Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, July 8, 2016

#1328 Me Vs Kenduri Kenduri Kenduri

Balik kali ni aku dah ready download citer Korea and Hollywood movies... Kekonon nak tengok la time-time kat Apal. Maklum la, kat KB nak bukak-bukak laptop pun tak senang jiwa. Orang lain asyik duk buat keje, takkan aku nak layan movie sorang-sorang. Terperap lah movies dalam laptop aku...
Bila balik Apal, ingatkan sempat la layan movie... Ropanya.... Kenduri tak habis-habis. 3 hari kat Apal, layan 3 kenduri. Awat la suka benar kawin time raya ni... Cuaca panas, jalan jem, parking takdak, akad nikah blackout, jamuan 12 malam you name it.. Jiwa kacau lah mak. Perut tak berapa nak betul, nak kena hadap semua ni. Payah la bila orang tak paham masalah kesihatan kita. Part orang tak paham ni the saddest part. Bila aku protes secara aman, orang kata aku susah nak follow. Kata aku tak suka bergaul. Kenali aku dulu, then only you judge me.

Masa kat Apal, kawan aku pm tanya pasal umah arwah ayah aku yang nak jual tu. Entah macam mana aku tak tahu cemana dia boleh korek balik iklan tahun 2011 aku tu. Dulu dia tak respon, but now tetiba berminat nak gi tengok. Tapi dok kat Apal ni line telefon/internet nya lemah. Kau mesej pagi, tengahari baru aku dapat, kalu nasib baik la. So, satu masalah aku nak berhubung nak respon pasal rumah tu.

Bila encik Jack kata nak balik Penang esok, happy lah rasa. Otw nak balik Penang, kawan aku tu kata ayah dia nak pegi tengok umah tu. Berbunga-bunga la hati. Dah lama umah tu sepi tanpa berita dari buyer. Dah lama semorang macam give up dengan rumah tu. Bukan give up macam mana, give up lah sebab yang pegi tengok dan beriya-iya nak tu ramai. Tapi bila sampai tahap nak pegi jumpa lawyer, nak apply loan tetiba masing-masing senyap. Ada yang loan tak lepas.

So, kitorang set date untuk ayah dia pegi tengok umah tu. Sepupu aku wakilkan kitorang untuk tunjuk rumah tu. Kira okaylah... Sejujurnya, aku tak mengharap apa pun. Tapi kelakar pulak bila family aku pulak yang heat wave tetiba menyungguh lebih dari aku. Aku cool je sebabnya, ayah kawan aku tu nak move out secepat mungkin dari rumah dia yang sekarang ni, kalu dia jadi beli umah ayah aku tu, dia kena renovate dulu, sementara tunggu siap baiki rumah, ayah dia dengan adik-adik dia tu nak duk mana? So, there's slim chances lah... 

Semorang naik syeh mengharapkan ayah kawan aku beli. Sekali, bila ayah dia dah tengok rumah tu, dan bagitau tak jadi beli, aku macam krik kriik kriiik.... Hahahaha... Tak ambik ati pun.

Ada satu benda berlaku kat aku sementara tunggu ayah dia bagitau jawapan pasal rumah tu. Let's tell in the next entry. 

Stay tune.

No comments: