Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, June 17, 2016

#1324 Me Vs Express Carrot Cake

Hari ni penat tahap cipan angkasa. Dari bangkit sahur, lepas hantar Zaraa sekolah sampai kul 11 duk spring clean rumah. Time ada keinginan tu baik buat terus. Sekali subsided entah bila pulak nak datang mojo tu balik.

Lepas solat Jumaat, Encik Jack ajak gi Maybank. Dia nak tukar duit raya, aku pulak urusan nak tukar kad atm yang tak setel-setel lagi. Sejak tukar no hp ni, aku tak berhasil lagi nak tukar kad atm. Kad atm lama entah dimana silapnya... Asyik kata salah pin je. Padahal aku duk guna nombor tu dari dulu lagi. Masa balik KB aritu dah try kat Maybank sana. Tapi disebabkan IC aku ic lama, mesin dia tak dapat baca. Agaknya cip dah melekat dengan kad-kad lain dalam purse aku sekian lama... Sebab tu invalid. Banyak kali try, banyak kali tendang. Staf maybank suruh buat IC baru. So, balik Penang ni baru aku buat IC baru. Dah dapat IC baru, baru lah proceed kad atm pulak...

Pegi Maybank, mintak tukar kad terus. Setel. Suruh dia tukarkan nombor hp siap-siap. Setel. Baru sedap nak shopping online =))) Shopping la sangat. Keluar Maybank, pegi Secret Recipe beli Carrot Cake yang aku duk terliur tu. Ramai orang yang aku kenal secara peribadi duk kata kek lobak merah kat SR ni best. Kena la try. Encik Jack and the kids pilih yang kek coklat-coklat. Dapat lah kek karot aku, habis cerita tak payah susah payah buat sendiri yang belum tentu jadi lagi tu. Masa aku masuk SR, aku tengok kek karot ni last piece je tinggal. Rezeki aku la. Lewat sikit mungkin melepas.
Tengah malam baru makan ni. Hmmmm... I must say this is not my cup of tea. Menyesal percaya cakap orang. Pada tekak aku lah kan, rasa dia macam kek butter Azie Kitchen tu je. Manis sampai terbeliak bijik mata... Kek dia rasa macam kek-kek yang aku buat kat umah je. Pastu topping dia tu rasa macam cream cheese yang aku guna buat tiramisu tu je. Yang pasti tak repeat dah pasni. Nasib baik gak beli je. Kalu buat half resepi pun, macam ni punya menyesal sape la nak habiskan... No more carrot cake craves!

Mulut orang memang tak sama dengan mulut aku. Nak-nak pulak kalu rasanya sama macam apa yang aku biasa buat. Dah jadi tak keren. Ingat tak aku pernah kata dalam post sebelum ni, susah jugak kalu dah biasa masak macam-macam kat umah, bila try kat luar, rasa macam biasa je la, no wow factor. Makan kek ni semulut buat aku tertanya-tanya, tang mana yang sedap sangat sampai ramai rekemen tu... Dono lah.. I'm done with this cake madness. Next, nak crave kek jenis ada walnut-walnut kat dalam pulak... Kat SR aku lupa apa nama kek tu. Ada kacang macadamia tak silap... Sedap, pada tekak aku lah. Kek krim/aising ni jarang yang tak sedap! 

Nak makan lepatlah pulak.... Apeni.... Mana nak carik daun pisang.....

No comments: