Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, September 12, 2016

#1349 Me Vs Raya Yang Tak Macam Raya

Selamat Hari Raya Haji buat semua umat Islam yang baca blog aku... 

Raya haji tahun ni aku raya kat Apal. No particular reason. Saje kot. Tahun ni aku tak buat korban. Cuma Encik Jack aje yang perform kat Kemboja. Raya tahun ni memang rilek-pocek aje.. Takde baju raya baru untuk semua orang, takde gelojoh nak terkam makanan raya... It might be for encik Jack, tapi aku tahun ni takde napsu nak makanan juadah raya haji ni. Mungkin sebab cuaca panas sangat kot. Tekak mintak isi air je banyak-banyak. Kalu air tu boleh bagi kenyang, trust me, aku rela isi air banyak-banyak dari makan. Bukan makanan tak sedap, tapi aku yang tak selera.
Courtesy of biras.
Tahun ni MIL aku buat korban dengan sedara dia.. Ingatkan tempat macam tiap-tiap tahun tu la kat Kampung Lampu... Tapi tahun ni buat kat tempat lain. Aku silap langkah. Ingatkan nak sembelih lembu ni dekat-dekat umah orang yang boleh tumpang basic fasility. Rupanya buat kat tengah dusun buah. No rumah orang yang dikenali. Dikelilingi saujana bendang padi... Hoh, perut aku sehari dua lepas balik dari Rantau Panjang ni dah la tak berapa stabil. Asyik memulas-mulas je... Memang langkah kiri lah... Jangan buat hal sudah... Nak memerut kat mana nanti...
Courtesy of biras.
Ikutkan Encik Jack cakap aku tak payah pegi pun takpe. Tapi SIL2 ajak naik keta dia tadi... Aku ikut je la... Lagipun, kalu aku tak ikut, nanti anak aku takde la pengalaman kecik-kecik tengok orang perebah lembu. Demi anak, aku ikut jugak la... Sampai-sampai tengok lokasi yang sangat-sangat takde apa fasiliti langsung ni, kelat rasa nak turun keta.. Hahaha... Baru reti erti sesal susah tidak berguna. Time kitorang sampai, ramai lagi tuan bahagian lembu yang belum tiba. Lembu ada 3 ekor. Halamak... Kul berapa baru setel ni? Jamban takde... Buatnya kalu bukan aku pun nak memerut, kalu budak kecik ni nak kencing kareb cane? Oh no no no no.... 
Courtesy of biras.
Adam sejak sampai Apal, memang dia jadi anak SILs aku. Mengonet je dengan famili diorang. Tak endahkan aku, encik Jack dengan Zaraa langsung. Panggil makan pun kali ke5 baru respon. Kalu tak, memang buat tak tahu or worse, marah aku balik. Bertuah punya budak. Kat Apal ni, antara kitorang dengan Adam, masing-masing buat hal sendiri. Malam tahu la dia masuk 'gok' (reban) mana nak tido. Kekadang tertido depan tv sorang-sorang. Bapaknya la yang kena pegi kutip bawak masuk bilik.
Curi dari fb kakak ipar. Tengok la yang baju purple terselit sorang kat situ. 
Nasib baik la biras aku ni bawak keta asing. Anak dia pun tak duk diam. Penat wey duk kawal budak ni asyik nak hala ke parit sawah aje... Disebabkan biras aku tak larat nak kutip anak dia, dia ajak balik rumah je... Nak tunggu diorang lapah dan bahagi-bahagi daging entah kul berapa siap. Baik la kitorang balik dulu. Kat sini nak duduk pun takde tempat. Rumput tebal. Vampire dalam rumput pun ada! Encik Jack selamat dah celah ibu jari kaki dia... -kenyang sekor.

Fuuuhhh.... Lega dapat balik. Time-time perut buat hal macam ni, make sure kau dan jamban berpisah tiada. Terkena lah hari ni.

Panasnya la hai kat sini.... Anak aku sejak jejak kaki lagi duk bebel pasal ekon... Apa nak buat nak. Tuan rumah tak kasi. Jangan kata Mommy tak payung.

Petang diorang ajak pegi Lata Belatan. Sejujurnya, kalu minta pendapat aku... Aku tak berapa berkenan bawak budak-budak pegi situ... Mak trauma sebab dalam paper banyak dah kes kencing tikus kat waterfall kan. Diorang je pegi. Aku tak ikut. No particular reason. Panas-panas kat Apal ni sometimes aku rasa berhalusinasi. Yes, it's that hot.

Dulu masa dengar SIL sebut pasal panas yang buat dia berhalusinasi, aku rasa nak tergelak punya la kedengaran funny. Wait till it get to me. Hazabnya.... Tiap saat mendambakan ekon.. Kesian sangat bila tengok anak tido sampai basah peluh.

Haih. 

No comments: