Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, July 26, 2016

#1333 Me Vs Baru Nak Berbiskut Raya

Hai.
Brunch.
Syawal dah nak berlalu, aku baru terhegeh-hegeh terasa nak makan biskut raya. Adam duk sebut nak makan almond london, tapi yang aku selalu beli kat Tesco tu dah tak jual dah... Agaknya stok dah habis. Alaaaaaa... Kena la buat sendiri... Aku pun dah lama gian nak main baking-baking... Jomlah buat... Mula-mula buat biskut choc chip dulu.. Sebab bahan-bahan dah ada dalam pantry. Nak buat almond london, almond takdok pulak. Chocolate bar pun takde. Laters lah.
Choc chip ni pakai resepi Azie Kitchen macam biasa la. Separuh aku bubuh choc chip, separuh lagi aku bubuh nuts, coconut and raisins. Yang choc chip tu untuk Adam. The rests are for me. Encik Jack makan Adam punya and he likes it... Susah hooo nak dengar dia puji biskut aku sedap. Nak try biskut aku buat pun payah. Hehehe.
2,3 hari ni fikiran tak tenang asyik nak buat almond london je... Nampak macam tak susah buatnya... Aku pun tak ingat aku pernah buat ke tak biskut ni. Bahan dah beli siap masa gi Tesco minggu lepas. Masa anak-anak dah pegi sekolah, aku projek la sorang-sorang... Aman gitu...
Semua ok je sampai la saat nak cairkan coklat untuk salutan.. Tak menjadi. Aku pakai cooking chocolate cap Tesco. Selama ni guna untuk buat brownies dengan choc dipping sauce untuk churros ok je... This time failed pulak... Tengok kat youtube senang je orang cairkan choc tu takde buh air apa pun. Cuma chocolate dengan butter aje... Aku buat gitu la... Tapi tak jadi. 
Mula-mula macam ok la... Girang hati mencelup biskut ni. Cukup 19 bijik, aku rasa apa hal coklat dia dah jadi lain macam je ni... Dah tak melekat... Aiyyyoooo.... Aku stop sampai 19 bijik je la... The rest tinggal terkonteng-konteng putih macam tu je la... Makan je lah gitu pun malas dah aku nak celup-celup dah... Huh putus angin... Menyesal pulak buat biskut ni.
Wuuuu nak makan kek buah...... Teringat kat kek buah kukus Kama.... Balik raya baru ni tak sempat jumpa dia...
googled

No comments: