Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, August 4, 2016

#1339 Me Vs Hokkaido Cuppies

Cerita main baking-baking petang kelmarin. Sesaje. Nak minum petang tapi tak tahu nak makan apa. Dalam pikiran dua tiga hari ni asyik teringat kat Hokkaido cupcakes aje. Resipi yang aku pakai dulu-dulu tu la jugak. 
Dulu-dulu buat kek ni tak buat pun filling dia. Makan camtu je. This time sebab aku dah ada cake decorator yang aku beli di DIY, boleh la try buat filling dia. Senang la hidup sejak ada cake decorator ni nak sumbat filling boleh, nak press buat churros pun buleh... Nak hias aising atas cupcakes pun boleh kalu aku ada keyakinan diri. Kalau!
Cik Kak aku ni, kalu ada makanan yang ada krim-krim ni dia suka benar la. Masa aku tengah nak buat kek ni, dia masuk ke dapur pastu dengan rilek bagi arahan kat aku Mommy kena buat dengan kasih sayang tau! Peh. Anak sape ni hebat berkata-kata.
Masak je kek ni... Kasi deflates and kecut sket, terus pump in the filling. Cik Kak kau ni memang duk tunggu dari awal lagi. Siap je, dia terus sambar sebijik.
Gambar ni dia siap berlakon lagi nak ngap kek ni... Nah ambik gambar saya makan kek ni Mommy! Kemain pandai arah orang suruh ambik gambar dia. Aku nak makan pun dia tak kasi, ambik gambar dulu katanya. Peh. Mak dia memang blogger sejati.
Produk main-main aku. Dapatlah 10 bijik. Kalu buat guna kertas cawan cupcakes mini tu agaknya boleh dapat 30 bijik... Encik Jack balik keje hadap kek ni entah berapa bijik.. Tengok-tengok kertas cupcakes bersepah dalam tong.. Laki mak ni selalu mak bikin kek dia tak hadap langsung pun. Jadik la tu kalu habis 2,3 bijik tuh. Sukses, sukses.
Cik Kak ni, habis kek sebijik, dia jilat filling pulak... Pastu aku tengok tergolek senyap sorang-sorang. Hahahaha... Kenyang-kenyang lena sorang-sorang ikut perangai sape la niiii.... Lama pulak tu dia tido. Sampai dekat Isyak baru bangun... 
Bangun tido lepas mandi salin baju, sambung makan kek lagiiiii.... Ingatkan duk buat apa senyap sorang-sorang atas sofa. Projek rupanya. Oh sedap benar la kek aku ni... Tapi malangnya Adam tak makan pun. Yang ni kira tester terhebat aku. Kalu dia makan banyak, baru dikira masakan aku sedap. Selagi dia tak makan, kira yang adoooo je lah masakan aku. Huhu Adam ni memang serender lah aku...  
Kepada yang biasa buat kek hokkaido ni, cane ek tak nak kasi dia kecut banyak sangat? Aku tengok kalu google gambar kek hokkaido ni orang lain punya takde la kecut sampai lekang dari cawan kertas dia...  Dan kurang berkedut... Boleh turunkan saya ilmu nak atasi masalah ni?

No comments: