Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, October 10, 2016

#1356 Me Vs Takde Tajuk

Aku ni ada love and hate relationship dengan sambal belacan. I love the smell of sambal belacan dalam mangkuk sambal. But I totally hate the smell and smear masa tumbuk sambal tu. Kalu merecik kat lantai takpe lagi buleh mop... Kalu merecik kat kabinet, lap pun susah nau nak hilang bau.. MIL aku kata bau macam taik gigi hahahahahaha... Oh I miss my gossip partner very much!
Satu lagi part tak suka menyambal ni sebab aku akan kepijaran sampai esok harinya pun pernah. Bukan banyak sangat pun pakai cili. Spesis kulit nipis kot Blog Diva ni. Macam-macam cara dah aku cuba guna... Hari ni dapat idea baru guna plastik macam dalam gambar ni... Dengan penuh rasa sukacita aku nak share dengan sape-sape yang baca post aku ni. Semoga ramai yang dapat manfaat.
Senang kan. Setel masalah tangan pijar, sambal merecik. Lepas menumbuk, buleh buang terus plastik tu takyah nak cuci-cuci dah.. Sebelum ni aku guna kain... Tapi pikir-pikir balik kain nak kena basuh pulak.. Pakai plastik terus lagi senang. Nah, lepas ni umi-umi tak perlu mengeluh banyak keja nak kena lap sambal merecik lagi dah. Cuci lesung je...
Minggu ni repeat buat biskut coklat cip lagi. Series tak tahu nak mengudap apa. Kalu encik Jack, dia suka mengudap cikedis.. Blog Diva ni kan nak makan makanan berkhasiat... Kena la usahakan sesuatu... Makan cikedis mana la kenyang.. Alhamdulillah usia makin senja ni aku dah tak bernapsu dah dengan makanan rapu ni... Sesekali teringin tu ada la. Takde la sampai pantang tengok macam orang tu tuuuuuu. 
Macam biasa, kalu benda-benda berzat ni, memang tak dapat sambutan. Blog Diva bake apa-apa pun stok syok sendiri aje. Cuba lah kalu cikedis, air gas... Bunyi plastik je pun dah panjang leher-leher mencari. Tak payah nak panggil-panggil suruh-suruh.. Haih, ajaran siapakah itu. 
Kakak kawasan kita ni macam biasa la... Tak meriah dapur aku kalu dia tak gila kuasa. 
Kali ni aku buat guna base biskut coklat cip Azie Kitchen tu. Tapi tak buh coklat cip sebab memang aku tak suka coklat cip/coklat rice... Baru ni buat biskut coklat cip tu Adam tak makan pun. Macam tu la drama anak aku. Bila buat untuk dia, dia tak makan. Kalu buat untuk kita, dia sibuk tanya yang dia punya takde ke. 

Jangan kata Mommy tak payung.

No comments: