Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, October 26, 2016

#1363 Me Vs The Good And The Bad

The Bad
Isnin minggu ni, masa nak pegi ambik Zaraa dari sekolah, sampai je kat satu lorong shortcut yang selalu aku lalu for the past 5 years dok kat sini tetiba tengok laluan tu dah ditutup. Jilake betul. Sape yang busuk hati pegi tutup jalan tu. Siap pasang tiang. Masa aku nak lalu tengahari tu simen dia pun tak kering lagi. Meaning baru lagi la tu. Pagi tu masa hantar Zaraa sekolah masih boleh lalu lagi. Damn lah.
10 bulan dah Zaraa sekolah duk lalu ambik antar kot situ. Now laluan tu dah ditutup oleh individu tak bertanggungjawab atas kepentingan peribadi kedaung tak tahu la.... Memang layak kena kecam lah. Bodo bertingkat tak hengat! Laluan untuk motorsikal/basikal tu la orang guna untuk pegi sekolah, pegi keje, pegi masjid untuk solat Jumaat, solat terawikh, pegi pasar, pegi kedai runcit, pegi Fareeda (this is true ok).... I guess ramai yang merungut takleh lalu... Utterly stupid ok! Dah la divider highway sebesar-besar alam kat situ dah halang keta lalu. Kasi can la motor/basikal nak lalu bypass kat situ... Allah bagi pinjam tanah sekengkeng kera tu pun dah nak sombong rasa tanah tu dia punya, tak nak kasi orang lalu. Pui! 

Disebabkan halangan kecil yang satu ni, laluan yang biasa aku guna 2km pegi dan 2km balik now dah jadi 4km pegi 4km balik.... Nak pegi ambik anak sekolah dah kena pusing 2,3 taman, exit jalan besar merintang arus berebut jalan dengan treler...  Jauh yang amat nak sampai ke sekolah dia.. Selalunya sebelum ni bateri basikal aku boleh guna untuk 3 hari. Bila dah jadi camni sehari pegi balik dah nak kena caj balik dah... Menate mano la gi tutup jalan tu... Agah gilo.

Aku mengharapkan ada keajaiban... Biar pakat ramai-ramai korek buang tiang tu.. Hopefully boleh lalu balik jalan tu... Itu je satu-satunya penghubung jalan taman aku nak ke kawasan kampung Melayu.. Sedih pulak rasa.

The Good.
Pagi kelmarin I was chit-chatting with my dear Chinese neighbour who lives a few lorong at the back. Minggu lepas aku kasi dia pokok cili dengan pasu-pasu sekali.. Banyak sangat pokok cili yang menjadi kali ni. Ada dekat 10 pokok yang tengah acah-acah nak berbunga. Ada yang dah berbuah hijau. Ada yang dah masak merah. Cili api lah ni kisahnya. Sebelum-belum ni susah sangat nak menjadi tangan aku ni kalu tanam cili. Macam-macam hal.. Tapi kali ni semua yang aku tanam naik elok pulak. Ada yang aku cabut buang sebab banyak teramat. Dah banyak sangat ni nak buat apa jugak kan. Sepohon pun tak habis makan dah. She was so happy dapat pokok cili ready made aku bagi.

Kelmarin dia lalu belakang dapur aku, cakap nak mintak tolong aku semaikan ros jepun kat dia. Nanti dia bawak planter berisi tanah siap-siap. Elok sangat la.. Rj aku tu dah merimbun tak larat nak buang. Molek benar la dia nak tu. Sembang-sembang, dia perasan aku tak sihat duk selsema batuk... Duk bagitau aku suruh minum air lemon honey tu... Aku angguk-angguk je la... Honey memang ada. Tapi lemon takde pulak. Calamansi aje ada. Dari minggu lepas lagi dia duk bising nasihat aku suruh minum lemon honey ni.. Tapi aku dengar sambil lalu je la...

Tengahari tu masa tengah sibuk masak, dengar bunyi keta honk... Tengok-tengok jiran aku tu la singgah hantar lemon 2 bijik kat aku. Terharunyaaaaaa. Ahaahahaha pengeras untuk aku tanam pokok kat dia ke apa ni akekekekeke... Happy sangat rasa bila in a good relationship macam ni. Minggu lepas bagi pokok cili, minggu ni orang bagi lemon pulak. Kita tak mintak balas apa pun. Alhamdulillah.... Semoga hubungan yang baik ini diperpanjangkan. Aku takde sedara mara dekat-dekat ni. Kalu ada orang yang baik-baik dekat dengan kita, rasa sedap la sikit.
So, I did as been prescribed by my dear neighbour... Hot water. Lemon slices. Honey. Stir. Sip. Enjoy.  Alhamdulillah... Tau tak, best rasa bila disayangi macam ni. Mengalir-ngalir kasih sayang orang kat aku. Kahkahkahkah...

The Satisfying
Pagi tadi masa hantar Zaraa sekolah, tengok laluan yang ditutup tu dah diterajang dek orang tiangnya... Harharhar... Aku soookkkkaaaaa!!!! Padan muka orang yang gatal pi buh tiang tu. Makan hati la mu tengok susah payah gi simen pun orang korek buang jugak. Hepi giler okay! Puas hati sangat-sangat... To whoever yang buang tiang tu, I owe you a big gratitude. Thank you a million!

Encik Jack slowkan motor nak try lalu... Kebetulan ada makcik tengah sembang dengan sorang akak atas motor kat situ, bila dia nampak kitorang slowkan motor nak lalu, dia cepat-cepat warning,  titi takde takleh lalu. Hahahaha... This is something. X cabut tiang sebab nak lalu. Y pulak cabut titi tak nak bagi lalu. Ini lose-lose situation kejadah! Adoiii laaaaaa....

Sempat jugak sembang dengan makcik tu... Sama-sama duk mengecam la tukang halang jalan tu. Makcik tu kata owner umah corner lot tu la yang gi buh tiang kat situ (Chinese)... Masalahnya tanah yang orang duk lalu lalang tu bukan tanah dia. Tuan tanah (Melayu)sendiri nak wakafkan jalan tu untuk bagi kemudahan kat orang lain lalu... Ni jenis tak nak bagi orang lalu depan umah untuk privacy la ni... Masalahnya pegi pasang tiang atas tanah orang, marah la tuan tanah. Tu yang pegi cabut balik tiang tu... Hahahaha... Agaknya tak puas hati orang cabut tiang dia, dia pegi humban ke mana titi orang... Memang takleh lalu jugak la jawabnya.... Titi tu pun Cina lain yang buat... Ahahaha... Kelakar pulak aku rasa. Cina sama Cina pun tak sebulu.

Kawasan aku ni memang yang aku nampak, Cina ada 2 puak... Sepuak yang tak kisah hidup bermasyarakat majmuk. Sepuak lagi, dengan puak dia sendiri pun dia tak nak campur. Jenis ni yang kalu mati agaknya mayat tu boleh bergolek sendiri masuk kubur ke cemana tak tahu la. Langsung tak perlu bantuan orang. Bangga sangat hidup dia sendiri-sendiri. Sick!

Kita tengok la cane drama lorong tikus ni akan berakhir... Serabut la kalu ada yang jenis busuk hati penting diri macam ni. Kalu rasa takleh hidup bercampur dengan warga kampung, pi beli umah kawasan elit-elit lah. Umah yang kau duduk tu pun teres setingkat je, bukan kaya sangat pun. Toksah duk buat perangai kat sini. Ramai lagi Cina yang baik-baik yang aku kenal kat sini. Tak kecoh pun orang nak lalu-lalang depan umah. Kiasu sungguh.

Hopefully dah ada yang buat titi baru hari ni.. Amiiiin...

No comments: