Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, July 28, 2016

#1334 Me Vs Bibik Lipas Kudung

Rajinnya aku hari ni! 

Satu hari yang penuh produktif. Few days ago memang tak berapa sihat. Selsema je pun, tapi dah rasa takleh nak bangun effectnya macam demam. Suhu je normal, yang lain simptom macam demam.  Datang angin rajin puting beliung baik aku make use to the fullest. Sebab nak datang balik tu tak tahu time Zaraa darjah berapa pulak kohkohkoh.

Balik dari hantar Zaraa ke tadika, Encik Jack beli nasi lemak untuk dia, aku makan biskut je, buatkan air untuk dia, then terus sental bilik air atas 2 bijik tu... Dah lama berbulu mata tengok bilik air berubah warna. Bilik air kau mampu? Ahahaha... Sebulan posa baru ni berkampung tido kat bilik bawah, memang tak ambik pot apa jadi kat atas... Tahu pun buat-buat tak tahu. Malas penat posa katanya.

Spray-spray-spray cecair pencuci biar dulu, ingat pas-pastu la naik sambung scrub balik. Turun bawah, cuci kipas siling dulu sementara tunggu nak sental jamban atas. Setel kipas siling ruang tamu 2 bijik, kipas siling kat sapur sebijik... Kat dapur pakej kait sawang dengan lap kabinet yang berlemuih after 5 years ko rasa? Ahahaha... Nasib baik MIL tak tengok. *tutup mata
3 kipas setel, vakum pulak habuk-habuk kipas atas lantai... Alang-alang aku vakum satu lantai kat bawah terus.... Pastu tengok slipcover sofa aku ni pulak.... Dah banyak hari dah mata duk berbulu tengok kat armrest kaler dah lain dari bahagian lain... Hebat tak umah aku... Bilik air boleh berubah warna... Sofa pun boleh berubah warna... Kihkihkih... Ini warna-warna yang tak diredhoi namanya...

Cabut cepat-cepat slipcover takut semangat rajin ni cepat hilang... Cabut terus campak dalam washing machine... Nak rendam-rendam takde besen besar yang muat nak bubuh... Basuh terus lah... Bukannya kotor apa pun, kotor peluh dengan habuk je... Ada fabric sofa yang boleh bukak-dan-basuh slipcover ni memang best. Kotor je, boleh cuci... Tapi nak bukak, nak pasang balik is no kidding la.. Lepas kering nak pasamg balik akan datang la feeling menyesal dan kalu boleh nak undo je... Hihi... 

Sesambil tunggu slipcover siap basuh, aku basuh porch pulak. Kan dah kata aku rajin hari ni. Porch aku, ya ampuuunnn... Sometimes I wonder, nape daun-daun kering  dengan pasir selalu ditiup angin masuk dalam pagar aku? Aku siap intai dalam pagar orang ok, mind me kepochi. Nape pagar orang lain angin tak tiup pun? Tak aci betul... Kalu 2,3 hari tak sapu, memang nampak macam abandoned house terus. Aku memang sapu berminggu-mingu sekali. Or ikut tahap rajin. Or bila ada tetamu tetiba call cakap lagi sejam nak sampai. Kuikuikui....

Sedang molek slipcover siap cuci, porch pun dah siap basuh. Angkut slipcover pegi jemur pulak... Siap jemur kain tengok jam dah 11.30 dah... Bawak keluar lauk-pauk frozen yang berpotensi untuk aku masak. Padahal dalam kepala tak tahu lagi nak masak apa. Gawat ni.

Lauk dah keluarkan dari freezer, tengok sofa macam sedaaaap je. Dari pagi duk buat keje walau pun ada benti kejap-kejap, tapi tetap penat... Tengok lantai dah bersih (tadi lepas vakum mop pulak, lupa nak taip tadi), umah dah kemas... Kipas dah laju beberapa persen, aku baring la kejap atas sofa sesambil tunggu nak ambik Zaraa kul 12.30 nanti...

Encik Jack pesan suruh alert kat courier man.. Hari ni kot sampai birthday gift Zaraa. So, nap pun takde la lena sangat sebab duk tunggu orang courier... Alah, aku tido pun tak pernah la tahap tido mati. Sedar-sedar dah kul 12.00.... Terus bangkit masak nasi. Minggu ni Adam exam, so tiap hari sampai Khamis dia balik kul 1. Lauk masak kejap je... Nasi yang ambik masa lama nak boleh makan. Letak nasi, take 5 jap... Tukar uniform, terus keluar ambik Zaraa... Langit dah start nak gelap dah... Janganlah hujan selagi tak sampai ke rumah balik.. Amiiiinnnn...

Selamat aku balik tak hujan pun... Sampai rumah, salin uniform sekali lagi, terus masak pulak. Mata duk cari bantal je... Tapi perut lapar baq hang... Dalam hati dok kata hari ni nak cuti masak please.... Ahahahaha... Nak je aku capai henpon WA encik Jack cakap aku penat malas masak. Kau rasa? 
Aku rasa baik aku masak je la jangan banyak cekadak. Duduk umah goyang kaki pun lagi malas mau masak ka? Masaklah lebih kurang. Adam lah yang susah sikit. Encik Jack, kalu dia tak selera pun, dia boleh keluar cari apa yang dia rasa nak makan. Kalu anak aku ni, kalu dan dia tak selera tengok lauk, dia makan nasik kosong je... Risau benar la Adam ni... Tak reti-reti lagi makan real food. Yang dia suka semua junk food, processed food, unhealthy food. Bila pegi jamuan mana-mana, dia rela makan eskrem ulang 2,3 kali beratur... Apa nak jadi la... Ni pun, buat daging ala daging bakar ni pun dia bukan makan sangat pun. Ambik la 2,3 hiris... Pastu makan nasik kosong je sampai habis... Ingatkan goreng udang tu dia makan la... Tak jugak... Aku buh sekor dalam pinggan, dia makan la... Suruh makan lagi tak nak dah.. Huk aloh...
Kuah aku perangat je kuah asam pedas dalam freezer. Rasanya buat dalam bulan posa aritu kot.. Ahahaha tak ingat... Nak makan, makan je la... Sape tak nak makan, it's okay by me. Mak penat. Dan takde idea. Orang pun tak bagitau nak makan apa.
Jadi lah tu noks... Lepas makan, Encik Jack beli durian... Kopek isi durian yang tak elok untuk buat tempoyak pulak sebekas. Setel tempoyak, kemas-kemas dapur, baru teringat jamban yang dari pagi aku tak sental-sental lagi.... Naik menyental lah alang-alang pasni nak mandi semayang jugak kan... Lepas mandi semayang, sedaplah aku jadi ikan paus atas katil... Rehat sampai petang.... Anak-anak pepandai la bawak diri. Susu Zaraa aku dah bancuh siap-siap..
Daging goreng buku besar
Dah Asar baru orang courier sampai... Datang hantar dengan Kenari je can you believe that. Banyak dah skang ni orang buat service courier sempoi macam ni. Drawing board ni beli dari Lazada.. Takde bungkus apa, hantar sekotak bogel camtu je. Tepek stiker courier beserta alamat dan no tel pembeli, that's it.
Benda ni nak hadiahkan kat Zaraa sempena birthday dia Isnin ni... Dulu dia pernah ngendeng Encik Jack suruh belikan dia drawing board yang macam arkitek guna tu... Now jumpa yang seumpamanya kat Lazada beli la terus. Harga mampu milik. Kalu nak pegi Toy R Us, memang mampu tilik je la.
Hopefully she likes it! Masa benda ni sampai, dia tido. Kena tunggu dia bangun la... Bagi terus la kot hari ni. Nak tunggu-tunggu Isnin ni lambat lagi kang terpecah pulak di mulut Adam. Dia dah tengok tadi. Hihi...
Adam punya Encik Jack beli buggy yang boleh kontrol boleh guling-guling... Hahaha... Tunggu la sampai nanti. Tak bagitau dia lagi. Cuma bagitau dia, kalu dapat nombor 1 je nak beli tu. Kalu tak dapat, tak bagi. Hehe.... Rasanya kalu tak dapat pun kena bagi jugak ni. Karang dia rasa dia dianaktirikan pulak. Zaraa aku bagi macam-macam, dia serba tak dapat... Hohoho...


No comments: