Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, June 28, 2016

#1325 Me Vs Raya Dalam Ramadhan

Ingatkan tahun ni Allah izinkan posa penuh sebulan... Sesungguhnya perancangan Allah itu tidak boleh diramal-ramalkan. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dia ada plan yang terbaik, terhebat.. Siapa kita ni yang hanya makhluk dan hamba nak persoalkan. Aku andaikan posa kelmarin burn. Sebab lepas berbuka semalam baru nampak bendera Jepunnya. Start berkibaran entah sebelum atau lepas berbuka. Apa nak buat. Ganti saja lah. 

Duhai hati, janganlah sedih.. Kecil aje dugaan ni dibandingkan dengan apa yang saudara-saudara Islam di Myanmar, Syria dan Palestin alami. Hari-hari tak sanggup nak tengok kat newsfeed berita-berita, gambar-gambar pasal saudara-saudara seIslam yang menjadi mangsa kekejaman... Allahuuu... Takleh bayang keperitan diorang. Kalu mati terus senang cerita. Yang prolong death tu yang ngeri.
Okay dah-dah la citer pasal perang. Sedih hati. Bulan posa ni dah berapa hidangan raya dah aku buat. Tak raya lagi aku dah raya. Tak tahu nak masak lauk apa punya pasal. 
Okay, paru bukan lauk hari raya. Tapi nak citernya, selama ni reti masak paru berempah harimau menangis tu je. Encik Jack rikues nak makan paru belado. Selalunya style belado aku guna cili kering je. Ini kali, kita try cara belado yang sebenar. Guna cili merah masak tu. Rujuk Iron Chef la ofkos. Jadilah tu. Walaupun rasanya sebijik macam paru maepranom sira. Kakahkah.  
Udang kunyit Selangor FC.
Sambal ikan pauh reknge.
Gulai ikan aya nasi dagang tganu. Perangat.
Weekend baru ni buat lontong pulak atas permintaan encik Jack. Kalu bagi pilihan antara soto dengan lotong, memang dia akan pilih lontong. First time guna nasi impit mini. Oh cepatnya empuk dan padat... Dan cepat jugak sejuk... *oh baru tau. Next time guna nasi impit mini ye! Dua ketul belah 4, sorang makan. Dua ketul sorang. Kalu tamak, up lagi seketul. Komfem kenyang. Sebab nasi impit sangatlah padat. Sokasokasoka! 
Kelmarin dulu pulak buat lamb beryani with dalca and acar and ayam masak merah. Dah lama tak buat ayam masak merah yang sebenar. Selalunya buat ayam masak merah style Pasir Akar yang tersangat simple kurang bawang tu. And, selalunya beryani set aku mesti ada kurma ayam/daging. Kali ni kita try buat dalca lah pulak. Lamb, kita masak dalam nasi... Adam punya la suka. Dia panggil ni nasi madghout, as Qasar Hadramawt's signature nasi madghout tu la. Ikut mu la Adam nak panggil nasi apa pun, janji makan. Kelmarin perangat untuk lunch pun dia sorang je yang sebat sampai licin periuk. Tanjat mak!
Untuk nasi aku pakai perencah Brahim's je. Yang dalam peket macam pes tu. Entah bila nak upgrade boleh buat beryani tanpa perencah ni, I mean made from scratch start dari tumis sampai nasi masak tu la. Masak pakai perencah ni tak bermaruah la sikit. Hahaha... Only the dummies and lazies yang guna perencah. The real homemaker made food from scratch okay!
Dalca. I have to feel proud because this is my first dalca. Umur dah dekat patpuloh baru reti buat dalca omg.... Better late than never lah sangat! Amacam dalca aku, jadilah tu kan... Resepi ofkos by google. Senang je rupanya buat dalca ni. The same step macam nak mengari aje. Cuma tambah kacang dal tu je. Lepas ni boleh la buat nasi kak wok sendiri kat rumah... Citer pasal nasik kak wok ni kan.... Oh kena sambung perenggan bawah la... 

Ha, pasal nasi kak wok. Minggu lepas Encik Jack ajak pegi bazaar ramadhan. Anak-anak tak tido boleh la join ikut. Selalunya dia pegi, ada time Zaraa tido aku duk umah je la. Kat bazaar tu aku ada nampak gerai orang jual nasi kak wok. Happy sangat rasa hati ni... Terdetik di hati, oh orang Penang dah boleh terima nasi kak wok ke? Syukur..... Tapi disebabkan masa tu aku dah beli makanan, dah nak balik ke parking kereta dah, so tak beli la nasi kak wok tu. Simpan niat nak beli next time je la kalu sempat.

The next time I went, memang pasang niat nak makan nasi kak wok yang aku tengok hari tu. Memang beli lah. Bila berbuka tu, jamah je nasi, rasa lain macam. Nasi putih je kot. Nak kata mentah, tengok rupa dah pecah butir. Gulai pulak rasa macam gulai/kari mamak. Langsung tak rasa kak wok. Ayam goreng pulak warna kemerah-merahan. So, tang mana yang ala kak woknya? Benar-benar rasa tertipu. Sorry, lepas ni dah takde hari esok bagimu. Tak repeat dah. For sure. Sedih sangat. RM5 sebungkus, sia-sia je bayar. Encik Jack makan tak habis. Memang tak sedap takleh terima dek tekak la tu. Selalunya tak sedap pun dia telan jugak.

Menyesal, menyesal, menyesal. Tapi kalu tak try mana nak tahu kan.
Prebiu tudung Cloverush yang aku gebang hari tu. 
Zaraa ni demam lagi. Baru je bulan lepas demam panas kan. Kali ni start batuk dulu. Esoknya demam, duk ngadu sakit telinga. Aku teringat Puan Menteri cerita pasal Semek kena ear infection masa demam macam tu la duk mengaduh sakit telinga. Instict aku mengatakan this is seriously need medical attention. Terus ajak encik Jack pegi klinik. Bila doktor cek, memang early detection of ear infection lah. Please trust your wife's instinct.... Kali ni doktor tak bagi antibiotik lagi sebab tak perlu lagi. In case demam lepas 2 hari tak kebah jugak, then aku kena revisit untuk on antibiotik.

So far alhamdulillah, demam dah takde cuma batuk aje la... Semua satu rumah dah jangkit batuk. Ada hikmahnya Allah bagi aku cuti ni. Boleh la minum air siang malam. Jangan risau, aku masih waras daripada nak makan secara terbuka di khalayak ramai. Heran jugak sekarang ni. Manusia makin pelik-pelik pemikirannya. Takpe la aku ni berpikiran kolot pun... Janji tak jadi kecaman satu Malaya dan tak buat apa yang terlarang oleh undang-undang manusia dan undang-undang Tuhan.

Dalam facebook seminggu dua ni je, banyak benda yang viral. Kes vaksin-aktivaksin, kes pompuan yang nak hak untuk makan di tempat terbuka di bulan posa lah, kes couple yang sweet kejadah celebrate dengan limo lah, etc.. Sometimes, I pity the ones yang diviral ni. Ambik iktibar, jangan jadi kat diri sendiri. Moga Allah lindungi aib kita.. 

Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi bagi aku, as a married woman, nak tulis or share or like apa-apa aku banyak persoal peringkat diri sendiri dulu, betul ke tak tindakan aku tu. What will the consequences be like? Will my comment hurt other's feeling? Sometimes I really do want to hurt someone's feeling by sharing, by writing on my personal wall.... Tapi aku takleh nak proceed. Why? Sebab status diri aku ni bini orang, ipar duai orang. Anak orang. Anak saudara orang. Sepupu orang.  Mak orang. Menantu orang. Because of these reasons. 

Satu lagi reason, sebab kena 'skolah' dek someone atas asbab dakwah sentap aku. Lepas tu tobat dah rasa tak nak share personal thought pasal aurat, pasal fesyen etc. Niat aku lain. Tapi lain yang orang interpret. Serik rasa. Ikut set mu lah nak berfesyen style apa pun. Eh, takleh jugak fikir macam tu. Esok-esok nanti Tuhan tanya awat hang tak remind kawan/sedara hang ni pasai aurat? Hang nak masuk sorga sorang ja ka? Kalu hang nak masuk sorga hang kena la tarbiah kawan-kawang hang sama..... Lagu tu pulak. Patut la Nabi-Nabi Allah tu Allah janjikan syurga.. Masa hidup macam-macam caci maki umat kat Baginda... Orang baling taik kat pintu rumah lah etc. Tapi Nabi wat rilek wat piss je. Dakwah goes on. 

Itu Nabi lah. Aku, orang bagi backlash sekali dah rasa serik. And I dare talk about paradise heh! Aku ni bukannya alim. I'm still far from it. Tapi mata tak tahan tengok fesyen-fesyen sekarang yang makin hari makin jauh menyimpang dari yang sepatutnya. Kau tak rasa macam tu ke? Okay fine, aku je yang kolot, remember? 

Jujur aku katakan, aku dah sampai satu tahap bosan dengan fesbuk. Bosan sebab masing-masing macam nak jadi the first feeder. First yang nak viralkan story. Share-share-share, tengok-tengok tak betul pun. Ingat tak citer pasal anak mat saleh yang nangis nonstop atas kapalterbang tu? Citer jemaah haji Malaysia yang kena hempap kren kat Masjidil Haram tu? Boo lah... Aku sekali baca dah rasa fake je ni..... Turn out to be real fake. Semalam tengok orang share pasal jalan yang dikatakan disimbah minyak oleh pihak tak bertanggungjawab sebab nak suruh orang eksiden kat situ. WTH? Viral pasal mi segera Samyang.... Penat nak jelaskan kat kawan-kawan yang share and viralkan pasal tu. Penat nak baca pasal orang share makanan-makanan yang tak halal tp ada logo halal Jakim. Why lah. Pegawai Jakim tu duk rilek goyang kaki main fesbuk je ke kat opis. Diorang suka-suki nak halalkan yang haram pastu rela hati nak tanggung dosa setiap pengguna Islam yang ditipu ke... Logik la sikit nak viralkan pon. Pihak Jakim sendiri dah kata, selagi diorang berdiam diri maknanya haruslah hukumnya. Kalu benda memang mengandungi kandungan yang haram, memang diorang akan kata haram. Black is black okay. So, kalu yang viral tu tapi Jakim tak respon, maknanya fake je la tu. Easy. Yang tukang viral ni, agaknya air liur dia lagi hebat dari alat/mesin khas kat makmal Jakim. Tengok ingredients je pun dah boleh scan haram. Hebat.

Bosan dengan peniaga di fb. Nak tau apa-apa kena pm. Ko nak niaga ke apa. Feed details la. Orang tak payah tertunggu-tunggu ko reply. Kena pulak kalau kau jenis yang niaga ala import export gahnya. Busy manjang. Orang nak tau harga pon nak kena tunggu kau respon lepas 24 jam. Next!

Kalau dalam group pulak, bosan bila ada sorang/puak tu dah rasa dia hebat sangat, ilmu dah banyak sangat. Bila orang tanya soalan, terus kena kecam. Tak ingat kot, dia pun asalnya tak tahu jugak. Huk aloh. Kalu orang mintak info, suruh cari sendiri kecamnya. Dia sendiri pun dulu susah payah cari sendiri katanya... Kalu aku, I'll be happy to share info yang aku ada. Kawan dapat, pahala pun dapat. Happy pun dapat. Nama pun create group untuk share info/pengalaman. Khennnn???

Sebelum ni, aku ada 400+ friends kat fesbuk. Aku rasa ramai sangat dah tu. Maklum la, masa register akaun fb ni, aku masih muda. Duk add friends sebab nak nampak ramai je dalam list aku. Time tu lah. Jiwa muda kan. Now, I've unfriend half of it. And wonder why I didn't do it sooner. Half of it never respond to my comments, never greet me on fb, never acknowledge me at all. Some yang tiap status tak lain tak bukan selpi semata-mata, yang ni calon teratas dalam senarai unfriend aku. Some yang up status sebab nak promote produk kecantikan/kesihatan dengan cara selpi tak habis-habis pastu puji produk tak habis-habis. And I wonder for what reason I keep them in my fb. 

Now, fb aku tinggal 200+ je friends. Most add friend requests dari yang tak dikenali aku reject. Yang kenal tapi meet requirements untuk jadi calon unfriend aku, lagi la aku reject. Ada yang aku dah reject, pastu add request kat aku balik nak friend balik. Hello stalker, you never greet me! Yang 200+ ni pun aku rasa banyak jugak. Might as well do the second screening. Privacy sikit mokcik rasa.

Eh panjangnya mokcik karang. Mentang-mentang la bertenaga hari ni. Haha... Nak ajak Zaraa sahur lah. Hari ni nak masak apa lah pulak...






No comments: