Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, October 5, 2016

#1355 Me Vs Baaaa~~~~

Bekkkk tu bunyi tu kambing Malaysia kan. Kalu Australian lamb kena bunyi baaaa la.. Hihi... Last weekend pegi Tesco tengok ada sale lamb ni...less RM10 sekilo. Harus aku tamak ambik sampai 2 trays. I love lamb shoulder! Nak masak apa tatau lagi. Apa-apa hal beli dulu. Laters fikir. 
Nak dibikin nasi beriyani, malas lah.. Minggu lepas baru lepas pekena lamb madghout  sekilo.. Jadinya sebarang nasi bukhari, nasi arab, nasi beriyani memang takleh nak telan dah minggu ni. 
Makanya, minggu ni kita grill/bbq/steak aje lah... Aku pun tatau resipi apa aku pakai ni. Cara masak pun aku tatau ni panggil grill ke sear ke bbq ke apa.. Sebab masak atas pemanggang ajaib aje. Lepas bertahun-tahun pakai magic grill tu baru sebulan dua ni je tahu magic grill aku ni sebenarnya buleh dileraikan. Kahkah... Bertahun aku mengomel payah nak cuci magic grill ni. Buang karan je. Selama ni memang tahu magic grill orang lain boleh bukak. Ingatkan brand yang aku pakai ni takleh bukak.. Rupanya boleh! Ahahahaha jakunness overload.

Nah siap la lamb aku ni. Perap guna bbq spices, cajun spices, garlic salt, lemon pepper, oyster sauce, kicap, ginger and entah apa-apa lagi humban dalam tu. Memang sedap la dik non! Perap sedap-sedap pun tak guna kalu daging tu itself liat macam selipar.. Alhamdulillah, lamb shoulder kali ni memang tender sangat. Cair di mulut gitu.. Kahkahkah promo gila kentang.
Makan dulu, 'rasa' kemudian.. huahuahua ubat sakit urat
Homai.... Cempedak ni lagi satu. Walaupun Malaysia ni begitu begini bagai yang dikata, tapi aku tetap treasure keberuntungan aku kat Malaysia ni sebab adanya cempedak. Hoi kat London Milan New York Paris mana nak cari cempedak oiiii... And I must admit, bau cempedak adalah bau yang paling aku suka hidu di dunia ni selain bau bunga-bungaan... Ahh cempedak... Tapi mat salehs borned kids ni sangat la banyak cekadak bila ada cempedak kat rumah... Zaraa kata, "Pening laaaa saya bau cempedak ni" Puuuiiiii... Mujur la set mu tak makan. Tak payah Mommy dengan daddy berebut.. Buah mahal-mahal mana diorang makan. Best kan.

Cempedak ni pun jumpa RM5 je sekilo kat pasar.. Murah la aku kira. Kat Tesco RM7 kot sekilo... Tapi cempedak Tesco takde bau. :(

Citer pasal bau ni kan... Aku nak share ilmu aku yang tak seberapa dengan korang. Aku, kalu beli apples, mesti ambik/cium/hidu bau apples tu sungguh-sungguh. Memang orang sebelah kat Tesco mesti pandang aku pelik. Mesti dia kata aku psiko kan angkat bungkusan apples tu pastu sniff-sniff-sniff macam anjing narkotik.. Kahkahkah... 

Heipp... Tapi it works for me... Sebab nya kan, aku selalu sebelum ni terbeli apple yang tak rangup, terlebih ranum dan kadang-kadang jusnya dah kering.  Kadang, nampak macam cantik dari luar kulit takde lebam smooth je... Beauty is deceiving, remember that. Dah la apple buah yang paling koman ni pun sebungkus dah tak jumpa bawah RM10... Omaiiii... Makin lama makin tak mampu nak makan buah kat Malaysia ni. Belum citer buah strawberry, kiwi, blueberries yang memang sah-sah lagi mahal harganya. 

Dengan cara sniffing tadi, aku dapat agak tahap kemanisan buah tu. Yes, kalu kau perasan la kan... Apple ni kalu buah dia manis, bau dia lain. Kalu buah tu dah overripe, baunya akan jadi lain. Biasanya kalu buah tu overripe, kalu dihidu, baunya kemasaman sikit. Masam macam buah buruk bawah pokok. Takkan kau tak ingat apple yang terlebih masak tu bau macam mana. Kalu apple yang elok tu, bau dia manis. Fresh gitu baunya. Pada hidung aku lah. Tak tahulah cara ni boleh digunapakai oleh hidung orang lain ke tak. Aku kan surirumah, banyak masa terluang sampai sempat nak terfikir buat analisis bau-bauan.
Kalu guna cara hidu aje, kekadang a bit confusing jugak... Jadi, aku gabungkan satu lagi cara... Caranya dengan mengagak berat sebijik apple tu. Ini kalu pilih sebijik-sebijik boleh la. Kalu dah siap bungkus, payah la nak agak berat satu-satu buah tu. Sekarang aku dah elak beli sebungkus dah. Sebabnya susah nak bajet outcome buah dalam tu. Kadang banyak yang tak elok dari yang elok..

Okay, cane nak agak berat dia? Aku ambik sebijik apple tu, try lambung manja-manja. Jangan sampai jatuh pulak. Biar jatuh dalam tapak tangan la gitu. Pastu cuba kau tengok saiz apple tu. Ingat balik berat yang kau agak tadi... Then, sync kan berat dengan saiz buah tu. Logik tak apple sebesar itu dengan beratnya tu... Cara ni untuk dapatkan buah yang juicy. Kadang tengok buah besar. Tapi bila try lambung, rasa macam ada 'lompong' dalam buah tu. Means, buah tu dah hilang banyak kelembapan. Kalu apple, pernah tak rasa buah yang 'kering' je belah dalam... Mesti tak best kan. Try lambung 2,3 bijik... Kau akan dapat bezakan berat dengan saiz buah tu... Buah lain aku tatau... Aku selalu try kat apple aje. Apple Fuji yang harga RM1 lebih sebijik tu.. Jangan terpedaya dengan saiz. Sebab saiz yang besar belum tentu buah tu juicy dan manis fresh. 
Hujung minggu ni try la praktikkan. Kalu jadi tu share-share la ilmu aku ni. 

No comments: