Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, September 18, 2016

#1351 Me Vs Penang Food Mega Festival

Encik Jack ajak pegi food fest ni kelmarin lagi tapi Zaraa tido. So, pospon ke hari ni la pulak. Elok sangat la.. Aku pun malas masak. Kita tengok la apa yang boleh dimakan kat sana. Hopefully ada la makanan yang sesuai untuk Adam. Dia la yang paling payah nak makan.

Parking lot yang disediakan terasa agak jauh di bumi sendiri. Redah lah panas mentari time sampai tu. Nampak keta banyak... Tapi orang lengang je kat dalam. Kitorang terus terjah bahagian makanan. Kat sini ada Food Fest, Cat Fest, Agro Fest, etc. Entah, aku tak explore semua pun. Takde mood sebab panas. Pastu bebudak ni sibuk nak main benda alah soopadoopa tu. Memang tak kasi la, panas derrr..
Pegi bahagian makanan, memang banyak la menu-menu yang eccentric... Unik la kiranya. Tapi macam takde pembeli. Agaknya orang ramai pegi malam kot. Sebab dalam blog yang aku baca, dia pegi malam nampak meriah la... Ni aku pegi tengahari agaknya orang tak ramai sebab panas. Kat sini, lalu booth mana-mana yang jual/pamer pasal makanan, memang kau akan dapat sampel/test. Kenyang perut kalu layan satu-satu. Memang banyak la depa hulur tray sampel untuk dicuba. Tapi biasa la... Time panas-panas macam ni aku kekwat sikit kahkahkah...

Sudahnya, aku dengan encik Jack makan laksa... Dia buh 'sarang' yang dibuat dari telur kocok.. RM6 sebekas der mahal nak mampos. Laksa sikit je. Mahal kat sarang ke? Adam nak pizza slice, aku belikan la beef peperoni. Tengok dia makan sekali gigit je. Bila aku try, patut la dia tak nak makan, manis melenting... Pizza kejadah apa ni.. Nasib baik aku beli sekeping je... Sekeping ni pun buang nampak gaya. Tak kena gaya la pizza manis.. Yang manis tu pai okey. Zaraa pulak nak cheesy roti john... Bila beli tak makan pun jugak... Haih... Rugi je beli... 
Budak gebu ni paling suka bila masuk kat Cat Fest... Merayu-rayu pujuk daddy nak bela kucing kat rumah. Sanggup la semua dirty jobs berkaitan kucing ni. Dia kata aku takyah risau, dia akan uruskan semua. A'ah, ye sangat lah tu. Pertandingan kucing kat dalam ni biasa aje kat mata aku. Kucing pun baka lebih kurang je...
Google image of sphynx cat
Ada satu je yang ganas (unik) pada aku; kucing spesis takde bulu -sphynx cat. Memang ada sekor tu je. The rest, kucing yang aku biasa jumpa. Tak heran. Zaraa tanya aku bila tengok kucing yang takde bulu tu, Kenapa kucing ni lupa nak pakai bulu? ;p

Kalu ikut minat aku, aku paling nak spend masa kat Agro fest tu... Mak kan green finger. Tapi diorang ni pulak nanti terkulat-kulat tunggu aku tengok pokok.. Paling panjang leher aku time lalu kat booth yang jual pokok/keratan tut tin. Satu cutting RM50. Murah dah tu. Tapi.... Next time je lah... Huhu... Selalu macam tu la... Lepas tu balik tangan kosong...

Tadi pagi aku bake fruit cake. Tengok macam menarik je kat fb. Yang sedapnya fruit cake jenis kukus. Tapi mana la nak rajin kukus 4 jam hoi.. Baik aku bakar je lah. Rasa dan tekstur tu lain la sikit. Tapi takpe, ini dah cukup memenuhi idaman aku.
Lama benar dah mengidam nak makan kek buah Kama. Tapi dia tak nak la buat kat aku setakat separuh adunan. Tak berbaloi nak tunggu 4 jam tu. Makanya, mak kena buat sendiri la nyah. Projek kali ni mak memang puas hati. Walaupun rupa fizikalnya sedikit berbeza dengan style kukus, tapi boleh la. Taste wise, not bad. Yang penting, kek tak bantat ok.
Nyamnyamnyam... Ralit makan kek ni... sedar-sedar lesap sepinggan. Puas hati la buat kek ni. Sebijik aku pass kat jiran aku. Cukup la aku nak makan sebijik je. Lepas ni mesti mengidam kat kek flavor lain pulak...
Ni Zaraa lukis dan tulis. Amboii... Kat Mommy tak pernah pun lukis love-love macam ni. Ingat sangat la kat mak sedara yang selalu lari time dia kareb ni. Dia tanya aku tadi cane nak eja LOVE dengan nama Bos IBM. Ingatkan dia tulis main-main je... Rupanya siap dedicate betul-betul kat cik long dia. Menyampah tau. Dah la orang bagitau ejaan, dia eja salah. Huh.  Aku eja L-O-V-E, dia eja L-O-W-I... 
Ikut mu lah Zaraa.

No comments: