Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, July 30, 2016

#1335 Me Vs My Improved Lace Crepe

Roti jala lah dik non!

Kelmarin cinta hati request nak makan kari ayam. Makanya belen kari ayam ada la lagi. Dalam kepala duk teringin nak makan cicah dengan roti jala. Tapi sebelum-belum ni try buat tak menjadi. Kali ni naik fobia pulak takut failed jugak. Gagal pun gagal lah, janji boleh makan gak... 

Macam biasa la.... Selaku modern homemaker, mesti la aku rujuk Mr Google. Gambar yang mula-mula aku nampak cantik di mata aku, yang tu la aku pilih. Yes, sometimes aku google recipe melalui google image. Sape macam tu jugak, kita geng. Kali ni, mata terpaku terus kat QL Kitchen... Tak pernah sampai kat blog ni pun, it's just my luck terjumpa masa cari resipi roti jala ni.
Cantik kheeennnn gambar dia... Selalu cari resepi kat Azlitamasamanis tu... Tapi sebenarnya aku baru tahu, aku terpedaya dengan gambar-gambar cantik je... Hakikatnya, resepi dia sangat komplikated bagi aku.. Bagi aku lah! Aku tak suka resepi yang dah difusionkan... Bagi aku, aku nak stick to original recipe. Kalu makanan jenis traditional ni, aku reject terus resepi yang nampak pelik pada aku. For this roti jala recipe, kalu hang tunjuk gambar roti jala hang kaler pink, hijau, biru segala warna pelangi kononnya, lagi la aku suka nak reject mentah-mentah. Roti jala tu roti jala la... Kaler kuning kunyit... Jangan buat hal nak suruh jadi marshmellow pulak.

Sangat tak paham kenapa orang suka sangat buh pewarna in everything you eat. Macam segala yang kita makan zaman sekarang ni tak cukup beracun lagi... Sangat, sangat, sangat pantang food coloring. Please wake up, people... Mind what you eat..

Okay, bila tengok resepi QL Chef ni, nampak sangat authentic. Terus rasa seronok nak mencuba... Bahan-bahannya mudah (tang tepung je nak kena timbang)... Kira bagus jugak la resepi ni. Bagi pemasak yang benok macam aku  ni, memang nak kena bagitau secara tepat setiap amaun bahannya.. Kalu kau buh "sedikit santan cair" how sikit is sikit? Sesudu? Sesenduk? Semangkuk kecik? And how cair is cair? Kalu ikut resepi ni, memang dia 'pandu' kita sebijik-sebijik sampai jadi. Yang tu aku sukaaaaa...

Nah ni resipi... Kalu aku buh link mesti korang malas klik kan. Nak taip, malas. Baca sendiri lah, hasil taipan tuan empunya resipi sendiri.
Buh semua dalam blender and blitz sampai sebati... Tapis dan buh dalam acuan roti jala... Aku tengok QL ni pakai acuan pakai squirt bottle 1 lubang... Aku pun memang ada macam ni..... Yang plastik lubang 5 kaler oren pun ada... Kali ni buleh la try guna yang 1 lubang ni... Dulu beli squirt bottle ni untuk buat chocolate sauce untuk chocolate milk shake... Pastu tak guna-guna dah. Tengok QL buat guna ni macam mudah je.. 
Hahaha boleh tahan jugak guna botol ni. Pasni nak try DIY botol mineral buat 3 lubang pulak. Buleh la buat roti jala corak petak-petak tu pulak... Haaaaa... Ni la roti jala aku yang paling menjadi setakat ni. I love this recipe.. Gonna repeat for sure.
Bila aku baca blog Kak Jee (pelakon veteran Fauziah Samad ke apa tu), rupanya baru perasan selama ni aku duk kata roti jala aku tak cantik sebab aku gulung terbalik. Belah atas tu sepatutnya kena letak belah luar. Selama ni duk gulung ikut dan je... Patut la tak berkilat... Dah siap gulung semua baru terbaca. Memang nasib lah.. Takkan nak bukak gulungan pahtu gulung betul-betul balik... Lantak kau lah.
Disebabkan aku kirai benda ni atas nonstick pan aje, maka diameter dia kecik la sikit dari cara yang konvensional tu. Aku takde kuali/ceper leper tu.. Guna je apa yang ada. Cuma aku heran nape roti jala aku macam kemek aje... Roti jala yang orang duk tayang tu nampak macam boleh hold bentuk dia sendiri. Yang ni, bila gulung, dia kemek. 

Kemek pun kemek lah... Taste wise sangat sedap dah. Perfect amount of coconut milk kot. Lepas ni boleh la repeat lagi recipe ni. Zaraa pun approved. Tengok gambar dia nampak kelakar kan. Gigi patah sekerat kena tumbuk dengan bff dia. Pompuan. Lagi kecik dari dia. Haha.
Tengahari ni ada jemputan ke jamuan tahlil/open house raya/housewarming Ketua Jabatan FKK yang terkini (kak Aida Zubir) di Pongsu Seribu... Pastu nak melencong umah uncle Encik Jack di Padang Serai. Pastu nak visit jiran aku kena strok... Hureyyy hari ni tak payah masak!!!! Now aku dah bukak hati aku untuk terima makanan-makanan utara yang dulunya pada tekak aku tak sedap. Now kena buat-buat sedaplah, janji tak payah masak mak hepi je. Alhamdulillah, tahun ni tiap minggu ada je jemputan rumah terbuka. Dulu tak suka pegi. Now dah makin suka makan-makan free ni. Tersuka tanpa sengaja sebab? Sebab time sampai tu ngam-ngam elok je perut tengah lapar. Mak sebat je. Ngeeeeee~~~~~
Nampak tak, terbalik gulungan aku tu?
*P/S: Bangga giler ni berjaya buat roti jala.. Walaupun tak santek mana jalaan aku.. Hepi weh!

No comments: