Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, October 18, 2016

#1359 Me Vs Skinny Down

Makin hari makin dekat nak pegi ni, tubuh makin slim... Cincin kat jari boleh spin-spin... Pakai jeans pun londeh.... Sangat down turning ok. Aku sendiri jadi makin risau kenapa aku makin kurang berat badan ni. Orang lain sibuk nak kurus... Tapi I'm sure takde orang nak sekurus aku... Ini kurus tahap buruk rupa, sape nak.. Hoi, buruk sungguh tubuh aku sekarang ni. Nasib baik Encik Jack tak lari. Or, memang takde tanah dah nak lari.

Perasan dah lama, tapi turning pointnya bila aku tengok gambar muka aku dalam gambar selpi dengan Zaraa kat Majlis Penyampai Anugerah Pelajar Cemerlang kat sekolah Adam hari tu. Dalam hati aku berkata, U-G-L-Y-nya!!!!!!!! Selalu aku tengok Adam kurus. Tapi now, macam mana yang aku nampak kat Adam, macam tu la rupa aku yang sebenar. Horror ok. Terus benci nak tengok muka sendiri. 

My makan routine memang ada terjejas sikit. I don't know. Memang tak lalu. Aku lapar. Tapi tak tahu nak makan apa. This is torturing me. Takde benda yang aku rasa nak makan. Tapi cukup time aku nak kena isi perut. Haaaaa... Konflik tak.. 

Nasi makan. Tapi portion tak besar la. Dah nak masak pun tak tahu nak masak apa, how can I eat more. This is not good. Kalu ikut plan, aku kena naikkan berat sebelum pegi ni... Kena fit sikit fizikal aku. Because I'll be needing the fat to combat the harsh cold during my fall-winter holiday. This is not good. Not good at all. I don't want this to happen but this is what happened. 

Pegi shopping groceries, pusing alley by alley... Pun tak tahu nak stock up apa. Rasa macam bosannya hidup aku ni. Eat the same food. Going out to the same place. Doing the same thing. Blerghh.. 

Biasanya time tak lalu makan tu aku baking-baking la saje nak boost semangat makan. Tapi kali ni tak jalan. Nak baking pun takde mood. Biskut dah buat. Kek dah buat. Krimpaf dah buat. Churros dah buat. Donat dah buat. Arggghhhhh...

Bila ingat balik my Korea trip tuh, tak lawanya bila tengok gambar aku semua kerempeng je... Kalu kata I hate my body kang kata aku tak syukur pulekkk. 

Kesimpulannya, downlah.

No comments: