Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, August 11, 2016

#1340 Me Vs Kid Down Again

Cerita-ceriti hujung minggu baru ni... Hari Sabtu tu encik Jack ajak pegi kampus sebab ada Festival Buah-Buahan anjuran FAMA. Desperate nak makan durian weh!! Asyik terbeli yang tak elok je. Tak puas ati la. Pegi kali ni nak makan puas-puas la. Kononnya.
Sampai-sampai je terus pilih durian dengan rambutan. Cempedak pun ada tapi macam mahal je dari kat Tesco yang aku selalu tengok. Pilih, timbang pastu depa kopekkan siap-siap... Durian sedap, tapi tak tahu kenapa aku takleh nak makan banyak rasa full je perut... Lama dah tak membuang. Patut buang dulu sebelum datang makan ni baru la buleh isi banyak.
Memang tak best datang makan buah camni kalu ahli tak kuat makan. Aku tengok orang meja sebelah, satu family agaknya, semua kuat melantak. Kejap je tinggal kulit dengan biji je atas meja diorang. Aku tak syok pulak makan durian tempat ramai-ramai macam ni. Pening dengan bau satu hal, sebab tu jadi cepat kenyang. Muak dengan bau.
Esoknya Ahad tu lunch kat Sam's Deli lagi. Mentang-mentang minggu sebelum ni pegi makan rasa murah je... This time pegi, memang order sesedap rasa. Semua orang ada set masing-masing. (sebelum tu ada yang share sebab takut tak habis). Encik Jack try grilled beef set, aku try grilled salmon set..
Kalu tengok dalam gambar promosi tu memang lain lah dengan apa yang aku dapat. Kalu ikut dalam gambar, salmon fillet... Yang aku dapat, salmon sekali dengan tulang segala... Aku paling tak suka belah dekat area perut tu... Sebab ada bau hanyir-hanyir sikit. Kalu fillet tu lain... Sekali tertipu dengan gambar daaaa... Not happy. Tapi makan jugak la kembang tekak-tekak pun. Brokoli, carrot dengan bunga kobis tak lalu tekak nak telan mentah-mentah... Why la diorang tak stimkan.. Bukannya susah pun. They really should steam the vegs. Aku rasa nothing special lah dengan grilled salmon kat sini.. Tak repeat dah.

Encik Jack punya grilled beef taste wise, sedap. Tapi nipis tak macam dalam gambar. Ye-ye lah dalam gambar tu nampak tebal dan lebar.. Emmm tak ponnn. Yang dapat tu daging nipis macam kedai-kedai tomyam yang menawarkan menu western. Cumanya daging tu lembut je.. So, okaylah masih boleh makan dengan gembira.

Zaraa makan chicken chop set which is very nice. Daging ayamnya tebal, the crust is crusty and not oily at all. Sekali ngap tu terus ke sorga rasa. Sos pun sedap. Adam, makan roasted chicken macam minggu lepas dengan curly fries. Everyone was happy. Alhamdulillah.
Lepas melantak, keluar Sunway terus ke Tesco nak beli groceries... Nak shopping kat Sam's terus, masih belum ada kekuatan bila tengok price tags diorang hihi. Masa mula-mula sampai Tesco, semua ok lagi. Bila troli dah masuk dalam supermarket tu, nampak Zaraa lain macam je. Ingatkan dia mengantuk sebab pagi tadi duk main beskal belakang rumah dengan anak jiran Korea aku tu. But then, dia duk mengadu penat. Lemah je tengok dia dalam troli tu. Baru je kejap tadi dia duk lari lompat dalam Tesco ni.. Tetiba je jadi camni...

So, beli lebih kurang je la hari tu.. Kesian tengok dia melepek dalam troli. Tak pernah jadi macam ni lagi. Balik-balik rumah terus suap pcm. Makin ke petang makin panas suhu badan dia... Haih demam lagi. Tiap-tiap bulan batuk demam.. Is it ok? Kali ni habis berbintik-bintik kat muka dengan leher. Nak kata demam campak, bukan bintik-bintik merah macam ni. Ni macam pecah darah je.

Bila anak tak sihat ni, memang risau la aku. Bagi ubat 4 jam sekali pun macam degil jugak kumannya. Tak sempat 4 jam the next feeding dah start panas balik. Allahuuu dugaan macam ni yang aku takut -when things gone out of control.

Isnin dengan Selasa memang aku cutikan dia kat umah. Jeles la si abang tengok adik tak payah sekolah. One thing about this young lady, dia sekolah ke tak sekolah ke, memang dia rajin buat keje. House chores, school works.. Tak padan tak sihat. Time suhu tinggi benar je dia terbaring. Kalau tak, memang rajin tolong aku sapu porch la, crafting la... buat matematik la... etc.. Mana la daddy dia tak cair kan.
Ni time dia sihat.
Spot Miss Zaraa
Hari ni birthday arwah kawan baik aku. Sehari dua sebelum ni, hati duk tak keruan teringatkan tarikh 11 Ogos. Macam alert sangat-sangat tarikh tu. Something big about this date. I wonder whose birthday is that. Selalu tertukar dengan birthday laki aku. Laki aku 11 Oktober kehkeh.. Kalendar pun dah tunggang-terbalik. Yes, it's my late friend's birthday. So, apa lagi... Nak wish dia tak boleh dah. Aku WA la mak dia. And we share stories.. Mak dia kata, sepanjang hayat arwat ni hidup, mak dia tak pernah tahu pun dia ramai kawan. Sangka mak dia, kawan dia sikit je. Tapi masya Allah bila musibah dia diketahui umum, ramai yang datang ziarah. Masa dia sakit, masa dia meninggal, baru la mak dia tahu sebenarnya dia ramai kawan-kawan yang ambik berat. Mak dia kata syukur lah, arwah dikurniakan nikmat dikelilingi orang yang sayangkan dia. Emmm... Itu dia. Aku terpikir, kalu aku mati nanti, berapa orang aje lah yang datang. Yang ramai kawan-kawan mak aku la opkos (kalu aku yang mati dulu dari mak aku)... Masa aku kawin pun, 3,4 orang je kawan aku yang hadir. Ye lah, sape lah aku ni untuk orang bersusah payah nak datang jauh-jauh.
Ini gambar yang diambil masa harijadi aku tahun '96. Ironi kan. Hari ni birthday dia tapi gambar masa birthday aku. Time tu kitorang tengah nak hadapi PMR. Kira zaman kegemilangan kitorang la ni. Bukan hanya di sekolah je rapat, kat luar, kat rumah pun sama. Dia je kot kawan aku yang selalu datang tido umah aku time RAYA. Ahahaha... 

Ya Allah, rindunya kat dia. Masa masih hidup dulu, tak diusahakan berjumpa. Aku dah kawin bawak hal aku. Dia dah keje, sibuk hal dia dengan kawan-kawan dia yang masih single. Bila dah takde ni, duk terkenang-kenang. Appreciate lah kawan-kawan yang masih hidup. Kita tak tahu bila-bila masa antara kita yang akan dijemput Allah. Life is too short, don't waste bickering and hating each other. 

Al-Fatihah.

No comments: