Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, October 22, 2016

#1361 Me Vs Mock Packing

Tak lama dah weyy aku nak fly... Ahlil rombongan pun kian rancak berdiskusi.. Sejak asyik tak lalu ni, kerap la makan kat luar.. Sesambil keluar tu liar la mata mencari barang-barang nak bawak untuk trip ni... Banyak weekends dah aku duk cari wuduk spray ni. Kat Watson's dengan DIY ada yang untuk facial aje. Botol pun saiz kecik la. Last-last pegi kedai barang orang pegi haji/umrah tu ada la. Aku beli 2 terus. Wuduk spray ni untuk solat dalam flight (aku prefer ambik wuduk kat toilet je, sesambil buleh bangun jalan-jalan untuk aktifkan blood circulation), pastu standby kot-kot car trip kat sana nanti nak berenti solat tepi-tepi jalan yang takde penempatan.. Banyak betul botol nak kena bawak. Botol air minum, botol wuduk, botol istinjak. 
This morning I did a mock packing. Just to know the real picture of what I'm going to face. The major problem macam biasa la, space. Trip kali ni bawak troli bag size M aje, Encik Jack bawak 75L backpack. Tahun lepas pegi Korea 8 hari pun bawak troli beg M dengan L. 2 bijik. Kali ni nak pegi Europe 16 hari saiz beg makin kecik. Tempoh makin lama. Mana tak mencabar. Periuk nasi tetap bawak. Winter jacket 2 ketul tu saje dah penuh satu compartment baju. Nak kena cari vacuum compressor lah baru save space nampak gaya. 
Pegi trip musim sejuk ni bab baju memang tak perlu bawak banyak. Tapi masalahnya winter clothing ni bukannya nipis. Huh. Dan satu masalah utama Muslim travellers dari Malaysia ni, kalu pegi makan angin mana-mana mesti nak angkut stok makanan berkoyan-koyan. Cuba kau tengok tutorial cara nak packing barang untuk trip... Rata-rata cuma packing baju top to toe dengan toiletries aje. Mana ada buh megi-megi, brahims segala. 

I need to revise my list of things to bring there. Nak kena allocate yang mana nak buh dalam check in luggage, yang mana nak pikul naik atas cabin, yang mana nak ikat kat pinggang (bahahaa) yang mana nak bimbit dalam paperbag... I will be travelling cross-country. Kat Dubai cuaca macam Malaysia. Tang mana nak letak jaket bulu angsa aku, kasut takkan kat Dubai nak pakai my fake Ugg Boots yang penuh bulu-bulu kat kaki? Pening mak. Satu negara panas, patbelas lagi negara sejuk. Kasut pun nak kena bawak 2 jenis. Selipar lagi untuk wuduk. Semua benda kena ada dalam troli beg saiz M. Ikut pandai mu lah nak sumbat cemana pun asal muat. Hah, heat tech nak start pakai dari mana, dalam flight, airport Dubai or bila sampai kat aiport London? See, cross country adventure never gonna be easy on me.
Time orang sibuk-sibuk gather barang nak bawak, tak sah la budak gedaf-gedaf ni kalu tak menyibuk sama. Kasi can je lah... Kan nak kena tinggal... Kesian pulak bebudak ni.. Tapi physically memang tak mampu la nak bawak diorang pegi jauh sangat tu. Aku sendiri pun tak tahu lagi cane body aku boleh acclimatised ke tak dengan cuaca sana. Let's pray everything's gonna be smooth sailing for me and the rest..
Haih... Bila la nak siap list ni.. Aku asyik rasa malas tahap cipan nak buat apa-apa pun... Study trip apatah lagi. 

1 comment:

Anonymous said...

hahahah nice! weh winter jacket tu tak perlu buh dlm bag all..pegang la satu and heattech pakai kat epot london nanti.if sejuk dlm flight pakai winter jacket tu. bawa slipar yg sama tuk wuduk & jln kat dubai la.

me takde buat apa2 lg..nok g sore nih... domestic sana takde plan apa lg.. just beli return tic dr KL jah..nebes gak ni..

please please jaga perut tu..mkn ubat hari2 ye..n jgn lepas time mkn! eat on time and jaga perut. tu penting
-kakak-