Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, July 31, 2016

#1336 Me Vs This Birthday Girl

Sepatutnya esok birthday Zaraa tapi sebab malas nak keluar malam-malam di hari persekolahan, kitorang keluar makan hari ni terus lah. Aku ajak encik Jack try kat Sam Groceria di Sunway Carnival Mall... Kelmarin encik Jack pegi tengok wayang (Jason Borne), aku dengan bebudak tak join sebab tak follow all the sequels, masa tunggu bebudak ni main kat playland berbayar tu, aku tengok iklan promosi set western food kat Sam tu. Kira okeylah satu set under RM20. Gambar pun nampak cantik. First impression itu penting pada aku.
Makanya hari ni jomlah try makan-makan kat Sam. Oooo tak mahal rupanya makanan kat sini. Jakun mak aiiih... Dulu selalu je dok lalu lalang depan Sam ni... Tapi tak berani masuk sebab nampak macam eksklusif sangat.. Bila tengok iklan promosi tu, rasa macam telahan aku telah tersasar. Asalnya nak makan set lamb grill/ salmon grill/beef steak... Tapi bila dah sampai tu rasa jakun terlajak... Nak order pun tak reti. Last-last, beli yang ready made yang ada kat kaunter aje...
Kitorang ambik 2x half roasted chicken, 1x curly fries, 1x ikan yang macam fish and chip tu, 4x orange juice.... baru RM26.... Kalu makan McD tak dapat lagi harga runtuh setara ni. Baru tahu murah benar makan kat sini. Haha.. Dan-dan tu pegi tambah air 2 gelas lagi... Terjaga rapi bajet makan kat sini. So, meh makan kat Sam's Groceria... Next time nak try mac n cheese dengan lasagna dia pulak.... Oh tadi tengok croissant baru RM0.99 each...  Nyesal tak hambik....

Kenyang perut, on the way balik singgah Secret Recipe beli kek.. Cik Kak kita ni nak kek ada api khennn... Encik Jack kata this time beli banyak-banyak pieces instead of sebijik dapat 1 flavour aje. Lagu huntong kan. Harga sama jugak. Ada yang lagi murah. Kitorang beli 6 keping. 3 keping white chocolate macadamia, 2 chocolate indulgence, 1 chocolate mud cake. Birthday girl nak choc mud. Kita beli je la... Mintak lilin siap-siap. Sebatang cukup lah. Janji, ada api katanya.
video

Sampai je umah terus makan berjemaah... Sempat la nyanyi selagu... Kesian Adam, time dia dulu tak pernah pun celebrate macam ni. Sebabnya, bila tanya dia, dia tak nak... Bukannya dia makan kek-kek ni... Setahun dua ni je baru reti makan kek. 
Simple je birthday dia... Tiada jemputan penuh serumah... Tiada goody bags untuk diedarkan pada kawan-kawan. Baik spend untuk kita-kita aje *kedekut*
Ada orang tak puas, duk teringat lagi kat kek harijadi aku baru ni... Me too! Tu yang beli 3 keping tu... This white chocolate macadamia is insatiable I must say. Dulu aku suka kek Mango Tango ke apa nama dia... Now dah takde kat Secret Recipe... Sedap kek tu... Takde mango, Peach punya pun ok jugak aku makan hari tu... Emmm... Kek secret recipe yang aku pangkah cuma choc moist dengan carrot cake aje... Yang lain-lain lulus aje kat tekak aku...
Tengahari dah pass... Malam nak makan apa pulak.... Hmmm...

No comments: