Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, September 4, 2016

#1345 Me Vs Sukan Pasti

Pagi ni sekolah Zaraa buat Hari Sukan kat Padang Semilang, depan Tesco. Berdebar parents dengan cikgu-cikgu kot-kot hari ni hujan. Maklum lah, ini dah kali kedua sukan sekolah dia ditunda. Walau hujan ribut tanah runtuh pun, sukan tetap takleh tunda dah. Cikgunya kata jangan risau, khemah ada disediakan.. So, kitorang pergi je la.
Sampai-sampai, tengok khemah cuma untuk budak-budak berkumpul aje. Berkumpul berapa minit je, selebihnya banyak masa berada atas padang. I pitied those pupils. Hari ni pulak panas membahang. Waris-waris pun bertebaran pakat cari tempat teduh nak duduk. No kerusi whatsoever. Ingatkan sediakan la khemah untuk waris sekali. Kot nasib tak baik hari ni hujan cane? Nak berteduh kat mana? Sukan hari ni gabungan 18 cawangan Pasti kawasan Permatang Pauh & Bagan. Mak aii... seribu lebih la manusia hari ni. Just imagine kalu hujan, kat mana semua waris nak duduk.
Mula-mula sampai tu, cikgu suruh semua budak beratur nak buat head count la kot.. Kitorang tinggal la dia kejap pegi beli makanan sebab semua belum breakfast. Siap beli makanan pegi dekat dia semula tengok dia duk nangis dah. Duk kata tak nak main, tak nak main. Haih...
Zaraa masuk acara Keretapi. Kalu ikutkan atucara majlis, game dia tu yang ketiga. Sedap la hati kekonon habis main tu kitorang nak blah dah la... Panas weii.. Nak stay pun buat apa. Ada la acara untuk waris join tapi entah la... Panas-panas ni, asyik berhalusinasi aje aku... Dehidrated. Bawak air setumbler dah. Tapi tak cukup jugak panas-panas ni. Kesian sungguh aku tengok bebudak tu kena kerah main tengah panas. Kesian wei!
Habis je acara yang Zaraa masuk tu, kitorang ingat nak packing-packing alas duduk nak pegi Tesco dah.. Tetiba dengar announcement panggil balik yang masuk acara Keretapi sebab kena ulang sekali lagi. Ada parents dari Pasti cawangan lain yang tak puas hati tadi. Huk aloh...

Dah panggil tu, aku bawak la Zaraa pegi sekali lagi. Ingatkan panggil tu nak start game terus. Rupanya nak kena standby, tunggu game lain habis dulu baru buat balik acara dia. Bebudak tu disuruh berdiri beratur tengah panas-panas sejam... Dengan aku-aku sekali panas hati naik angin. Zaraa dah nangis-nangis merayu cakap tak nak main dah... Muka merah menyala panas. Kesian anak aku dengan bebudak lain tu... Parents mana la tak puas hati tu. Hello, they just kids ok... Gila nak menang nye la hai... Tak pasal-pasal nak kena berjemur tengah panas tunggu. Encik Jack dengan Adam dah cari port tempat teduh. Aku nak tinggalkan Zaraa tengah panas nak gi join bersedap-sedap tempat teduh pun tak sampai hati. Takkan nak tinggalkan anak aku dalam neraka, aku sendiri bersedap-sedap kat syurga gitu kekdahnya. Lagipun, memang takleh nak tinggal. Dia nanges jebek-jebek.. Kesian sangat. Duk peluk aku cakap dia tak nak main... Aku tak salahkan dia. Betul. Aku sendiri pun naik bosan. Lenkali nak buat sukan bebudak ni, tak payah la gabung banyak sangat cawangan. Tiap-tiap acara tu banyak mana buang masa nak tunggu semua ada baru boleh mula? Kalu bebudak U boleh la nak suruh tunggu-tunggu. Ni budak tadika kot. Kejap je diorang excited. Pastu restless and agitated la.

Memang kesian sangat-sangat-sangat. Ramai waris yang merungut sebab panas dan takde tempat duduk. Habis je ulangan acara dia, terus aku ajak masuk Tesco beli barang, makan then terus balik. Sampai rumah berdenyut-denyut kepala aku. Imagine lah duk tengah panas berjam-jam... Itu aku, bebudak tadika tu lagi la.... Kesiannya kan.


Tak tahu la tahun depan cane. Kalu tanya aku, aku malas dah. Tapi sejak kena cop tak sporting ni, kena ikut jugak la.   

1 comment:

Anonymous said...

parent mn tu tolol sgt! panah2 ni kesian la zara & hite la anok sedaro ku ..
parent tu koya ni olimpik ko ..aduss nyusoh kokre la ..kalu anok dio jah takpo ni hbs anok ore lain keno..pity la the kid ado parent kalut gitu.

cikgu2 pun tok mikir la..takdok anok ko belako.
hangin aku baco..wak nyanyok ko anok sedaro