Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, September 24, 2016

#1353 Me Vs The Proudest Moment

....bagi Encik Jack lah agaknya.... Hiks...

Sejak dari minggu lepas lagi duk dengar Adam kata ada rehearsal Hari Penyampaian Hadiah.. Ingatkan rehearsal tu untuk yang terlibat aje.. Selama ni duk ingatkan dia tak terlibat la. Bila cikgu bagi surat baru ler paham... Oooo anak aku pun kena naik stage jugak rupanya.... Hohoho.. Tu lah.. Selama ni duk underestimate sangat budak tu. Sampai bila pun tak percaya dia tu boleh buat. 
Terkelip-kelip mata tengok setiap bait kata dalam surat ni... Omaiii this is happening... For real! Ahahaha... Tak pernah sangka pun. Molek sangat ketentuan Allah dah buat ni.. Kalu duk kelas nombor satu, takde makna la nak dapat top 3... Ni dok kelas nombor banyak ni, ada la chance. Haha. 
So, hari ni pepagi la kena bangun bersiap... Makan pun bawak bekal sandwich je sempat. Kalu nak masak beria pun, tak sempat nak makan jugak... Pihak sekolah ada la bagi roti jagung/vanilla Gardenia dengan air mineral sebotol kecik untuk setiap pelajar yang dijemput. Tu je la. Kalu aku tak bawak bekal memang kelaparan la nak tunggu dapat hadiah tu.
Adik manis dapat henpon, selpi pah ceroh.
Majlis hari ni banyak kepincangan. Sound system sangat la banyak masalah. Entah berapa kali duk main tukar microfon. Sampai hadirin hilang tumpuan dan minat. Masing-masing sibuk dengan handphone masing-masing. Cabaran bagi orang yang berucap di abad ini barangkali. Hehek. Seriously, macam takde sape yang pay attention. Kesian Guru Besar dengan Pengerusi PIBG...
video
Hambik... Turun-turun pentas terus tuju kat kitorang tanya bila nak pegi beli hadiah dia... Hoh. Tu je la dia tau. Belajar pandai-pandai untuk dapat hadiah... Konsep tak betul ni acaner.. Apa-apa pun alhamdulillah... Tahniah ye Adam.. And I'm sorry for underestimating you.
Suddenly I remember ONE thing in the past similar to this event happened to me... It was in my Maktab days, when my alma matter; hantar jemputan untuk aku naik pentas terima award pencapaian akademik untuk PMR. I was never a scorer. Tak pernah kena announce pun dapat top 3 kat sekolah. Bottom 3 tu adalah. Hehek... Sampaikan my late aunty cum Math teacher cum my class Math teacher, kata dia malu kat cikgu-cikgu lain bila dapat tahu aku dapat nombor 2 last dalam kelas. I was in the 2nd class... Bukan kelas last pun. So, basically I'm among the best la walaupun aku tak pernah score. 

Bila sekolah lama jemput untuk majlis macam ni, feeling aku tak tahu nak habaq camane. Bangga, yes. Seronok, yes. But the most awaited part was that, I get to get out from the Maktab. Bahahaaa... I always believed that being in Maktab is like being put in prison. Masa prep pun, orang lain mengadap ke depan, aku sorang ngadap ke belakang. Sebab meja aku paling belakang. Bila mengadap ke belakang, I get to see outside world. Dapat tengok jalan besar, dapat tengok orang luar lalu-lalang. Dapat tengok pegawai Polis Hutan berkawad pagi petang. That's the only view which exclude Maktabsphere... I'm so done with all those nerd heads.. 

And why the hell did I tell you all these... Nak citernya pasal aku pun pernah rasa naik pentas terima sijil pencapaian akademik. Macam tu aku rasa dulu, macam tu la Adam rasa hari ni. Macam tu aku rasa hari ni, macam tu la jugak mak aku rasa time aku naik pentas tu. I feel proud. So, my mom must've been proud of me too, then. Because, we, mommies only hope and pray for the best for our borns..
Gambar ni takde apa.. Saje nak buat kenangan si Zaraa time dia rajin... Sampai ke selipar pun dia susun.. 3 pasang tu dia punya... 1 Adam punya. Banyak nau selipar dia.. Kat rak ada lagi. Bila tepek gambar kat sini baru perasan selipar dia banyak dah sendat... Kena beli baru.. Beli kat dia, kat abang dia pun kena beli baru jugak... Haih...

No comments: