Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, July 19, 2016

#1331 Me Vs Misi Menjual Relaunch

Okey, dah berapa hari menahan diri dari tak sabar-sabar nak buat iklan jual rumah. Hari ni lepas hantar Zaraa gi tadika dia, aku terus bukak laptop, gali balik iklan lama aku, copy paste yang mana masih relevan lagi. Hari ni aku posa, tengahari takde la gopoh sangat nak siapkan lunch and layan pertanyaan buyer. Budak-budak ni makan simple je takat ayam goreng, ikan goreng je... 
Kali ni, aku sengaja buat iklan bubuh gambar terkini yang menunjukkan keadaan sebenar rumah tu. Nothing to hide, kira jujur benar la dengan buyer ni. Sengaja tak nak letak gambar lama yang lawa-lawa padahal yang sebenarnya rumah dah banyak yang rosak. No no no no. Tak guna bagi harapan tinggi menggunung kat buyer, bila buyer sampai kat rumah nak tengok, buyer terkejut beruk dengan kondisi terkini. Terus tak jadi beli. So, buang masa buyer dan buang masa aku melayan je kan. Dalam iklan pun aku dah tulis siap-siap nak jual rumah dengan keadaan seadanya, must expect wear and tear. So, paham-paham je lah.
Aku publish dalam Mudah 9.30 pagi camtu la. Tak sampai sejam, dah ada yang respon bertubi-tubi. Kat facebook dalam wall aku pun ada aku letak, dalam group Kelantan pun banyak gak aku letak. Just trying. Kalu tak menyangkut jugak, takpe la. Kira suka-suka dalam serious la ni. Kalu tak buat, kalu duk aje pun rezeki tak jatuh bergolek kat kaki aku jugak. So, nothing to lose. Buat iklan pun free, bukan kena bayar pun. Sesambil duk sesaje kat umah kekdahnya. Kalu ada orang call/WA, aku jawab je la. Kalu takde, maknanya harga kena kasi turun lagi lah. Seeing the house condition, we are in no position to bargain. Nak buat macam mana. Rezeki dah takat tu.
Sepanjang hari ni, ada yang call mintak nak pegi tengok rumah time tu jugak, ada yang kata nak bawak husband/in laws/etc pegi tengok rumah bila diorang free... Aku ok je... Sebab rumah tu sesape je buleh pegi tengok since pagar and pintu rumah tak berkunci. Tak payah tunggu pihak aku bawakkan. Bagi je koordinat rumah tu, then diorang pegi tengok sendiri. Lagi diorang puas hati nak cek rumah. Kalu kita ada, mesti diorang pun segan dan tak selesa nak cek lebih-lebih. 
Dalam banyak-banyak panggilan sepanjang hari ni, semua yang call nampak macam bersungguh-sungguh nakkan rumah ni. Bila dah pegi tengok, ada yang macam terkejut, ada yang macam tak kisah, ada yang berkira-kira... Macam-macam! Yang kata nak pegi tengok rumah, pastu senyap tak respon-respon pun ada. Tak jadi ler tu bila tengok rumah. Takpe la. Takkan nak paksa kot. Biasa la tu.
Cuma yang tak bestnya, bila aku post iklan ni kat fb aku, ada antara kawan-kawan yang komen rumah ni menyeramkan la, macam rumah hantu la etc... Sejujurnya, aku dan pewaris yang lain merasa amat tersinggung dengan komen-komen sebegini. If you don't have anything good to say, just walk away. Bukannya pihak aku paksa beli pun. Kalu tak interested, skroll down aje la. Or, kalu rasa tangan dah gatal tahap takleh tak komen pun, ko pm je la aku. At least aku sorang je yang tahu apa yang kau komenkan tu. Ni, tak pasal-pasal pewaris lain turut sama rasa down. And, tindakan kau mengomen benda tak elok kat post aku tu tak ubah macam menabur pasir ke periuk nasi orang. Aku ni tengah cari buyer, kau pulak tulis benda camtu. Tak pasal-pasal tak lekat buyer aku. Bengang betul aku. Yang mengomen tu tak pikir ke, perasaan 8 pewaris ni. Rumah yang seram pada pandangan mata diorang ni lah menyimpan kenangan dengan arwah. Nak komen apa-apa tu fikir la dulu.. Pewaris ni ada 2 orang lagi anak yatim under age. And a widower. Tak baik kan lukakan hati anak yatim.
Ramai jugak yang suggest suruh bersihkan dan tebas dulu halaman rumah ni. Hmmm... Kalu kitorang ni mampu, takde lah kitorang letak iklan nak jual rumah dengan keadaan SEADANYA. Kalu orang paham konsep tu, diorang takkan suggest benda-benda macam ni. Kitorang pun masih waras. Ada la reasonnya kenapa kitorang tak repair dulu sebelum jual rumah ni. Dan yang bagi cadangan suruh potong rumput tebas semak tu, fyi, kitorang dah banyak kali upah orang pegi mesin rumput kasi clear halaman tu. Tapi as you know la, umah ni dah 6 tahun tak berpenghuni. 6 TAHUN. Habis modal jugak boh tiap bulan upah orang mesin, umah tak laku-laku. Sampai satu tahap, rasa givap dan habis ikhtiar jugak. Kau mesin cantik-cantik, ambik gambar pastu time orang pegi semak naik balik... Tak ke rasa tertipu buyer tu?
Gambar-gambar keburukan rumah ni diambil oleh ayah kawan aku yang pegi Jumaat lepas. Aku dah minta izin dia untuk guna dalam iklan. Gambar-gambar ni lah aku buh kat website Mudah tu. Yang call kata nak pegi tengok rumah pun aku remind siap-siap rumah ni banyak rosak etc. So that takde la diorang terperanjat bila sampai depan rumah. Memang honest sungguh la aku setiap kali buyer tanya. Of course we are desperate to let go of this house. Tapi nak jual pun biarlah tanpa apa-apa penipuan.
Kalu ikutkan keluasan tanah (634 meter persegi/6800+ kaki persegi), harga pasaran dalam RM400k-500k. Itu kalu rumah elok la. Beli dan boleh masuk terus. Macam umah yang kitorang nak jual ni, disebabkan dah banyak kerosakan akibat dipecah masuk orang orang-orang yang tak bertanggungjawab, rumah ni dah devalue. Nak tak nak, kena turunkan dari harga pasaran. Dari 2011 kitorang buh iklan dengan harga RM350k tuh, takde sape yang berjaya beli. Yang nak bergegar-gegar pun tak beli-beli jugak. Yang tak mampu tapi ada hati nak pun ada. 350 tu harga time rumah masih elok. Now, after 5 years, rumah makin rosak. Harga makin kena turun la.
 
Encik Jack duk geram nak beli banyak kali dah. Tapi aku yang tak kasi. Jangan dok cari masalah la.. Kot mana-mana pun rumah ni hanya boleh jual kat orang luar je... Kalu nak hidup aman. Kalu jual kat adik-beradik, hadap ke nak dengar kata-kata tak puas hati puak yang dah lama terliur kat rumah ni tapi tak mampu nak beli tu? Apa-apa pun jual je kat orang yang tak dikenali senang habis citer. Takde sape boleh takwil. Kalu nak kira sayang, semua adik beradik aku pun sayang nak lepaskan rumah ni. Tapi, it's best to let others buy it. Takpe lah.... Nanti ada la rezeki lain... 
Tolong doakan agar rumah ni berjaya dijual ye my beloved readers.... Setakat tengah malam ni, belum ada lagi pihak buyer yang betul-betul seal the deal dengan aku. It's okay... Biasa lah jual rumah.. Takkan nak laku sama sehari...

Satu yang pasti, aku memang totally exhausted hari ni... Malam tu letak je kepala terus lena... Oh macam ni rasanya jadi broker ye...

No comments: