Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, July 20, 2016

#1332 Me Vs Buyer In Grip

Dari pagi ada call/WA dari potential buyer... As usual, aku tak menaruh apa-apa harapan... Sebab yang dah pegi tengok tu macam tak nak je.. Dah expect pun kan reaksi buyer bila pegi tengok sendiri rumah ni. Aku takde rasa terkilan pun, sebab dah bagi the best and honest description pasal rumah ni.

Tengahari masa duk goreng ayam (broker mu ada buat urusan jual beli tanah sambil goreng ayam?) ada sorang lagi potential buyer call. Dari nada suara macam excited sangat terjumpa iklan aku. Macam tak sabar-sabar la nak beli. Siap tanya aku, booking nak kena bayar berapa? Ahahaha... Orang ni saje je nak kasi aku mengharap kan.... Tengok umah pun belum, terus tanya pasal booking payment. Aku cakap kat dia, encik pegi la tengok rumah tu dulu... duit booking saya tak ambik. Urusan jual beli umah ni saya serahkan pada lawyer... Kalu lepas tengok encik betul-betul berminat nak beli, encik boleh terus jumpa lawyer and deal with him. Dan-dan tu dia mintak aku WA koordinat dengan details pasal lawyer. Aku dah well prepared dah benda-benda ni. So, everytime potential buyer mintak, aku paste aje lah... Encik yang satu ni, tak menyempat-nyempat suruh aku send koordinat, PRONTO. Nyaris-nyaris rentung ayam aku duk attend encik ni.

Dalam sejam lepas tu dia call aku lagi. Saya betul-betul berkenan dengan rumah ni. Saya tengok rumah ni takde masalah pun, cuma nampak macam ada anai-anai je... Takpe la yang tu, saya cuma nak bagitau saya memang nak rumah ni. Saya memang tak nak tawar harga rumah ni, saya terima seadanya. Cuma nak minta jasa baik pihak puan supaya tanggung kos guaman pihak saya. Mintak tolong ye Puan, saya betul-betul nak rumah ni. 

Terkulat-kulat aku dengar dia kata dia betul-betul berkenan dekat umah tu. Sebelum dia pegi tengok pun dia dah kata dah, dia berkenan bila tengok gambar yang aku buh dalam Mudah tu. Aku macam, eh bukan aku buh gambar buruk-buruk penuh semak ke?  Encik ni memang soheh betul-betul nakkan umah ni nampaknya. Aku pun bagitau la dia, suruh pegi jumpa lawyer... Encik ni kata petang ni jugak dia nak pegi jumpa lawyer. Sebab malam ni dia dah nak naik bas balik Johor. (dia keje Johor) I was like, okay..... Selagi dia tak pegi jumpa lawyer, aku malas la nak mengharap. Sebab sebelum ni pun ramai dah sampai stage pegi jumpa lawyer pastu senyap sampai ke hari ni. So, aku dengar je lah.. Dalam hati dah berbunga riang sebenarnya. Alhamdulillah....

Malam tu Puan Menteri call kata lawyer dah sahkan encik tadi tu pegi jumpa dia. So, kira official la ni... Esok aku kena WA encik ni untuk pengesahan lanjut. Sebab people keep calling asking about this house. Kalu dia memang betul-betul confirm, aku kena tutup iklan and stop dealing with others la...

Allah...... Rasa beban 6 tahun dah tercabut dari bahu... Alhamdulillah... I hope I did the right thing, especially the price thing. Lepas lawyer bagitau macam tu, aku tertanya-tanya pulak diri sendiri, betul ke apa yang aku buat ni. Adakah aku menganiaya anak-anak yatim. Adakah aku adil dalam urusan penjualan rumah ni... Allahu.... Aku harap Allah ampunkan aku kalau ada steps aku yang salah. Niat aku cuma satu, nak settlekan urusan pusaka yang tertangguh 6 tahun ni.

Hope everyone puas hati dan takde ketidakadilan... Takut weyy... Bab harta anak yatim ni don't play-play!

No comments: