Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, September 10, 2016

#1348 Me Vs To Rantau Panjang We Go!

Jiran aku ada kirim steamer size besar dari 30cm. Bos IBM pulak nak cari kuali. Eloklah kita ke Rantau Panjang. Mulanya ingat nak beli steamer tu kat Salamku aje. Tapi banyak jugak beza harga tu. Moh la sesambil cuci mata cuci tingkap cuci wallet... Boleh la pekena lokching ori... Hoho... Yang past tu tak tahan sekali tu.
Sebelum pegi tu punya la sembang kencang nak beli buah macam-macam kat sana. Sekali sampai, bayang orang jual buah pun takde. Ada la sorang dua je yang jaja kat kaki lima deret kedai. Dulu sebelum pasar Rantau Panjang terbakar tu, ramai orang jual buah macam kat tempat duty free yang lain. Kali ni memang takde. Ke diorang pindah ke mana tak tahu la. Maklum la, aku pun macam tourist jugak di bumi sendiri.
Bila jumpa kedai orang jual barang dapur ni, terjah la. Mak aiii... Size yang lagi besar dari size 30cm tu ada banyak lah pulak. Gambar atas ni, kiri size 32cm, tengah size 34/36, kanan size 38cm... Yang paling kanan tu boleh guna buat kenduri la besarnya. Pening jugak nak pilih.
 Last-last call jiran aku, dia kata nak size 34cm... Senang keje. Ingat nak belikan kat dia je. Sekali encik Jack kata beli teruslah untuk diri sendiri. Tak payah datang banyak-banyak kali. Okey! Mak okey je kalu bank mak approve. Pucuk dicita, ulam mendatang.... Ngeh...
Encik Jack dengan Bos IBM selain beli periuk belanga, diorang terkam beli sunglasses... Murah jugak... Tapi being me, biasa la... Pilih like no tomorrow, tapi last-last balik empty handed jugak. Ppuuiii... Satu, sebab bentuk muka aku kan kecik dan unik ni semua bentuk pun aku rasa macam tak sesuai. Ikutkan hati, berkenan kat jenis aviator shades nih. Tapi bila pakai, alahaiiiii..... Dua, sebab spek ni takde power. Aku nak melaram cane kalu rabun meraba-raba ni. Malas ah pakai contact lenses sebab mata aku cepat kering tua-tua ni. Muda-muda bergetah dulu boleh lah. Oleh itu lupakan saje lah spek itam ni. Kalu nak jugak, kena buat yang decent kat kedai spek siap buh power. Baru can talk.
Setel beli-belah, makcik-pakcik penjaja kat sini rekemen kedai mi celup yang sama. Whoooaaaa... Kitorang pun teruja la nak try setara mana hebat kedai ni sampai viral di mulut orang sini. Meh kita kasi try.

Verdict? Huh, tarak boleh lawan mi celup bawah pokok yang selalu aku makan kat rumah Puan Menteri tu... Jauh beza... Agaknya orang sini tak pernah rasa mi celup bawah pokok tu... Hihi...
Nak balik rumah, singgah beli lokching banyak-banyak terus. Aku beli sosej ayam inti pulut ni sikit je. Nyesal pulak sebab betul-betul ho liao... Next time nak beli banyak instead of satay ikan tu je....
Balik rumah singgah beli goreng pisang pulak.... Oh... Heaven on earth... Why la bebenda simple macam ni takde kat tempat aku... Why oh why...

No comments: