Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, August 17, 2016

#1341 Me Vs Twilight Saga, Rerun.

Lunch hari ni encik Jack request nak nasi kerabu. Gigih dia pusing satu pasar malam semalam cari ulam. Kali ni ulam-ulaman nasi kerabu lengkap semua ada. Pucuk putat sekali dia beli wakakakaka... Time ada request macam ni yang aku suka. Tak payah buang masa buang tenaga pikir, masak tapi orang makan acah-acah aje.

So pagi ni, pepagi lagi aku siapkan sambal kelapa dengan kuah tumis dengan sambal lada... Ayam dengan daging pun perap siap-siap... Tunggu nak masak nasi dengan goreng lauk yang siap perap tadi tu je. Tengok jam, dah pukul 10... Haih, kalu buat keje cepat je masa berlalu tak sedar.

Rest kejap sementara tunggu kul 12.30 nak gi ambik Zaraa pulak. Bukak laptop. Team Europe Conquest 2016 aku ni dah 2,3 minggu aktif duk diskas pasal trip ni. Encik Jack pun gigih study pasal trip kali ni. Me? I'm lost. Trip kali ni terlalu 'besar' untuk aku telan. Debaran tu sendiri aku dah tak daya nak cope.

Entah la... Trip kali ni memang totally different from my last trip. Atau aku yang bias. Aku personally rasa, trip kali ni terlalu komplikated untuk otak aku. We will be going to 10 countries in sya Allah. With different currencies, different weather, different temperature, different languages, different transportation, different rules to follow, different places to stay.

Nak kata tak study langsung tu ada jugak la yang aku study. Sekadar untuk tahu serba sikit pasal tempat-tempat yang aku nak gi je la. Trip kali ni memang aku tak terlibat secara aktif, aku just sit back and observe, let others do the job. Kang kalu aku join, asyik nak pangkah cadangan orang je kan. Baik aku duk diam-diam biar diorang aje yang plan. Ini memang bukan keje main-main lah I tell you. Respect sama backpackers yang dah pegi tour Europe. Europe dengan Asia sangat-sangat la lain. 

Nak bandingkan trip Korea haritu, mudah sangat trip tu. Pegi 1 negara aje. Duit pun tukar Won dengan USD sikit je incase nak beli air mineral kat epot Vietnam masa transit tu. Bahasa tak jadi masalah since I can speak Hangul sikit-sikit. Goreng je lah. Survive weh walaupun aku just kopipes, ulang ayat-ayat drama yang aku selalu layan tu.. Ada gunanya jugak kan... Kali ni nak pegi UK rasa neves pulak nak speaking. Hahahaha... Kat Korea rasa terer giler ah speaking since diorang bukannya tahu sangat English. This time? Ambik kau.... Nanti sampai Paris, Czech, Itali, Swis, Jerman, Belanda nak goreng bahasa apa? Ayam itik. Kok-kok kuek-kuek.

Trip ni rasanya aku memang tak membantu langsung. Sorry ye team Europe Conquest.. I put my trust in you guys... Surprise me well! Nak study apa tak tahu. I mean nak start dari mana, part apa. Since SIL2 dengan Encik Jack sangat-sangat terer cari info. So, aku sit back aje lah. Or, tolong sought out pasal list makanan apa, barang apa nak bawak nanti. Haih, pegi dengan tak tahu ni padah jugak. Kalu kat Korea dulu tu, semua aku hapal dalam kepala dah sebelum pegi. Kat sana, memang tak risau sesat dah la. Time sesat boleh je tanya locals. Guna limited Hangul vocab yang aku tahu diselangi bahasa ayam itik dan tak lupa juga bahasa isyarat. European, from what I heard they are not as friendly as Asian. Mungkin ditambah dengan sentimen Islamofobia dan diorang tak suka outsider, foreigner. 

Godek situ sini kejap dah lost. Pastu teringat aku kepingin nak tengok Twilight sekali lagi. Datang angin nak rasa muda balik apa hal ni. Mula-mula nak tengok Twilight je... Aiseh... Habis Twilight bersambung dengan New Moon.. Habis New Moon sambung dengan Eclipse pulak.... Panasaran!
Mulanya begini... mode study.
Alih-alih ini jadinya....
Dalam nak tengok 1st part je, terlajak jugak sampai ke Eclipse... Sebab Breaking The Dawn Pt1&2 macam baru lagi tengok setahun dua ni.. And, part lepas dia kawin and pregnant tak berapa best bagi aku. Cakap je la, entah-entah esok sambung lagi mana tahu.
Lama dah tak buat hal kan... Ahahahaha... Muda 10 tahun rasanya I tell you! Tapi nape ek, movies lakonan Robert Pattinson ni takde yang menyengat dah lepas Twilight Saga ni... Kecewanya.
Gelenya, gelenya jugak. Cukup time makanan mesti tersedia atas meja... Alhamdulillah I made it on time. Semua orang makan dengan gembira.. Ahahahah ayat buku teks sangat! Hari ni, aku terbuat, TER, tersedap tanpa sengaja ahahahaha... Adam puji pandai Mommy masak... Daddy pulak angkat ibu jari... Whooooaaaaa... This is BIG for me... Budak intan payung ni pun makan... Lepas makan nasi, lena dari Asar sampai ke pagi esoknya... Giler lama dia tido! Bangun 2 kali pegi toilet je pastu sambung tido lagi... Pecah rekod ni.
Cakap pasal rekod ni kan, Adam bawak balik buku rekod... No komen lah... Nak buat macam mana menurun aku yang ehem ehem ni.. Tapi English, memang tak pernah mengecewakan. Saprais lagi ada lah. Ini memang anak mak. Terer English. Masuk U seksok ambik courses bahasa je lah... Translation ke macam Godmother dia si Siao Po tu... Tak pun TESL... TOFL pun ok... Pandai-pandai mu la nanti.

Esok ingat nak posa... Sehari lagi posa ganti and that's it. Selagi tak habis ganti, memang tak senang hati.

No comments: