Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, October 14, 2016

#1358 Me Vs Us, A Cat Stalker

Our beloved daughter made us turned into a cat stalker. Yes. A cat-stalker! Hebat tak budak gedaf-gedaf ni brainwash mamidedi dia... Bermula dengan harassment demi harassment, sampai tak kuasa nak dengar akhirnya menjadi cat-obsession. Peh. Tahap serabut kuasa kuda tak boleh belah langsung.
Banyak kali sangat dah dia duk merayu kitorang cari slash belikan dia kucing. Dia sanggup la curahkan komitmen kat kucing tu. Nak mandikan kucing sendiri la... Nak sikat bulu kucing la... Ewah.. Bulu atas kepala mu tu pun Mommy yang sikat Mek Zaraa oi! Ada hati nak sikat bulu kucing.
Kekadang ni aku perasan jugak most of our discussions were mainly about cat.  Aku cerita pasal kucing yang aku nampak masa nak pegi sekolah Zaraa.. Encik Jack citer pasal kucing dia tengok kat pasar... Kahkahkah... Without us realized, we had fallen into Zaraa's trap. Memang dah obses dengan kucing pun... Pegi mana-mana kalu ternampak kucing cantik-cantik sket mesti aku-pandang-kau-kau-pandang-aku dengan Encik Jack. Kohkohkoh... Baru ni time pegi pasar kitorang siap 'mark' kucing mana yang kitorang berkenan aka kucing yang nampak proper dan bersih la.. Risau jugak nak main kidnap macam tu je kot-kot dia ada adik-beradik... Karang terpisah tu depress pulak dia.. Binatang pun ada perasaan tau. Kalu sebatang kara tu ok la...
Tadi baca ig Hanis Zalikha, dia sedih sebab kucing mak dia entah berapa ekor kena curi, dia merayu la sape yang ambik tu tolong pulangkan. And ada orang yang komen, katanya sekarang ni musim kucing hilang, kucing dia pun hilang. Kucing jiran dia sampai 10 ekor hilang... Can believe that... (Ramainya orang macam aku! Ahahahaaaa...) Takkan la trend orang obses dengan kucing kot sekarang ni... Nak buat apa curi kucing orang sampai 10 ekor tu? Kucing dah masuk list exotic food slash aphrosidiac ke? ....Aku tak la sampai tahap curi kucing orang... Kalu nak cat-nap pun, I'll make sure to grab them at the market, not at people's home.

I promise. 

You can count on me 

*wink


No comments: