Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, October 23, 2016

#1362 Me Vs Get One Free Who Knows How Many

Pegi pasar tadi, nak balik tu budak gedaf-gedaf ni nanges-nanges melalak nak kucing kat pasar... Selagi tak bawak balik kucing selagi tu la dia tak puas hati. Sikit-sikit guna senjata air mata. Pehh. Nak bawak kucing cemana kotak pun takde... So, pujuk dia pegi Tesco dulu beli cage... Nah, cage pun RM100 dah. Ini soheh hobi orang kaya nih. Kat pet shop tu memang sengaja tak bawak dia round kat bahagian binatang... Kang berkenan kat kucing parsi ratus-ratus, ribu-ribu sekor tak kuasa la weyy lari bajet nak makan angin ni.
Dah ada cage ni, baru pegi pasar semula. Orang dah tak ramai, takde la segan sangat aku nak menculik kucing hahahaha... Hoi... Penangan budak gedaf-gedaf la nih. Aku masuk je kawasan pasar tu, nampak sekor kucing ni.. Bunting. Aku panggil terus dia datang.. Dalam kepala aku kata hoi jinak ni, datang menyerah je ingat aku nak bagi dia makan. Aku tunjuk kat encik Jack yang tunggu dalam keta (modus operandi penculik memang sorang nak kena ada standby dalam keta wakakakakak), encik Jack kata pass! So, angkut la buh dalam cage bawak balik rumah...
Ketakutan kucing ni. Muka macam menyesal je buat-buat jinak kat aku tadi. Sepanjang nak sampai umah tu mengiau aje dia dalam keta... Sampai je umah, terus lepas dia kat dapur. Dari sebelum Zohor sampai tu, sampai ke malam dia duk bawah meja makan ni.. Tak tahu la dia takut ke sebab dah sarat sangat tak larat nak ke sana sini...
Hambik... Dah elok-elok anak 2 gi tambah sekor lagi... Ni kalu beranak entah berapa yang keluar ni... Nak tinggal pegi trip 2 minggu ni apa citer ni... Bising la Puan Menteri umah dia jadi catpound. Eh kata banyak cik siti kan.... Nah I bawak balik tentera comel bergigi besi nih... ngeeee~~~
Sampai je umah, Zaraa terus buat collar siap ada loket lagi kat kucing ni. Dia panggil kucing ni Hello Kitty.. Huh, tak kelas lah nama. Kucing ni memang duk diam je lah sepanjang petang. Tido makan tido mengiau tu je keje dia. Bila malam masa kitorang tengok GV3, tiba-tiba dia macam restless aje mengiau melolong-lolong nak keluar... Aku saspek dia nak berak. Tak pun nak beranak. Entah. Tak paham lah bahasa kucing ni. Semua orang dah letak kat bawah meja tu... Tak biasa kot. Tadi dah 2 kali bagi makan... Mana nak cari tuan bagi mu makan KFC kucing oiii... Series lah, KFC bebudak ni tak habis makan semalam encik Jack perisikan isi gaul dengan nasi.. Nasi dia tak makan. Agaknya kat pasar tu tak pernah dapat makan nasi kot.

Tak tahan tengok dia macam tak keruan je nak keluar, kitorang bagi dia keluar kat porch. Terus meluru nak keluar ikut celah pagar. Ye-ye la dia lompat nak keluar... Tapi sangkut tang perut dia... Kakakaka... 2,3 kali try memang tak lepas la awak tu bunting.. Last-last dia duk bawah keta je tengok hujan turun.

Sejak ada kucing ni, senyap la Zaraa bab begging-begging ni... Kalu tak, huh serabut je bukak-bukak mulut mesti pasal kucing.
Tuan kucing paksa orang dukung dia naik tangga...
Kita tunggu tengok la apa akan jadi seterusnya about this heavily pregnant cat.  Adakah akan terus stay atau akan terkeluar dari carta....

No comments: