Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, August 20, 2016

#1342 Me Vs Ganti, Done!

Hoorey!!!! Aku dah habis ganti posa kelmarin dulu (Khamis). Happy tak terkata.. Haha benda macam ni pun nak citer kan. Ofkos... Bila dah setel hutang dengan my Creator, mau tak lega rasa. Itu citer selepas...

Citer masa sahur, empph tak nak la citer. Haha. Punya la terhegeh-hegeh nak bangkit sahur. Tiap kali nak sahur tu rasa macam nak kensel je, sambung tido. Rasa macam takde benda boleh makan. Rasan macam malasnya nak masak. Rasa tak lalu. Rasa tak mampu nak telan. Rasa macam nak quit. Rasa macam nak nangis. Rasa sedih. Dan 1001 lagi rasa yang tak best... Tapi bila tiba azan maghrib dari satu hari ke satu hari, indahnya rasa! 

Drama la mu ni Blog Diva.

Oh well... Apa pun sangat la happy dan lega posa 9 hari dah terganti. Berapa bulan je lagi nak berangkat kan. Haruslah setelkan secepat mungkin. Pastu boleh la tenangkan fikiran dan jaga pemakanan. Perut kena jaga betul-betul. Memang aku dan gastrik tak dapat dipisahkan walau macam mana sekalipun aku pantang makan. But at least I die trying. That's what I always say. Aim nak put on weight as much as possible. I need extra fat to shield me from the harsh weather in Europe. Anyways, I hope Europe will treat me kind!

Tadi pegi pasar and Tesco for groceries shopping. Dalam esbok dah tinggal ikan kering dengan ice cubes aje... Susahnya kan takde lesen dan penakut ni. Boleh je nak order barang Tesco secara online order. Tapi entah la, rasa macam tak puas hati tak dapat belek secara real dengan jari-jemari. Orang pilihkan ni, mana tahu aku tak berkenan (which happens all the time).

Tengahari masak cincai ikan goreng je, sebab encik Jack dah makan nasi campur pagi kat pasar. Lunch tu dia skip sebab kenyang lagi. So, aku makan dengan Adam je. Adam tu ada 5 jenis lauk pun, dia ambik 1 tu je. Kuah-kuah tak makan. Dia makan nasi putih with ikan selayang goreng, aku makan ikan goreng with ulams lebih buat nasi kerabu baru ni dengan sambal kelapa/ikan yang juga lebihan nasi kerabu baru ni.. Sayangnya... Kuah tumis nasi kerabu tu memang terbaek lah aku buat baru ni. TER. Tapi jenis aku, apa-apa lauk stays in my fridge only for THREE days. After that I will throw away. Perut encik Jack takleh dengan makanan berusia banyak hari. Sebelum dia blame aku, baik aku buang awal-awal. 

Lepas kenyang lunch yang tak seberapa tu, naik atas katil aktiviti bergolek-golek kekenyangan. Penat aku kalu hari pegi groceries shopping ni. Most wives yang aku kenal, hari keluar beli barang dapur memang balik takkan masak lunch dah. Dah penat pegi beli-belah takkan balik sibuk nak bersilat kat dapur pulak kan. Aku pun macam tu jugak.. Kalu boleh hari-hari malas masak. Tapi realitinya, tak tahu nak makan apa jugak pun kat luar. Kalu ada, tak sedap. Haih dilema.

Tengah duk syok golek-golek, encik Jack pulak kata nak mengunyah... Lapar lah tewww... Ingatkan penat, malas ya amat nak masuk dapur balik. Kalu boleh hari ni dah done, tak nak bukak dapur dah. Tapi kesian pulak. Duk banyak hari dah kepingin nak makan laksam. Aku kata kuah boleh lagi nak gagahkan diri buat. Tapi laksam beras dia tu ampun, aku tak sanggup nak mengadap steamer.. Capek satu hal, satu hal lagi memang seumur hayat tak pernah buat. Takut tak jadi.

Lama-lama kesian pulak kat dia.... Aku kata, oklah, jom try buat laksam dia je dulu. Kalu laksam menjadi, baru proceed kuah. Part bancuh-bancuh ni memang aku failed. Selalunya mesti terkeras or terlembik. Alang-alang nak try tu encik Jack kata, buat-buatlah terus kuahnya. Pedulik la jadi ke tak laksam asal boleh makan. 

Okay desperado.

Dan-dan dia keluar beli tepung beras sebab tepung beras dalam gerobok tak cukup. Apa saje sanggup demi favourite food dia. Mintak resipi dengan Iron Chef, terus buat. All is well except that laksam dia macam lembik melekat je kat tudung periuk.. (ggori tudung periuk cap boyo aku, beli sekian lama tak pernah guna... saje beli kot-kot Zaraa kawin esok-esok boleh hadiahkan dia) Minyak dah sapu. Entah kat mana silapnya ye... Down jugak rasa. Sebab aku sukat betul-betul dah. Guna measuring cups lagih! Pun tak dapat results seperti yang diharapkan. Encik Jack kata biarlah, asal boleh makan je... Tak kisah la tak lawa pun.

Okay desperado.
Lastly, siap jugak la..... Rupanya pecah lobang Encik Jack hari ni. Dia kata dia terliur kat belacan block aku yang aku beli semata-mata nak buat baja. Hahaha.. Laki mak ni kalu makan laksam memang takleh belacan sikit-sikit. Hoh belacan sekilo. Tak cukup lagi tak tahu la. Kaw-kaw aku gelakkan dia sebab terliur kat belacan aku.
Sambal cili memang yang aku buat untuk nasi kerabu baru ni, malas nak tumbuk yang baru. Tak larat and takde mood nak menyambal. Selagi buleh cheapskate, kita cheapskate haha.
Yang tunggu kuah siap masak bukan encik Jack aje okay. Anak pompuan dia pun sama la. Duk ready mangkuk nak makan. Haih anak dengan bapak sama brand je minat laksam. Tutup je api, terus masing-masing tak tunggu cedok. 2 beranak ni makan berselera sungguh. Puas hati la encik Jack craving for so long. Bini je tak reti nak buat.

Aku ambik la sikit rasa.. Oh patut la. Memang sedap pun aku buat ahahahaha... Buang karan je kan selama ni tak kompiden nak buat. Boleh pun tu. Berkali-kali encik Jack angkat ibu jari sambil kata kelas dunia.. Haaaa laki mak ni mak kawin 10 tahun dah dengan dia tapi nak dengar setahun sekali dia puji mak masak pun nan hado lah... Complimentary accepted! Nak terkoyak mulut aku sengih. 

Kalu tiap hari tangan aku ni masak sedap kan best.

After some trials and error, I came with a good measures...

Resepi Laksam

3 cawan tepung beras
1/2 (stgh)cawan tepung gandum
4 cawan air suam
sedikit garam


Yang awal tu resepi 5 cawan air... Tapi macam lembik bertepek je kat tudung periuk. Bila sepupu aku bagi resepi dia 4 cawan air ha, baru betul sikit rasa. Lebih pejal gitu. I like. 

Ladies, do try out!

1 comment:

Anonymous said...

mek, tesco online tu..masa dio bawok mari..kita leh pilih la & reject kalu tok sei..cth ike..tgk tok kene..tok soh ambik..tk pernah lg oda online..tp baca gitu la..
syabas laaa misti sedak sengoti tu!
-kakak-