Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, September 2, 2016

#1344 Me Vs Shit Happens

Ini cerita petang kelmarin dekat nak maghrib pun sempat lagi bersilat buat krimpaf. Hujan punya pasal. Sejuk-sejuk ni perut aku mula la mintak nyawa!
Keje piping aku ni memang mencabar la dengan assisstant giler kuasa sorang ni. Orang nak buat, dia pun sibuk nak buat. Smear here and there! Maknya pulak OCD... Memang stress la...

Aku pipe pakai cake decorator aku je. Piping bag tak beli lagi. Tengok macam cair je... Time buat research (yes, aku study dulu bukan main belasah buat je sebab pernah dengar buat benda ni banyak cekadak), dalam youtube/blog tengok sampai peringkat roux tu aku buat betul dan berjaya lagi... Bila dah masuk telur terus cair... Ada blog yang aku baca tu dia kata telur ni kena tengok jugak. Takleh ikut resepi sebijik sebijol. Sebab kandungan telur kan lain-lain. So, kena pandai tengok masa curah telur sikit-sikit tu. Bila dah nampak adunan dah kental/ sepatutnya, kena stop buh telur... Gitu la lebih kurang. Disebabkan aku main ikut je resepi sebab takut menderhaka, nah ini lah akibatnya. Bila 'pipe', takleh nak hold bentuk pun. Mencair dan merata. Aku buat diameter tak lebar macam tu. Tapi sebab dia mencair, jadi lebih luas dia pergi. Ko paham tak ni apa aku cakap.
Tapi belasah je la... Takkan nak buang kot bancuhan ni. 4 bijik telur pakai ni, sayang lah. Lantak kau lah. Aku proceed aje. Bila dah separuh masa membakar, intai tengok voila cantiknya dia naik!!! Aku siap high five lagi dengan budak gedaf-gedaf ni. Punya la hepi... Ingatkan bantat dah krimpaf aku... 
Tapi kan.... huk aloh... Bila keluarkan, terus deflate. Kahkahkah... There goes my effort. Dari hasil pembacaan, kalu kes macam ni, kena sambung bakar lagi. Isi masih basah belah dalam. Menyampah tau. Tadi tengok dah naik cantik ingatkan dah masak. Huh. Hancur harapan nak bangga buat krimpaf sempurna kalernya... Tak masak lagi rupanya. Cheh. Resepi kata bakar 30 minit camtu la... ini tak sampai 20 minit kaler dah macam ni. Kau rasa kalau tunggu sampai cukup time tu apa kaler dia.
Bila dah masak betul-betul, nak keluarkan pulak masalah... Melekat base dia. Padahal letak atas lining paper dah. Ni mesti terlebih telur tadi yang jadi terlebih cair tu. Taste wise dah ok, rasa macam kedai dah hahahaha... Someone once said, a good cream puff adalah yang ada lubang gelonggong kat dalam. Well, mine ada. Kira baek lah tu... Cuma nipis je la sebab aku pakai nozzle cake decorator tu kecik sangat diameter dia... Lepas ni kena beli proper piping bag lah... Sebab aku memang hantu cream puff... Jangan melekat lagi sudah la. 
Nampak huduh la sikit sebab takde base (base melekat kat baking paper tu kan). Tapi tetap sedap. Cheyyyy... Kalu tak sedap takkan aku selongkar peti tengah malam semalam sebelum tido....
Masa nak siapkan Adam pegi sekolah tadi, budak gedaf-gedaf tu turun bawah terus bukak peti... Gigi tak gosok lagi. Cari custard filling... Itu lah bekal dia hari ni.... Habis licin dah.. Filling banyak lagi... Esok kena buat lagi lah... Telur dah tinggal 3 bijik je...

About the custard filling... Resepi asal guna 8 sudu besar... Masa aku baca tu dah terpikir dah... 8 sudu? How can ones put 8 tablespoons of sugar in this filling? Boleh telan ke manis tu? Ini resepi potong kaki ni. Aku dah kurangkan 2 sudu pun rasa dah sakit gigi... Tak tahu la kot-kot aku ni dah terbiasa makan tawar... But 8 tablespoons memang aku takleh terima... Too, over sweet. Yang aku guna 6 sudu ni pun rasa menyesal dah... Next time buat boleh try 4 sudu pulak... I used measuring sets punya sudu tu. Mak memang skema.


No comments: