Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, September 19, 2016

#1352 Me Vs School, Open

Hari ni sekolah start dah kan. Adam takde hal. Dia paham cuti dah berakhir. Tapi si adik Jelly Plumpy ni drama la sket. Kat rumah lagi dah start sedih-sedih tak nak mandi tak nak pegi sekolah. Tapi pujuk-pujuk jalan jugak la. Bila sampai kat sekolah, dia tak nak masuk. Mula la drama air mata duk protes sorang-sorang.. Terpaksa la pujuk janji manis bulan bintang teman masuk sampai dalam kelas. Hai lah anak. Tiap kali lepas cuti sekolah banyak hari, jadi macam ni. Minggu depan ujian bulanan dah adik manis oiii...
Semua gambar dalam entry ni adalah throwback photos semata-mata. Aku kucar-banar ni. Baru je tahu yang Google dah discontinued supporting Picasa since March 2016. Patut larrrhhhh.... Huh. Gambar yang sedia ada tu tak hilang, cuma website tu dah tak di upgrade. Not sure kesan jangka masa panjang tu macam mana. Ingat tak website fotopages dulu-dulu? Now what happened? Haaaa.... Aku takut jadi gitu la, plus sekarang aku dah takde virtual storage untuk stok gambar-gambar aku yang ribu  riban ni.

Of course, Picasa users can still convert to Google Photos. Tapi..... I just prefer Picasa. Lebih simple untuk otak udang aku ni. Diorang kata doesn't make sense la for the developer (Google) to invest in two separate photo storage and sharing applications as it been doing with the newer Google Photos and the dated software Picasa. Huk aloh.
Nak kena start from zero pulak la camni... Hard to move on to the new ritual! Aku ni ambik masa sket nak get use dengan benda baru. Okay peeps, time to study Google Photos features.. Aku dah lama guna, tapi tak berapa favour. Rasa lagi senang buh kat Picasa sebab boleh link terus gambar time update entry. Patut la skang ni dah takde features Add Image From Picasa Album... Dulu ada. Rupanya Picasa dah tak join dengan Blogger dah skang... Huuuuuu...
Sempena kucar-kacir tak tahu nak parking kat mana stok gambar-gambar ni selagi tak study function kat Google Photos, aku belanja kat sini la... Terfikir pulak... Suatu hari nanti, kalu Blogger dah outdated, dan terima nasib yang sama macam fotopages suatu ketika dulu.... Habes la semua kisah aku beribu entries ni terpadam sekelip mata aje.... Habes la semua catatan aku dalam ni... Gambar-gambar.... Video.... Memang aku betul-betul relied on Blogger... 

Susah hati dah ni... Memang la, aku tahu ada macam-macam software/website free yang menawarkan free photo storage... Tapi macam aku kata la... I need time to get use to it. Once I'm comfortable, I'll stick till the end... Macam biasa la, atas dunia takde apa pun yang lasts. Sampai masa akan 'go' jugak.. 

Dah la Dropbox dalam henpon pun dah full... Oii serabut tak pasal-pasal.

2 comments:

imm said...

salam perkenalan..

risau jugak blogger bakal senasib dengan fotopages huhu. saya dah berpindah ke wordpress, terasa susah pulak wordpress ni sebab dah terbiasa dgn blogger.

Blog Diva said...

Hai imm! Oh ada ura2 blogger pun nak go jgk keeee....huhu...saya pernah guna wordpress jgk suatu ketika dulu and yes, mmg function features dlm tu x sesenang blogger....ke sbb mmg bias ke tak tahu la....

Hopefully blogger akan sentiasa ada la...