Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, August 3, 2016

#1338 Me Vs Ayam Kicap Ala Mamak

Gambar ihsan Google. Gambar ayam aku takdok... Kelmarin tanya encik Jack nak makan apa lunch dia cakap no idea. Seharian duk sibuk mood deko-deko, sampai dekat time anak nak balik sekolah baru terhegeh-hegeh kucar-kacir cari idea nak masak apa. Terbitlah menu adhoc, ayam masak kicap ala mamak... Entah tetiba keluar idea tu. Allah tolong, alhamdulillah...

Dah tak tahu nak masak apa ayam ni... Sup boring dah. Goreng, lagi la... Kari dah Jumaat baru ni. Masak lemak cili api macam takde peminat kat umah ni. Nak masak kicap, takut encik Jack tak makan pulak. So, kita buat masak kicap macam kat kedai mamak tu lah... Sape nak makan, makan. Kalu tak nak makan pun tak apa lah. At least I did my part- the thinking and cooking.

Resepi entah cedok situ sini...

4 ketul Ayam goreng garam kunyit
2 ulas Garlic-blend
2 hiris Ginger-blend
3 hiris Onion-blend
2or3 ulas Shallot-blend
2 sudu bsr Cili kering/cili boh
1 sudu bsr Serbuk kari daging
1 btg Serai-ketuk
1 tangkai Daun kari
Rempah kasar (cinnamon, star anise, buah pelaga, cloves)
1 tangkai Cili hijau & merah -hiris/belah jgn sampai putus
kicap secukupnya ikut nak hitam tahap mana
sos tiram secukupnya
sos tomato secukupnya sesedap rasa
1 sudu bsr jus lemon
garam

Tumis semua bahan blend, rempah kasar, daun kari dengan cili kering sampai naik bau/garing. Buh la serbuk kari Kacau-kacau sampai pecah minyak. Buh bahan-bahan selebihnya. Tambah air kalu nak berkuah sikit.

Kalu ikut resepi cara renyah sikit nak kena masuk satu-satu. Tapi aku dah simplify steps dia dalam agenda menderhaka aku. Mak tak suka steps yang payah-payah. Results dia still sedap macam kat kedai mamak nasi kandar tu jugak...

Disebabkan menu adhoc, anak balik sekolah pun masih tak siap lagi lauk. Alah, bukan dia makan pun lauk ni. Dia makan ayam goreng bodo tu je.. Masak je lauk ni, kaup-kaup buh dalam pinggan terus makan... Tu yang tak sempat nak ambik gambar apa pun. Kelmarin Adam balik kul 1, memang haywire la sikit jadual memasak hari Selasa aku. Ambik Zaraa kul 12.30, balik umah terus sambung kelentang kelentung. Sebelum keluar dah masak nasik siap-siap... Imaginelah... Memang kucar-kacir. Hari Selasa memang kena ada menu apa nak masak dalam kepala sejak pepagi hari. Kalu tengahari dekat anak nak balik baru datang seru tu, macam ni la jadinya...

Kelam-kabut pun, alhamdulillah masakan adhoc hari ni still hit the bull's eyes.. Encik Jack puji sedap. Dia tanya resepi ambik kat mana.... Sebab aku tak pernah masak style ni kan.... Sampai ke malam dia duk kata sedap... Kembang kempis lobang idung mak... Bukan senang tau laki mak ni nak puji. Zaraa pun makan gak. Lunch dia makan, dinner pun dia makan. Ajaib lah kira tu. Susah jugak dia nak makan nasi sekarang ni. Siap tambah-tambah lagi nasi 2 beranak tu. Hehe... Next time boleh repeat.
Baru ni ganti posa buat nasi hujan panas. Pewarna memang tak beli. Jadinya, nasi pucat je lah... Nasi hujan panas dah jadi nasi kemarau tak hujan 4 bulan katanya. Hahahaha... Lauknya ayam masak merah proper (dah lama tak masak ayam merah sebenar, selama ni duk buat ayam pasir akar je), dalcha sayur, ayam goreng untuk Adam, acar timun, and sambal belacan. Jadilah tu. Masa raya aritu Adam makan jugak nasi hujan panas. Ke sebab warna-warni. Ni yang aku buat dia tak makan pulak. Huh... Fedap jugak kadang-kadang nak ikut rentak selera makan dia. Sebab tak tahu apa yang betul-betul dia suka. Suka pun, kalu buat tiap hari tak makan jugak. Adoiiii la.. Risau betul kat dia.
Haaaa... Hari ni lunch nak masak apa pulak. Encik Jack ada jamuan Aidilfitri kat kampus. Kalu tak masak lunch, dinner nak kena masak jugak. Baik masak lunch siap-siap walaupun lunch ni aku dengan budak-budak je yang makan. Kira sekali harung. Mak tak minat masak banyak-banyak kali ni.

Lupa nak citer kelmarin aku gi ambik Zaraa sekolah... Kul 12.30 baru turun dari rumah. Sampai-sampai kat sekolah, macam biasa la bila cikgu nampak kelibat aku, cikgu dengan kawan-kawan dia akan jerit la nama dia panggil cakap aku dah datang. Ramai la kawan-kawan dia pakat panggil nama dia.. Tapi tak nampak bayang... Heran aku.. Then datang budak yang cucuk jari dengan pensel tu, dia cakap kat aku, Zaraa ikut Lisa balik umah dia... Aku macam hah biar betul... Aku takde selisih pun dengan dia sepanjang jalan tadi.. Nak caya dengan tak caya sama banyak.. Aku intai kat rak kasut, selipar dia memang takde.... Tengok kat kerusi batu tempat dia selalu letak beg kalu dia pegi main, pun takde nampak beg dia.. Susah hati dah...

Then tetiba dia muncul dari belakang aku... Meaning memang dia dah selamat keluar dari pagar sekolah la... Ada la lorong-lorong tikus celah rumah yang boleh lalu nak balik ke rumah kawan dia nama Lisa tu...  Haih, nampak je muka dia, terus hilang rasa kelat tadi.. Hadoi la anak... Awat anak-anak aku ada bakat David Copperfield semua? Kecut perut dah tadi... Kat mana la nak cari budak ni kalu dah keluar dari pagar sekolah tu...

Balik tu ulang-ulang kali aku ingatkan dia not to go out of school's gate... Tak boleh salahkan cikgu jugak sebab once time balik tu, berderu pakat keluar, cikgu memang takleh nak kawal sebab ramai.  Kawan dia nama Lisa tu memang dah lama aku perati... Jenis independent. Balik sekolah selalu tengok dia jalan kaki sorang-sorang balik umah dia. Tak jauh la rumahnya, but still, she's a 5 years old kid. Tamau fikir la. 

Tadi masa hantar dia pegi sekolah pun remind dia lagi, jangan keluar pagar sekolah. Main kat dalam kawasan sekolah aje... Selalunya dia dengar apa aku cakap... Ni tatau cane kawan dia boleh spelek dia langgar arahan aku.

Aku tanya dia, pegi mana dengan Lisa... Dia kata Lisa ajak pegi main mancis... Adoii la anak.... Takkan la aku nak kena sampai tahap tak kasi dia berkawan kot...

No comments: