Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, October 27, 2016

#1365 Me Vs Brahim

Oh dah dekat sangat dah tarikh nak fly ni... Ahlil rombongan cik Kiah pun makin rancak merancang jadual percutian. Sehari dua lepas kitorang duk merangka jadual menu sepanjang kat sana. Bukan nak ikut sebijik jadual tu, just nak dapatkan idea untuk beli sebanyak mana stok Brahim yang diperlukan sepanjang 2 minggu kat sana nanti. Ambik iktibar dari percutian ke Korea tahun lepas, bekalan beras tak cukup... Haru! Nasib baik ada kedai Halal Indian Food, dapat la tapau nasi ready to eat.
Tulisan tak cukup buruk takleh jadi doktor.
Kali ni kena kira betul-betul lauk pauk biar ngam-ngam tak lebih tak kurang. Lebih takpe sebenarnya. Kurang ni yang pening nanti garu kepala tercari-cari kedai halal. Walau dah install Zabihah apps, tercari-cari sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa adalah sangat-sangat nak dielakkan kalu boleh. Totally don't want that to be happen. So, aku dengan Encik Jack pun buatlah jadual pemakanan tu. Hmmm betul pegi pun dah rasa boring dengan apa yang bakal kitorang makan nanti. Ada la sardin, tuna, serunding, sambal bilis tu... Yang ditulis tu cuma produk Brahim sebab kitorang nak total semua sekali berapa item nak kena beli.. Nak beli sekaligus senang. So lain-lain makanan sendiri-sendiri bawak la ikut selera masing-masing
Penting sangat untuk tahu berapa nak bajet bawak ni... Yang jenis kuah macam kat atas ni, satu kotak boleh share 2-3 orang... Yang jenis range nasi-nasi macam kat bawah ni, sekotak sorang takleh share. So, kena bijak la kira estimation untuk 9 orang punya consumption sepanjang 15 hari berkelana..  Bila dah ada anggaran dan list down apa nak beli ni, boleh la serah kat tukang beli.. Nanti masing-masing bank in la sorang kena bayar berapa. Pheeewwww... Nak pegi Europe ni bukan calang-calang perancangan lah.
Talk about Europe.. Makin di-study, makin tahu pasal Europe yang tak tourist friendly compared to Korea. Sangat! Pegi Korea dulu tak rasa susah kat sana. Nak tinggal luggage? Boleh je tinggal kat mana-mana loker kat stesen subway, airport etc.. Takde masalah. Kat Europe? Nada! Mungkin sebab crime rate yang tinggi, diorang takleh buat camtu. Public toilet kat Korea? Banyak. Free pulak tu. Europe? Emmm... Malas lah nak citer... Itu 2 benda yang boleh aku bagi contoh. No wonder la orang lebih tertarik nak pegi Korea. Terasa tau macam kedatangan kita ke sana dialu-alukan kerajaan dia. European ni bangsa yang tak suka orang luar.. Takdok aroh la view lawa tempat dia..
Owh, tadi my darling jiran Chinese yang datang hantar lemon tu datang hulur sayur pulak. Sebelum datang tu duk message tanya lemon aku tu ada lagi ke, else dia nak topap lagi... Haih baik sangat ni segan pulak aku so I turned down her offer. Hari ni dapat seplastik bok choy dengan seplastik bayam hijau... Muda-muda lagi, which I like most. Alhamdulillah, murah sungguh rezeki. Semoga dia dapat rezeki yang berganda-ganda lagi.. Tak salah kan doakan untuk non Muslim.
Nah, mie ayam lah kita. Nak masak nasi rasa tak lalu pulak. Dah la batuk selsema teruk 2,3 hari ni.. Memang sengaja buh sayur banyak-banyak.. Kalu tak, entah bila pulak nak habis sayur banyak ni. Whenever I eat mie ayam, memang takkan lepas dari teringat kat Es Teller, tempat aku makan-makan dengan roommates aku. Kenapa sekarang dah takde Es Teller. Takde lagi soda gembira dan es alpukat untuk aku enjoy... 
Selagi lemon tu ada lagi, selagi tu la aku duk minum air honey lemon ni panas-panas... Eh sedap la pulak... Entah bila la nak hilang batuk ni.. I can stand coughing... But not in the middle of praying. Batuk time semayang ni memang horror. Nak habis nyawa pun ada. Nak habis nyawa, nak terkeluar isi perut rasa... Macam satu 'penyakit' pulak... Time duk sesaje batuk manja-manja aje.. Time semayang tu gelenya la nak keluar segala bapak batuk.. Adoiii laaaa...

Bila tak sihat macam ni... Terbayang pulak what if kena camni kat sana nanti... Gulllppp.... Like I said la, batuk time duk sesaje tu I don't mind... Tapi kalu kena time smayang memang off la... 

No comments: