Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, October 12, 2016

#1357 Me Vs Fun Time Food

Macam biasa... Kalu takde modal nak menceceh, kita tepek gambar makanan banyak-banyak... Laku keras! Hahahaha.... Wonder why manusia skang ni sangat mudah teruja bila citer pasal makan. Kau hidup untuk makan ke, makan untuk hidup?
Ikan merah beli weekend lepas lagi. Dah banyak hari geram nak supkan dia. Tapi gewe kata tak nak makan lagi. Hari ni bila dah tak tahu nak makan apa baru gewe bagi green light masak sup ikan merah. Bertindak mengikut arahan!

Masa pegi pasar tu ye-ye je la aku beli sup bunjut ikan Adabi tu... Padahal kat umah dalam gerobok dah ada sebunjut beli entah bila.. Haha... Masa nak masak tu bukak-bukak plastik, hidu bau bunjut, ermm macam tak berkenan je bau camtu.. Otak aku kata tu bukan bau sup.. Kahkahkah... Selalu buat sup tak masuk pun jintan-jintan ni... Tu yang bau macam pelik tu...

Ambik henpon terus google resepi sup ikan merah. Hadoiii... Benda simple camni pun nak kena google ke Blog Diva oii... Saje nak kepoh nosy nak ambik tau orang lain buat guna sup bunjut jugak or pakai rempah campak-campak je....

Most blogs yang tunjuk resipi sup ikan merah tak pakai pun sup bunjut... Haaaa kan kuat gerak hati aku tadi... Semua pakai tumis bawang-bawang dengan rempah kasar je... Macam kat bawah ni... Untuk rujukan aku sendiri di masa akan datang.

Sup Ikan Merah
Ikan merah
4 ulas bawang merah-mayang
2 ulas bawang putih-mayang
1 inci halia-ketuk
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji tomata -belah 4
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
daun sup/daun bawang
bawang goreng

Few weeks ago gewe mintak nak makan laksam lagi. Klasik sungguh citarasa gewe yang satu ni. (yang dua lagi tu selera moden kontemporari) Resepi guna yang 4 cawan air tu la. Tengok orang lain buat memang cantik je hasil kejadiannya... Licin pejal je... Apasal aku buat selalu jadi macam ni ek? Minyak dah sapu kat tudung periuk... Ke sebab cungkil awal sangat? Batch yang last-last baru nampak macam ok sikit... Tu pun sebab tudung periuk last, aku biar sejuk berjam-jam baru cungkil... Licin lah sikit permukaannya. Kuah takde masalah, dah ada improvement. Tang laksam gulung ni je tak berapa pass lagi. Baso benok. 
Throwback
Hari yang indah adalah hari yang ada ulaman rare, dapat makan cicah dengan budu. Aku tengok kalu kat kedai, orang luar makan ulam cicah dengan sambal belacan. Memang tekak tak berapa pass makan macam tu. Kalu dah brand Kelantan ni, apa-apa ulam nak kena cicah dengan budu jugak baru jelira. Payah sungguh nak cari petai jeruk yang maveles... Kekadang tu tertipu dengan bau.. Bau tu sometimes dah pass. Tapi rasa, belum. Sebelum kawin dengan gewe ni bagi aku petai tu petai lah. Bila dah kawin dengan dia, beli petai asyik kena kondem je... Last-last aku suruh dia beli sendiri. Baru tahu petai osem tu cemana. Memang susah nak jumpa. Kebanyakan petai yang dijual tu rasa 'pedas je' tapi tak mantap. Jenis ni bau je lebih, tapi rasa, tak meet the standard. Takde kick. Buang karan je jamban bau keji camtu...
Dah 2 minggu dah beli guava... Selalunya tiap minggu aku rotate-rotate pilihan buah-buahan tak nak bagi bosan. Haih, makan colek buah ni is really addictive. Pada yang suka kuah rojak Mak Bee, ni cara aku buat. Hasilnya sama sebijik macam Mak Bee punya...

Kuah Rojak Ala Mak Bee
Gula pasir/gula kastor/aising
Kicap kipas udang (cap lain takde kick)
Belacan
Garam
Cili api-tumbuk/potong
Kacang tanah goreng tumbuk kasar

Kacau atas darat je semua tu. Siap. Kalu nak buat stok kuantiti banyak, kena kacau sekali-sekala sebab gula akan termendak kat bawah. Kang duk cicah-cicah-cicah kicapnya habis, tinggal gula tertogel-togel kat dasar... 

Esok nak masak apa pulekkkk..

No comments: