Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, July 6, 2016

#1327 Me Vs Raya 2016

Selamat Hari Raya semua!

Dah lama rasanya tak sambut raya pertama kat umah Puan Menteri. Selalunya aku suka balik raya kat Apal dulu. Less drama. Ahahaha... Biskut and kek raya pun ada drama tau. Tak tahan. *Eh no lah...* Kalu raya Apal dulu, we get to satisfy Encik Jack punya cravings. Puas hati la dia dapat makan makanan tradisional yang MIL buat. Eh aku pun suka! Benda sedap-sedap semua aku suka.

Tahun ni, raya KB dulu. Lagipun adik beradik Encik Jack yang jauh-jauh tak sampai lagi. Dan, molek pulak dengan Nik Pareh pun raya KB dulu. 
Tahun ni lupa nak bergambar satu family. Ada gambar family besar aje. Selalu lupa. Duk kalut siapkan barang nak bawak dengan sampul duit raya, semua lupa nak bergambar. Choiii... Nik Pareh ada la. Entah apa yang aku duk fikir sampai lupa nak posing 1 family. Yang ada gambar bebudak ni je lah... 
Bad mood masing-masing. Huh. Baru lepas gaduh.
Pagi ni cuma pegi umah mak-mak sedara je. Itu pun dah sampai petang. Most of the places yang aku terjah semua buat nasi hujan panas. Kat Pasir Puteh aje buat nasi dagang Kelantan.
Pertama kali seumur hidup sambut birthday dengan sebegitu ramai sanak-saudara ;p Itu best lah... Yang tak best, orang yang kitorang tak nak jumpa pun duk ada tayang muka datang jumpa tahun ni. Arghhhh tak suka!

Happy birthday to me!

No comments: