Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, October 26, 2016

#1364 Me Vs Mission Goodbye

Ini memang funny.

Kelmarin kitorang hantar balik kucing tu ke pasar. Memang operation top secret la. Tuan kucing tak tahu-tahu. Balik sekolah tanya jugak, tapi kitorang berlagak inesen masing-masing. Spelek la kata kucing tu tido umah sebelah la... Cari port nak beranak la... Keluar pegi berak la... Bohong sunat la..

Banyak sebab yang buat aku hantar balik kucing tu. SATU sebab nampak dia tak hepi. Orang ajak masuk rumah pun jual mahal. Most of the time duk protest sekor-sekor bawah keta. Helo, kucing kalu tak manja tak datang gesel-gesel kat tuan tu takde feel la nak bela.

DUA, bila dah bunting tu, perut besar gaban tak muat nak lalu celah pagar. Orang letak tempat litter, dia tak nak. semalaman duk sini tak kareb. Bila orang bukak pagar, dia keluar entah buat apa. Tunggu punya tunggu, dia tak balik. Takkan nak biar gate ternganga sepanjang masa sebab nak tunggu dia masuk. Kena pulak time hujan, terkandas dia kat mana-mana lambat la balik. By the time nak balik, kitorang dah tutup pagar dia takleh nak masuk pulak. Terpaksa tumpang tido kat umah tak bertuan tak berauto gate, baru muat lalu perut dia.

TIGA, kat sini dia tak bebas nak keluar cari makanan kudap-kudap. Makanan berat tu kitorang bagi la. Kalu kat pasar tu kan anytime boleh cari makan ikan or whatsoever ihsan orang bagi. Kat sini, nak keluar sebarang, takut kena serang kat stray dogs.

EMPAT, aku kan nak balik Kelantan 2 minggu.. Kalu tinggal, jatuh kes aniaya binatang pulak. Dah la time tu dia dah beranak. Mana dia nak cari makan nak menyusu anak-anak dia pulak. Kalu nak bawak balik Kelantan, mana muat semua mak kucing dengan anak-anaknya dalam satu cage tu. Banyak cage karang tak muat pulak buh dalam keta. Masalah logistik.

LIMA, ah malaslah komitmen. Karang dia kareb dalam pasu bunga hangin pulak aku. 

ENAM, kucing dari pasar ni nak kena mandikan dulu... Tapi aku takut dia cakar... Sampai ke sudah tak mandikan dia sampai kitorang hantar dia balik.

TUJUH, when I say komitmen, bukan dunia sahaja maksud aku. Teringat kat satu kisah di zaman nabi, ada seorang wanita warak tetap masuk neraka hanya disebabkan kucing yang dia bela. Dia tambat kucing tu menyebabkan kucing tu tak dapat cari makanan... Haaaaa.... Berat tau tanggungjawab. Jangan ingat nak suka-suka aje. Amanah jugak tu. Kalu elok, binatang tu doakan yang baik kat kita. Kalu jaga tak elok, menjawab lah nanti. Aku takut yang ni la.

Kalu ubah fikiran pun, tunggu lepas balik dari trip la. Aku memikirkan kemaslahatan kucing tu  la. Nak bawak balik, larat ke nak dengar dia mengiau dalam cage tu sepanjang Penang-KB? Karang terganggu pulak pemanduan driver F1 aku nih...

I love cat. But I'm not ready to be in a relationship with cat. Yet.

3 comments:

jie @ azie said...

Bagus sebenarnya teh ado binatang peliharaan untuk budak2 supaya ada perasaan belas kasihan tapi aku kaloh nga kucing. Tok leh nak tolerate dengan bulu, tah* nga kecim dio.

Betul doh tindakan mu tu, sebelum kito buleh dosa psl kucing ni baik jangan pero dulu lagi.

Blog Diva said...

aku memey minat ko kucing sejak kecik lagi jie...memey hidup dgn kucing la. Tido pun dgn kucing mulo. tapi duk kg lain la...kucing tu buleh bergerak bebas gi mana-mana pun... kat sini ni kawasan sunyi...anjing byk.. nyaknyo ko kucing la...apa2 pun tggu aku blk trip la...

jie @ azie said...

ooo.. mu suko kucing, aku ingat tak berapo suko. kena cari tu teh, beli la kucing parsi.. cage ado doh tu ;)