Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, September 8, 2016

#1347 Me Vs Jom Balik!

Kelmarin dengan hari ni Adam cuti sebab UPSR. Esok sekolah tapi disebabkan rasa takleh nak tahan-tahan dah rasa nak balik, hari ni kitorang gegas balik kampung. Encik Jack kelmarin kata alat eksperimen dia rosak so tak boleh nak run eksperimen. Aku pun dah kering idea sangat-sangat tak tahu dah nak masak makan apa. We need to be home, PRONTO!

Kemas-kemas baju beg semua, baru WA Puan Menteri bagitau nak balik. Anak bongsu Ampang dia dah ada kat rumah. Another reason to rush home!
Raya Haji kali ni, Nik Pareh tak balik. Anak sepupu aku dua beradik stay kat sini sebab sepupu aku pegi buat operation jantung kat IJN. Kesian kat diorang, Puan Menteri pegi kutip bawak diorang duk sini. Boleh la kawan dengan anak-anak aku. Takde la diorang bosan sangat.


No comments: