Nak aje aku lempang dia laju-laju. Buat hal lagi. Dulu dah buat dah sekali aku dah warning. Dulu tu sikit je, tak nampak sangat. Ini kali, memang obvious la sebab dia gunting bahagian depan. Cacat secacat-cacatnya
Patut la senyap je tadi. Ingatkan tido. Dengan Adam-Adam sekali kena amukan aku sebab dia tengok je adik buat tanpa larang or bagitau aku. Bab lain tau pulak datang report. Alahaiiiii nak-nak raya ni buat hal macam ni aku cukup tak suka. Tolonglah.
Sakit hati pulak rasa.... Dah bosan sangat ke sampai gunting rambut sendiri tu. Dah tak ingat ke aku pernah larang sebelum ni. Rambut dia dah elok panjang dah... Now dah kasar macam rambut jantan. Adoiiiii...... Rasa nak campak je gunting dia dalam tong sampah. Suka la buat benda bukan-bukan macam ni. Jenis kreatif tak bertempat macam ni yang aku angin.
Kali ni benar-benar harap dia dapat pengajaran. Dah kacau stim aku nak buat carrot cake.

No comments: