Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, September 5, 2016

#1346 Me Vs Another Trial Of Baking Failures

Hari ni pepagi lagi gatal tangan nak retry krimpaf. Zaraa tak sekolah hari ni sebab sekolah dia cuti peristiwa kelmarin Hari Sukan. So, ada la aktiviti bonding-bonding kat dapur hari ni dengan dia. 
Masih menggunakan resepi Tengkubutang.com, aku just ejas telur aje. Dia guna 3 bijik telur saiz L, aku pulak guna 3 bijik telur saiz C. Memang tak sama saiz tapi saje nak tengok how it'll turn out. Sebelum ni kan ikut resipi dia kata kalu telur kecik guna 4 bijik, tapi cair sangatlah pulak. So, kali ni aku nak stick to 3 bijik telur aje. Voila, pada mata aku, nampak macam better hari ni punya lagi. Sebab yang nyata, bila pipekan dia boleh hold bentuk swirl tuh. Tak mencair macam sebelumnya.
Hari ni, instead of using cake decorator like previously, aku guna acuan semperit. Messy sikitlah. I really need to buy a decent piping bag. Kalu ada sesapa nak buat pahala bolehlah sumbangkan aku piping bag, sangat dialu-alukan! Kali ni walaupun better, aku tetap takleh nak buat double or triple loop of swirl. Acuan semperit kan pendek. Takleh nak tarik panjang dari tu lagi dah. Takat ada rupa je la swirl aku.
 Kali ni tak nak happy-happy sangat dah. Seronok memang la seronok tengok dia kembang macam ni. Tapi jangan sedap hati sangat. Ini semua ilusi. Anytime dia boleh kempis without warn. Ini salah satu pe'el krimpaf yang aku fedap.
Makin dekat nak habis timing, makin berdebar rasa. Memang aku tak usik apa pun. Takde gatal-gatal tangan nak bukak pintu oven skodeng jadi ke tak. Memang patuh tunggu habis timing sampai bunyi 'ting!!!~~~' Baru bukak oven... Letak atas kaunter terus try cungkil bawah dia... Satu lekang. Terus sedap hati. Yang selebihnya aku tak cungkil dan biar je dia sejuk. Ingatkan makin sejuk makin senang la nak cungkil. MY MISTAKE. Bila sejuk, makin melekat sebab dia berpeluh dan belah dalam jadi meruap dan lembap. Huh... Another failure!
Second tray, learnt from mistake. Masak je, terus cungkil. Memang senang la keluar tak melekat pun. Haih. Second tray ni ada 6 bijik je... First tray tu penuh la, semua melekat. Cacat habis macam hari tu buat.
Spot yang Zaraa buat. Ada 1 je. Hehe. Obviously!

Budak ni pulak, sebab aku tak kasi dia join keje menyemperit aku (believe me, aku sorang buat pun dah messy enough) budak ni dapat henpon aku, satu rumah dia tangkap gambar. Gambar botol susu dia, jamban pun ada, etc... Aku cek-cek ada 50+ gambar dia snap. Blur lah ofkos. Kalu elok buleh gak share kat sini. Huk aloh. Satu keje pulak nak kena delete semua.
Ni, bapak dia ajar selpi guna front camera. Lepas ni siap la... Panjang je rasa satu hari ni bila budak ni tak pegi sekolah haha... Tu pun nasib baik dia tido tengahari lama jugak... Trust me, aku jadi mengantuk giler-giler kalu satu hari dengar suara dia ngomong terus. Hypnotized. Sampai satu tahap kena mintak tolong dia berenti cakap/nyanyi/nasyid/baca quran... Time boleh buat tak tahu, boleh la buat-buat tak dengar.. 

Sape pernah rasa macam ni kita geng!

1 comment:

Anonymous said...

Well Done! Well Done! Hebat adikku! The cream puff look so yummy!
kakak suko cream puff! nanti buat lg yeeee