Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, October 21, 2016

#1360 Me Vs Self Reflecting

SPOILER ALERT::::::THIS GONNA BE A LONG ENTRY.

Belanja gambar jate seksi sepukol! 

Bak kata 'ahli Parlimen Melor', kalu ada gambar tino comey kat mug, baru selera nak telan air... Kahkahkah mu ado?!
Okay. Aku baru lepas buat hal lagi minggu ni. Dah lama sangat tak buat hal kan. Let us blame the weather. Hujan-hujan ni takleh nak berhobi gardening. Nak membaja pun takde mood. Silap pulak pegi buat baja roti hujan-hujan ni. Baja dah ready, nak kena put on hold sampai cuaca kembali panas baru sedap-sedap merenjis. 
Series marathon days
Sesuai dengan cuaca yang mendung dan hujan tak berenti kekadang tu, memang kena benar la kalu nak buat hal. I've been occupied with some series.. Boring movie marathon, kita series marathon pulak. Drama Korea memang lama dah tak tengok. Last Descendants Of The Sun tu la. Pastu takde drama menarik dah nak tengok, which I kinda feeling grateful for that. Susah jugak kalu great drama keep coming up. Too much temptingssss to get rid of.
Sunday morning. I came down to see this.
After finishing 2 seasons of a quite good series, I did some self reflecting. It's a good tv series,  (siri tv ni tak tayang kat Malaysia ku tercinta) sampai berjaya mengetuk pintu hati aku. Nothing big, cuma buat aku terfikir balik what was I be like, 10 years ago? 20 years ago? And if it happens that we can turn back time, what would I do to change my destiny.
Here's some amendments that I could think of... I'd write them down. Owh, gambar atas ni tuan punya kaki sendiri yang tulis bukan aku ye.

If I can turn back time 1980s...
Aku tak nak mengelat baca quran. Masa kecik-kecik dulu our parents ada hire ustaz datang rumah ajar quran tapi kitorang menyorok time ustaz datang. Lastly, tak jadi hire ustaz tu. Tu lah, jiwa rock and roll sangat. Sampai ke tua tak pandai baca quran. Boleh la baca, tapi takde la lancar. Tiap kali kelas pendidikan Islam kat sekolah tak kira la sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, memang kecut perut kalu ustaz/ustazah suruh baca... Kantoi hoi tak pandai mengaji. Rugi tu, tua-tua ni la baru rasa.

Lagi satu, kalu masa boleh diputar kembali aku tak nak duk umah pakai spender aje... Sampai ke tua kena bahan kat mak aku. Not fun ok. Jaman 80an tu ekon-ekon ni tak keren lagi. Panas-panas bukak baju terus je. Sampai mak aku kata spender tu uniform rumah aku. Kahkah. Okaylah tu kan... Kalu duk umah panas-panas tu takkan nak pakai baju Bolos pulak. (anybody ingat lagi rancangan Bolos????)

If I can turn back time early 1990s
Aku nak jadi anak yang baik, pelajar yang baik, anak sedara cum pelajar yang baik. Well, takde la bad ass sangat. Cuma aku malas belajar sket je. Malas-malas pun PMR bersepah jugak A aku. I'm not  that bad, cuma aku takleh nak commit kerajinan dalam Math. Arwah makcik aku cikgu Math kat sekolah aku, ngajar aku masa form 3. Sebenarnya dari darjah 6 lagi dia duk coaching Math aku. Free tutorial, ajaran terbaek tapi aku tetap tak bersyukur. Selalu nak mengelat. Dalam kelas kalu time arwah ngajar, dia lalu tepi aku selalu tanya aku, paham tak. Laju je la aku jawab paham. Saje coverline takut kawan kata nak manja-manja dengan mak sedara kat sekolah. I missed arwah... The most dedicated Math teacher on this universe. Sampai tahap kalu demam anak murid datang rumah nak tanya pasal Math, dan-dan jadi sihat. Masya Allah... May Allah grant her the greatest jannah.

If I can turn back time late 1990s
Walau aku tak suka duduk kat maktab, what choice did I have. Kat alma matter pun dah takde geng. Semua cream of the cream dah bawa haluan masing-masing ke boarding school lain. So, aku cuba bertahan di tempat yang aku tak fun demi muka-muka yang aku kenal. Ramai Zainab scorers yang dapat pegi Maktab. My arwah bff pun dapat situ jugak. Nawaitu dah jadi pegi kerana ikutan kawan-kawan. If can make things right, I want to make peace with the DS's food. Aku takleh nak kata kalu masa boleh diundur, aku nak belajar rajin-rajin... Sebabnya sampai sekarang pun aku tak tahu intipati fizik kimia bio Add Math... Semua takleh nak digest... Kihkihkih... Okaylah... I wish, I can study more obediently. Less play, work harder. 

Aku kenal Encik Jack masa kat Maktab. So, kalu masa diputar kembali, aku takleh kata aku tak nak bercinta zaman belajar. Sebab sampai bila-bila pun insya Allah aku tetap pilih dia. Dia aku tak tahu lah pulak kalu-kalu nak tukar aku dengan si cantik manis lain...

If I can turn back time early 2000s
More study, less drama.. Kahkahkah... Kidding. Bila banyak tengok US tv series, tengok drama Korea, banyak dipaparkan kehidupan pelajar kolej/universiti yang buat keje part time sambil belajar. In fact, ramai jugak kawan-kawan aku yang buat. Keje kat kedai makan, cyber cafe, stores, etc... Memang aku respek sama pelajar-pelajar yang mampu buat 2 keje dalam satu masa; belajar & keje.

Seumur hidup aku tak pernah kerja dan tak pernah rasa susah banting tulang untuk dapat duit. Pun begitu tidaklah bermakna aku lahir dalam dulang emas. Bila tak pernah tahu macam mana rasanya kerja dan dapat duit dari titik peluh sendiri ni kan, memang tak boleh nak komen apa-apa la. This always happen in my family. Kalu aku tak puas hati atas satu-satu isu pun, memang hukuman mandatorinya, adalah aku takleh komen apa-apa sebab aku takde experience pasal keje. Memang rasa rendah diri, jujur aku cakap. In fact, ramai yang aku kenal memang pandang rendah pada jobless person macam aku. It's okay, aku dah takde feel dah nak melatah sentap pun. Sampai satu tahap aku dah percaya itulah standard yang selayaknya untuk aku. Redha sudah la. Sape suruh malas belajar dulu.

Jika dikenang kembali... Zaman kolej aku lebih putih dari zaman uni. Kat kolej matrikulasi, aku lone ranger. Ada la kawan tapi takde yang betul-betul rapat. My new policy masa tu lah- tak nak rapat dengan sape-sape sebab matrik ni setahun setengah aje. Lepas tu akan berpisah entah ke mana-mana masing-masing. So, I kept my distance from others. Zaman kolej ni takde apa sangat yang aku kesalkan.. Sebab aku memang go by the book... Ikut peraturan gitu. Lagipun kat ceruk Bangi tu ada apa. Warta? Huuuuu...

Masuk uni, dapat pulak course yang aku tak mintak. In fact, suicidal course. Nak tukar course, tak boleh sebab kitorang ni batch lelong... Hadap je lah... Memang tak minat langsung lah... First sem aje dapat 3 pointer sebab semua subjek bahasa dengan TITAS. Score la. Second sem sampai habis tu malu la nak citer. Transcript aku paling panjang antara semua coursemate aku... Sebab aku extend sampai maximum semester-10! Kahkahkah... My uni time memang takde yang membanggakan. As a matter of fact, aku memang takde benda boleh cakap pasal uni life. Aku belajar sebab orang lain belajar.

Oh baru ingat, kalu boleh undur masa, aku tak nak terima tawaran 3rd intake USM tahun 2000. If I knew things happened to be this way, aku rela tunggu the next offer. Tak masuk sekali kawan-kawan batch aku pun takpe la. Tapi masa tu down giler dowh... Dah la matrik dapat bukan dalam list aku. Lepas matrik pun kena lelong lagi... Lelong sampai UMS siot... Kalu Malaysia ni sampai ke Timor Timor, agaknya sampai ke Sulu pun diorang lelong aku. Spelek sana sini dapatlah tukar ke USM. Unfortunately, there's a price I need to pay. I had to skip my MUET test.. Sebelum tu dah buat speaking test. Reading, Writing, test aku tak pergi sebab tarikh yang sama kena daftar diri kat USM. So aku dapat band apa? Jawapan: TIADA NILAI. Apa pun alasan, surat tunjuk sebab berkajang pun, memang tetap takleh nak ganti test tu. Kecuali repeat the whole test lah. Which is, memang tak la.

Aku duk pikir-pikir, dulu kalu lepas matrik tu aku turn down the offer and re-apply, apa agaknya jadi kat aku sekarang. Aku bukan nak apply course luar biasa luar kemampuan aku pun... Mintak cikgu pun kena reject apakah? Aku mintak course bahasa-bahasa pun reject jugak... Bagi jugak course core science yang memang aku tak master tu kat aku. Jilake betul.  Orang nak move on dari science subjek, yang tu jugak yang dia bagi. Dah cane aku nak excell? 

There's no use of crying over spilled milk. Aku redha dengan perancangan Allah untuk aku. Allah kata, Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau kaum tu sendiri tak berusaha untuk mengubahnya. In my case, aku lah yang tak berusaha. Aku lah yang mencorak jalan hidup aku. Now, here I am. Not as  great as other friends.. But I'll be okay in sya Allah.

Dulu masa aku kat uni, aku memang tak reti pun nak pegi mana-mana luar dari laluan bas. Aku tengok member-member aku, hujung minggu join trip round island lah... hiking bukit Jambul lah.. Jogging kat padang Minden lah... You know, have a fun life dengan kawan-kawan... Bukannya life aku sekarang tak fun... Fun cara orang dah beranak pinak ni lain. Fun cara orang bujang lain. Orang bujang ni less restriction. Nak pegi mana, berapa lama, sampai kul berapa, ikut suka. Tak perlu ambik kira faktor kesesuaian umur budak... Ngerti? Being a mom, a wife and housewife, setiap peranan tu ada bawa erti kebahagiaan kat aku, cuma kekadang, jejarang tetap takleh elak dari rasa rindu dengan kawan-kawan lama, memori lama. It happens.

If I can turn back time 2006
2006 adalah tahun aku lepas grad, bertunang dan kawin. Too much things happened in a year? Aku tak citer pasal duit yang habis lagi tuuu... Hahahaha... Okey, things yang aku nak fix mostly pasal majlis kawin aku la. Dulu masa muda mudi, tengah hotblooded.. Asyik nak ikut trend je.. Bila fikir balik banyak pembaziran yang aku dah buat. Kad kawin contohnya, aku tempah yang agak pricey... Sebab apa, sebab masa tu ada hamba Allah tu kata nak sponsor. Siap suruh aku pilih font gold lagi. (Font gold kena extra charge)... Nasib baik aku belasah font dakwat hitam bodo je... Last-last minute, hamba Allah tu tak sponsor ke atau dia bayar tapi tak sepenuhnya... Aku tak ingat the real picture, sorry. Menyesal gak la tapi nak buat cemana dah tempah mana boleh tak bayar. Kalu aku tahu hamba Allah tu nak buat hal, baik aku tempah kad yang 40 sen sekeping tu. Oh btw, masa aku kawin ada lagi kad 40 sen sekeping-yang ada perfume buat pening kepala tu LOL. Itu pasal kad kawin... Meh citer pasal baju pulek...

Bagi individu yang bersusuk tubuh yang sebegini unik seperti aku, mana mungkin dapat sewa baju di butik pengantin. Aku ada survey sebelum tu, ada tokei butik yang awal-awal lagi bagitau aku, sori takde saiz aku. Memang kena rijek mentah-mentah siot. Hancur hati bakal pengantin. Ada yang dengan konfidennya kata, oh takde hal, baju boleh alter ikut saiz aku. Base on what I've seen, their definition of 'alter' tu main sepit-sepit guna cloth pegs aje ok! Bukannya tetas balik baju tu and jahit kecilkan.. Kau ingat tokei butik banyak masa nak buat keje remeh macam ni time peak season kawin-kawin ni?

Hancur hati punya pasal, terpaksa la shopping lace kat kedai mahal... Tak silap aku RM200 lebih semeter... Lagi hancur hati remuk redam bila tailor kat butik pengantin jahit baju kawin aku tak macam yang aku nak. Masa measure fitting tu, bulan bintang dia janjikan aku. Dah la hari akad nikah baru siap baju. Beading separuh jalan tak sempat siap. Sakitnya hati!!!!! So, kalu masa boleh diundur, aku sewa aje lah baju kawin walau dia kepit kat belakang pakai sepit ketam pun. Takde la frust macam dirobek-robek ni. Or, I should rather say, kalu masa boleh diundur balik, aku nak kawin ikut cara Islam je. No this and that. Yang penting, akad nikah aje. Bab jemputan yang melimpah sekampung tu bukan salah aku. I personally did not want that. Tapi mak aku, paham-paham la.

And yes, kalu masa boleh undur balik, aku memang nak nikah koboi je. Yang penting sah. Bila baca kat fb ada pasangan muda yang kawin dengan bajet ciput tu, rasa jeles pulak. Nape aku tak buat camtu dulu? I think belah encik Jack pun takde kisahkan sangat pasal ni sebab masa aku kawin tu pun encik Jack tengah belajar lagi. Kitorang both side memang bukan pentingkan adat sangat. Cuma belah ayah aku la tak tahu cemana penerimaan diorang kalu aku kawin cincai ni.

Okay, rewind sikit lagi.. Tertinggal part bertunang.... Ermmm bertunang pun aku tak nak buat. All this thing buang duit je. Pulak tu bukan duit aku. Hahahahahaaa... Nampak tak betapa tak bermaruahnya tuan tanah ni. Nak bertunang tapi duit sendiri tak ada. Hoho... Tapi tetap nak bertunang. Bertunang tu mainstream time tu... Kesian mak aku, kena turutkan kehendak anak bongsu kedaung dia ni.. Bertunang la juga... Like I said, kalu masa boleh diputar kembali, I'll skip this part. And all parts yang menyusahkan mak aku. Insaf dah.

Okay. Habis pasal kawin.

Lagi satu yang aku nak sangat betulkan balik keadaan tahun 2006 ni... -nak ambik lesen keta. Kat Seri Iskandar tu, kawasan yang aku duk time tu tak banyak keta. Encik Jack ada offer nak ajar aku bawak keta area umah sewa time tu. Masa tu pakai Kancil lagi. Kira ngam lah buat belajar keta. Tapi aku tak nak. Masa tu takde anak lagi... Kira best moment lah kalu nak belajar. Tambah pulak tengah peringkat sayang-sayang level candy crush tu, kalu tercalar keta ada la lagi harapan nak balik umah dengan senyuman lagi. Now jangan harap lah weyy. Kereta=bini muda. Hadam. Kalu masa tu aku dah berjaya dapat lesen, agaknya sekarang ni after 10 tahun boleh dah kot bawak keta. Or at least ada la keberanian sikit-sikit tu... Huhu... Dah la tak keje, takde lesen keta, takleh drive... Mana la orang tak perlekeh.


To Be Continued. 

No comments: