Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, October 4, 2016

#1354 Me Vs How Many Days Left

Berapa hari lagi nak pegi Europa ni... Tak bilang leklok lagi ni. Tahu la roughly dalam tak sampai 2 bulan lagi... Ubat pun tak kira lagi ada berapa biji ni... Elok datang angin kuskus nak mengira ubat vs countdown ni, baru tertengok one batch of my medications dah expired. Huh. Puan Menteri duk bising suruh makan hari tu lagi tapi aku dok dilly dally. Hambik. Dah expired.... Alaaaaa..... Tau kat dia mampus aku kena troll.
Pagi-pagi lagi dah struggle mikir tak tahu nak makan apa. Buat jugak la penkek.. Satu menara Pisa ni bukan untuk makan pagi je.. Ni kira stok kudap-kudap sepanjang hari la ni... Lapar, ngap je... Boleh la buat alas perut. Perut aku ni kan takleh kosong. Sebab tu pentingnya tempat mana yang aku duduk tu mesti nak kena ada ready to eat food. Lagi afdal kalu berkhasiat. Yes, aku menitikberatkan nutritious food. Berlemak, bergris pun kira berkhasiat jugak. Janji, takde pewarna, MSG etc. Wah gitu.
Sedih tengok gerobok aku ni.. Ruang ni la yang selalu aku selongkar kalu lapar selain peti sejuk. Kehkeh... Dalam gerobok ni kalu buleh zoom dekat-dekat, benda paling banyak dalam ni tak lain tak bukan, megi. Aku pun tak paham. Yang sorang, pantang dengar offer megi mesti nak beli buat stok. Yang sorang lagi, round satu dunia kalut nak beli mi segera macam-macam negara as a souvenir, which I am thankful. For your record, one of those two is certainly not me.
Abaikan gerobok aku yang messy ni... Kalu aku kemas pun, time aku nak cepat tu camni jugak jadinya. Hohoho... Dasar pemalas. <Insert gambar  monyet tutup mata>

No comments: