Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, September 1, 2016

#1343 Me Vs My Bff First Death Anniversary

Lepas Subuh dapat WA mesej dari mak arwah bff aku, reminding me of her first death anniversary.. Birthday arwah baru ni, aku yang remind mak dia dulu... Tapi hari ni mak dia yang dulu mesej aku. Emmm... Dah setahun pun arwah pergi menemui sang Pencipta. 
Setuju sangat-sangat bagai yang dikata mak arwah ni. Arwah dah tak perlu fikir apa-apa dah pasal urusan dunia ni. Tinggal kita ni je yang masih hidup, struggling dalam dunia akhir zaman yang makin penuh dugaan. Sometimes, I worried about the Perang Dunia Ketiga yang dikatakan akan bakal meletus bila-bila masa aje. I worried about Zika. I worried about snatch, thieves, pedophiles, flood, everything. Sometimes I envied those who passed away. Allah dah selamatkan mereka dari terlibat dengan kerosakan dunia. Kiamat. Takut kan. Untung kans sape mati awal. Tak sempat buat banyak dosa. Jangan tak sempat tobat sudah la.
Ini tempat persemadian terakhir arwah. Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah ni bagusnya menurut mak arwah, (diurus pihak Bandaraya), memang sistematik dan terjaga rapi. Siap nombor siri dengan nama untuk menyenangkan pelawat. Semua diuruskan oleh pihak perkuburan DBKL. You pay about RM2000 3 months after burial, material binaan dan pokok, pewaris boleh pilih. Sounds nice kan. Takde la berterabur macam tapak kubur orang zaman dulu-dulu nak melangkah pun takut terlangkah atas kubur orang punya la main tanam ikut suka je. Bila tengok gambar kubur arwah, terharu pulak rasa. Arwah ni bukan masa hidup sihat, masa sakit je well taken care of, tapi lepas mati pun orang jaga elok lagi tempat persemadian dia. Alhamdulillah, rezeki dia. Lepas mati pun masih murah rezeki. Bila tengok kubur ni, teringat perwatakan arwah ketika hidupnya... Memang sesuai sangat-sangat hiasan, pokok-pokok yang dipilih ni dengan dia... (*sobs...)

Oh I missed her. Al-Fatihah.

No comments: